08 Jun 2009

PAS adalah bahtera yang selamat - Presiden PAS

SHAH ALAM, 7 Jun : - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan 'PAS sebagai bahtera yang selamat' kepada seluruh rakyat Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sesi ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati hari ini.

Presiden PAS menegaskan, sesiapa yang meninggalkan bantera itu, pastinya akan tenggelam.

PAS disifatkan demikian kerana parti itu memperjuangkan Islam yang sebenar, tatkala suasana hari ini penuh dengan rasuah, kerosakan akhlak dan masalah ekonomi, katanya.

Kini PAS katanya, sudah diterima pelbagai pihak samda kawan mahupun lawan, samada Islam mahupun bukan Islam.

Dalam ucapan yang sama, beliau menyatakan komitmen bahawa PAS adalah bahtera yang diakui lawan akan kekuatannya, selain akan tetap dengan bahtera tersebut juga.

Beliau turut menjelaskan beberapa isu membabitkan 'tahaluf siyasi' hari ini yang dilakukan PAS dalam mendepani politik nasional.

Penubuhan Kelab Penyokong PAS disentuh selain persefahaman dengan pelbagai pihak dalam isu-isu tertentu ketika adanya krisis tertentu.

Sebelum ini Barisan Alternatif dan kini Pakatan Rakyat menjadi medan PAS bersepakat dalam kerjasama politik, katanya.

"Allah memerintahkan supaya kita mengutamakan perdamaian kerana matlamat adalah untuk menyelamatkan manusia," ujarnya.

Beliau turut menyatakan PAS tidak boleh menutup ruang kepada mana-mana pihak, sebaliknya terbuka untuk menerima semata-mata untuk memberi kebaikan kepada manusia.

Presiden PAS juga menyatakan, muktamar PAS kali ini berjalan baik "walaupun ada keriuhan tetapi tidak ada kekacauan".

Beliau menyeru sidang muktamar meneruskan perjuangan dengan tema muktamar 'Islam Memimpin Perubahan'. Harakah daily.

8 ulasan:

zackeye berkata...

Bahtera yang selamat perlu nakhoda dan anak kapal yang cekap baru bahtera belayar lancar dan menghadapi cabaran ombak dan badai yang mendatang insya Allah.

Awanama berkata...

Drs,Ayah Chik Tuan Guru Presiden Parti terus optimis dan "firm" dgn lontaran ide nya tentang "Unity Goverment".Hasrat dan maksud beliau belum terjangkau dek akar umbi lagi.Perlu huraian yg terperinci,jelas dan tuntas oleh barisan pimpinan yg baru dipilih dlm muktamar PAS yg ke 55 yg lalu.Kesatuan tunggak kekuatan persis pasir sebutir yg tika disatukan akan menjadi sebuah padang pasir yg luas.Ibarat air setitis yg mampu membentuk segara samudra.Ayuh bersama rapatkan saf wahai ahli dan penyokong PAS.Zahirkan wala' dan siqah pd pimpinan.Pd saya sedikit ralat seluas stadium Malawati masih belum di takdirkan utk bersua dgn YB.Namun saya manfaatkan utk mengikuti sidang sepenuh nya.Yg untung dpt memiliki buku terbaru Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, Dr Yusuf Qardawi,Buku kisah Umar Abdul Aziz dan Rustam A. Sani dgn potongan harga yg menarik. Nona Ratana Chulaborn

Awanama berkata...

Salam

Saudara Idham...tolong baca tulisan nie & kat albanjari online....

naik muak dah...tindakan dari Parti Islam Xda pun...

media yg memaki kita di beri pas...media yg menyokong kita di pinggir. tolong bagi tau pada sesiapa yg bertanggungjawab....tolong pakai "kepala otak" skit ...dan CEPAT skit bertindak. jangan Lembap sangat buat tindakan.



http://haninasution.blogspot.com/2009/06/pimpinan-iktiraf-bloggerurusetia.html

pisangemas81

Suci Dalam Debu berkata...

PAS rupanya mudah lupakan diri.

Apakah PAS sudah mahu membelakangkan pengundi bukan melayu yang telah memberi sokongan padu kepadanya?

Sedarkah PAS bahawa kedudukannya sekarang adalah hasil kerjasama dengan PKR dan DAP?

Baru dapat dua negeri tambahan, PAS sudah lupakan diri nak berbaik-baik dengan UMNO?

Abdullah Ngah berkata...

Hamas tidak dapat menyelamatkan orang palastin setelah bekerjasama dengan Fatah.Malah hamas mudah dikesan oleh Yahudi, sekaligus dapat membunuh pejuang pejunagnya.

Bekerjasama dengan Fatah yang bekerjasama dengan Yahudi seolah olah menyerah tegak untuk dibunh dan disembelah.

Atas kerjasama yang dilakukan hamas itulah yahudi menyerang hamas membuat hamas lumpuh.

Inilah akibat kerjasama hamas dengan fatah yang sokong Yahudi. Ambil pengajaran yang dlakukan oleh fatah sejak 60 tahun lepas.

Ambilah pengajaran yang dilakukan oleh Ikhwan muslimin di Mesir.

Kalau PAS tidak ambil panduan pengajaran yang dilakukan oleh hamas maka pas bukan wadah untuk menyelamatkan umat Islam di negara ini.

Selamat hanya gula gula untuk sedap mulut ketika makan, sedang apa yang dimakan itu punca yang menyebabkan naik darah menjadi farah tinggi.

Apabila sudah mengidap penyakit darah tinggi lambat laung akan dihinggap penyakit ahmar pula.

Tunggulah akibatnya jika mahu bekerjasama dengan Umno yang anggap agama suku politik suku.

Malaysian berkata...

Saya amat bersetuju dengan pendapat Datuk Seri Nik Abdul Aziz.

Saya undi PAS pada pilihan raya yang lepas kerana saya tidak undi untuk UMNO.

Saya undi PAS kerana saya ingin beri peluang kepada PAS supaya untuk memerintah dengan saksama.

Sekiranya PAS ingin bersama dengan UMNO yang mengamalkan perkauman saya tidak teragak-agak untuk tidak mengundi PAS pada pilihan raya yang akan datang!

Regards,

Malaysian Come First
GoMalaysian.Blogspot.Com

DoL berkata...

PAS seperti Bahtera nabi Nuh A.S. Siapa yang tak naik bahtera ni .... habis laaaa

Manickam Nadeson berkata...

Memang Pas Bahtera yang selamat, tapi tekong dan pembantu memeng taka layak jadi nahkoda. jadi macam mana boleh dikatan PAS adalah bahtera yang selamat.