24 November 2007

Banyak Rakyat Gila Sesudah 50 Tahun BN Memerintah

"Sebanyak 16 peratus atau tiga juta daripada 26 juta penduduk di negara ini disahkan mengalami sakit mental dan jumlah ini adalah sesuatu yang membimbangkan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Katanya, penemuan data terbaru Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan bagi tahun 2006 mendapati kes gangguan mental di kalangan rakyat Malaysia meningkat sebanyak hampir 6 peratus berbanding kajian yang dijalankan 10 tahun lepas."

Demikianlah petikan berita dari Utusan Malaysia 23 Nov 2007. Fakta ini sangat mendukacitakan kan memandangkan ianya boleh dianggap sebagai suatu malapetaka kepada negara kita. Bayangkan 16 pratus atau 3 juta dari 26 juta rakyat yang berpenyakit gila. Apa sudah jadi?

Inilah kesan yang sangat nyata dari kedegelilan BN dan UMNO untuk menggunakan Islam sebagai dasar dan panduan dalam pemerintahan yang dijalankan sejak 50 tahun yang lepas. Mereka lebih mementingkan dunia semata-mata berbanding akhirat yang akan pasti kita tempuh.

Sebagai seorang yang beriman kita hendaklah yakin bahawa dengan acuan agama Islam tentu akan melahirkan rakyat yang bersih jiwa dan mentalnya. Mustahil melahirkan rakyat yang gila.Islam cuma menjadi momokan dan tempelan sahaja, apa lagi Islam hadhari yang ada had dan hari nya sahaja. Suatu masa mereka boleh melakukan masiat, satu masa boleh jadi imam sembahyang. Gelagat ini memualkan kita. Sesudah itu segalanya seolah nampak halal dalam negara kita, judi, arak, zina, skandal, rasuah dan macam-macam lagi. Membenarkan slogan MALAYSIA BOLEH.

Laporan tersebut menyebut sebanyak 20.3 pratus adalah remaja di bawah umur 16 tahun. Keadaan ini pada hemat saya disebabkan oleh tekanan kepada remaja dalam beberapa hal termasuk dalam mengejar kejayaan sijil semata-mata. Dalam banyak hal kesan dari pendidikan Islam yang diterapkan seolah syarat dibibir mulut sahaja.

Ditambah pula dalam 5 tahun terakhir, hampir semua yang terlibat dengan institusi pendidikan di buat "gila" dengan satu program "gila" iaitu mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Semuanya nya dikursuskan terutamanya guru yang nak mengajar, sampai ada yang tak tidur malam.Yang gila jadi tak gila lagi, siapakah mereka? mereka tidak lain adalah kroni-kroni yang dapat limpahan banjir projek untuk melaksana program ini, berbilion ringgit dibelanjakan wang rakyat. Dari LCD, skrin, Lektop dan lainnya semua kena beli baru.

Tiba-tiba seolah-olah ikan keli telah bersisik, mereka juga yang telah mencadangkan Bahasa Melayu digunakan kembali untuk mengajar dua matapelajaran tersebut dengan berbagai alasan. Demikianlah perangai pemimpin BN yang "bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak boleh diikut"

Hanya Jauhari yang mengenal maknikam. Sudah tiba masanya rakyat menghukum mereka secara total. Kelemahan mereka tidak boleh diperbaiki dengan mengubah pemimpim tetapi menolak semuanya. Seperti perbandingan sebuah kenderaan yang tidak berjalan betul tidak selesai dengan menukar pemandunya tetapi dengan menukar dengan kereta baru.

Tiada ulasan: