09 November 2013

4 maut serangan bom di hotel Mogadishu

5 Muharram 1435H. [MOD] -


Foto
ANGGOTA polis Somalia memeriksa di kawasan kejadian serangan bom kereta di pekarangan Hotel Maka al Mukarama di ibu negara Somalia, hari ini. - Foto Reuters
MOGADISHU: Sekurang-kurangnya empat terbunuh, termasuk seorang pegawai kerajaan dalam satu serangan bom kereta di luar sebuah hotel terkemuka di ibu negara Somalia, hari ini.


Susulan kejadian, polis dan pasukan keselamatan segera menutup kawasan berkenaan selepas letupan besar di pekarangan Hotel Maka al Mukarama yang menjadi tempat penginapan popular ahli perniagaan dan pegawai tinggi kerajaa. 


Pada awal kejadian, polis meletakkan angka kematian 11 orang. 


Seorang pegawai kerajaan Somali berkata, kejadian pada sebelah petang waktu tempatan itu dikaitkan dengan anggota Shebab dinaungi al-Qaeda.

“Empat orang setakat ini terbunuh manakala 15 lagi cedera," kata jurucakap kerajaan, Ridwan Abdiwali. - AFP

Tiada ulasan: