29 Mei 2008

Kembara Zakat ditutup dengan rasminya oleh ADUN Titi Serong

PARIT BUNTAR, 28 Mei:- Program Kembara Zakat 2008 dengan rasminya telah berakhir setelah ADUN Titi Serong, YB. Drs. Khalil Idham Lim menutup tirai kembara yang bermula sejak 26 Mei lepas. Satu Majlis Peresmian Penutup dan penyampaian bantuan zakat telah diadakan disini. Sebelum itu Majlis Peresmian dan pelepasan rombongan telah di sempurnakan oleh YAB. Menteri Besar perak di Ipoh pada 26 Mei lepas.

Antara matlamat program tersebut ialah mengurangkan bebanan dan kesusahan di kalangan asnaf sekaligus mewujudkan rasa kehidupan mereka dihargai bersama. Juga untuk membuka mata dan minda masyarakat supaya lebih berkeyakinan terhadap sistem agihan institusi zakat. Program ini juga merupakan satu langkah promosi bagi meningkatkan jumlah bilangan pembayar zakat di Negeri Perak khususnya.

ADUN Titi Serong menerima cenderamata dari rombongan

Majlis tersebut di Masjid Batu 5 dengan dihadiri oleh 40 orang peserta kembara bersama 18 kenderaan pelbagai model. Pada majlis yang sama diadakan penyampaian bantuan makanan kepada 50 orang fakir miskin. Hadir sama dalam program tersebut ialah Penolong Setiausaha Bahagian Zakat, Ust. Bakri bin Lee dan Pengerusi Jawatan Kuasa Program Kembara Zakat 2008, Ust. Suhaimi bin Yusof.

ADUN Titi Serong dalam ucapan penutupnya menegaskan perjuangan berasaskan bangsa tidak selamat melainkan perjuangan berasaskan islam yang membawa keselamatan dunia dan akhirat. Katanya "kita hadir ke masjid pada hari ini atas nama islam bukan kerana atas nama melayu".

Menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin

Beliau berterima kasih kepada rombongan dengan kesudian mengakhiri program di Masjid Batu 5 yang terletak di Kawasan DUN Titi Serong.

Tiada ulasan: