19 Jun 2009

"Kami berpegang teguh memperkukuh Pakatan Rakyat - Ahli Parlimen PAS

KUALA LUMPUR, 18 Jun : - Ahli Parlimen PAS berpendirian berpegang teguh dengan keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN

Demikian kenyataan yang dibacakan Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli yang juga ahli Parlimen Kuala Krai mwakili ahli-ahli Parlimen di Lobi Dewan Rakyat petang tadi.

Bercakap lanjut, Dr Hatta berkata, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, pihaknya ingin menegaskan bahawa persoalan kerajaan perpaduan tidak pernah merupakan agenda PAS.

Ia selaras seperti yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Abdul Halim Abdul Rahman semasa berucap di Dewan Rakyat semalam (17 Jun 2009) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008, ujar Dr Hatta.

"Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini.

Kenyataan tersebut turut disokong oleh kalangan ahli-ahli Parlimen PAS.

Harakahdaily.

3 ulasan:

charokkedi berkata...

Salam YB, aku naik heranlah dengan sikap pimpinan PAS akhir2 ni, gila glamer agaknya..pantang jumpa wartawan asyik nak buat kenyataan aje..apa yang patut dibincang dalaman dijaja didada akhbar, udah2 le..ahli dah naik muak dah dengan perangai depa ni..jangan nanti nak jaga hati & perasaan orang lain, ahli yang ada cabut lari..

badang_ni berkata...

Ni yang teman nak dengor sangat nih..... Pada golongan nih Jangan sampai keseluruhan penyokong pas menyuarakan seperti TGNA baru nak sedor....
Sedor-sedor ler sebelum hancor....

rasydi yusoff berkata...

JAWAPAN ISU KERAJAAN PERPADUAN.

Mungkinkah TGNA telah diberi penerangan yang silap??..
(jika anda benar2 ingin memahami isu ini dgn ikhlas, ikuti siri2 link dibawah dgn penuh teliti)

Bahagian 1: http://www.youtube.com/watch?v=h7E21yBnZUE
(Apa itu Kerajaan Perpaduan?...1:43 hingga 5:31)
(Apa kewajaran?.... 6:06 hingga 9:42)
* perbincangan sebeginilah yg diharapkan oleh tghh bila lontaran idea telah dibuat....seterusnya menggarap kefahaman menyeluruh, barulah akan masuk peringkat bincang utk laksana atau tidak (slps timbang buruk baik kpd islam).

Bahagian 2: http://www.youtube.com/watch?v=mKStOkJgISA&feature=related
(peluang menguasai? 0:50 hingga 1:15 & 2:40 hingga 2:43)
(kenapa timbul selepas krisis perak? untuk 'test market'... 4:11 hingga 6:04)

Kenapa "KERAJAAN PERPADUAN?", BUKAN "KERAJAAN CAMPURAN" dengan umno?
TG Haji Hadi | Stadium Malawati Bhg 2/4 : http://www.youtube.com/watch?v=KXUdW-f-ycs&feature=related
(4:07 hingga 4:53)... Idea kerajaan perpaduan dah dilontar lame dah 6:30
TG Haji Hadi | Stadium Malawati Bhg 3/4 : http://www.youtube.com/watch?v=FgyCwXoRRns&feature=related
(5:40 hingga 6:25)

mesti libatkan semua parti / pihak (termasuk dap & pkr....bukan syarat baru, tghh dah sebut sblm ni)
http://www.youtube.com/watch?v=CbzAnLxp6us&feature=related

Adakah TGNA diberi maklumat salah? (wallahua'lam)
http://www.youtube.com/watch?v=7jmtQbWt8G4
(buktinya ada dlm klip tu sendiri..tgk pd minit ke 1:40 hingga 1:52 - TGNA sebenarnya setuju dgn konsep kerajaan perpaduan)

TGHH terpaksa tarik balik sbb ramai tak faham (termasuk ahli pas totok yg "kuat bertakbir tapi pas tak kuat, sbb dia hanya kuat takbir tp kerja tak jalan"-Ust Idris Ahmad)
http://www.youtube.com/watch?v=joJ5khSWNg8&feature=related

Setelah anda mengikuti klip ke-6 (pd minit ke 1:40 hingga 1:52), anda akan nampak TGNA sedang menyetujui 'apa yg ditentangnya'..
kepada sesiapa yg telah 'TERSILAP BRIEFING' kat TGNA, tolong betulkan semula situasi yg sedang berkecamuk ini DEMI ISLAM.
"yang pahit itu biasanya ubat"...

walLahu'aklam