31 Januari 2014

Bapa kelar anak hingga mati direman seminggu

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Bapa yang mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Bandar Baru Bangi, Kajang semalam, ditahan reman seminggu bermula hari ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar ketika dihubungi Bernama berkata, suspek berusia 44 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

"Keadaan dua anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun (kini dirawat di Hospital Kajang) yang mengalami kecederaan di tengkuk dan tangan dilaporkan stabil," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 4.15 petang semalam, suspek yang menganggur sejak dua tahun lepas mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi.

Susulan kejadian itu, polis menemui lelaki itu dalam keadaan murung, basah dan cedera di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang. – Bernama

Tiada ulasan: