PAS Perak menggesa kepimpinan PAS pusat agar tidak meneruskan rancangan untuk mengadakan rundingan sulit dengan Umno demi kepentingan sokongan terhadap parti tersebut bagi memenangi pilihanraya umum yang ke-13.
"Saya cadangkan jangan ada rundingan sulit dengan Umno sama ada di peringkat negeri atau pusat.
"Lupakan sahaja Umno, tetapi dalam masa yang sama, jangan sisihkan orang Umno," kata Dr Khairudin Abdul Malik.
Katanya, kemelut politik yang berlaku di Perak sejak Februari lalu, adalah disebabkan oleh rampasan kuasa 'ala Fiji dan Zimbabwe' yang dilakukan oleh Umno.
Beliau berkata demikian sewaktu membahaskan ucapan dasar presiden yang bertemakan "Islam Memimpin Perubahan".
Dr Khairuddin juga menyatakan keyakinan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat mampu merampas kembali negeri tersebut, kerana jasa dan khidmat gabungan tersebut sudah berada di dalam minda rakyat Perak.
Kemampuan PAS dan Pakatan Rakyat mentadbir dalam masyarakat majmuk di Perak, turut memberi keyakinan kemenangan parti dalam pilihanraya akan datang, tambahnya.
Sementara itu, Yang dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengingatkan pemimpin-pemimpin PAS yang cenderung untuk bergabung dengan Umno supaya tidak berbuat demikian.
"Umno bukan jenis boleh buat kawan. Dia (Umno) spesis tikam belakang. Bergabung dengan Umno seperti merelakan orang Melayu terdedah kepada ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin," katanya.
Wan Abdul Rahim turut mengingatkan bahawa kerjasama dengan Umno sangat ditentang keras oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Malaysiakini.
"Saya cadangkan jangan ada rundingan sulit dengan Umno sama ada di peringkat negeri atau pusat.
"Lupakan sahaja Umno, tetapi dalam masa yang sama, jangan sisihkan orang Umno," kata Dr Khairudin Abdul Malik.
Katanya, kemelut politik yang berlaku di Perak sejak Februari lalu, adalah disebabkan oleh rampasan kuasa 'ala Fiji dan Zimbabwe' yang dilakukan oleh Umno.
Beliau berkata demikian sewaktu membahaskan ucapan dasar presiden yang bertemakan "Islam Memimpin Perubahan".
Dr Khairuddin juga menyatakan keyakinan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat mampu merampas kembali negeri tersebut, kerana jasa dan khidmat gabungan tersebut sudah berada di dalam minda rakyat Perak.
Kemampuan PAS dan Pakatan Rakyat mentadbir dalam masyarakat majmuk di Perak, turut memberi keyakinan kemenangan parti dalam pilihanraya akan datang, tambahnya.
Sementara itu, Yang dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengingatkan pemimpin-pemimpin PAS yang cenderung untuk bergabung dengan Umno supaya tidak berbuat demikian.
"Umno bukan jenis boleh buat kawan. Dia (Umno) spesis tikam belakang. Bergabung dengan Umno seperti merelakan orang Melayu terdedah kepada ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin," katanya.
Wan Abdul Rahim turut mengingatkan bahawa kerjasama dengan Umno sangat ditentang keras oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Malaysiakini.
34 ulasan:
Aduh,masih panas lagi isu ni...kita tolak kerajaan perpaduan BN....macam mana pula isu YDP MPSP
http://diamjoedahmai.blogspot.com/
Salam...
Kepada Pemimpin-pemimpan PAS yang berhasrat bekerjasama dengan UMNO di saran kan keluar daripada PAS dan tubuh parti baru jadi kompenan BN.
UMNO PARTI YANG TAK DAK KREDIBILITY.... SEBAB UTAMA PEMIMPINNYA...
salamm
dr khairuddin..sape kata pas nak masuk umno..paham ke kerajaan perpaduan tuh ape?...aduh..penatnye nak terang bab2 nih...mcm tok guru hj hadi bodoh politik gamaknye...jadikan PAS parti dakwah..utk membawa puak2 umno memahmi islam secara sebenar..
Kat Zimbabwe ade unity government. Itule yang sedang ditiru deme yang runding secara sulit dengan umno kah kah kah. Tak faham2 lagi???
nak kawan ngan karpal singh.
Salam
Terima Kasih atas desakan PAS Perak yang mana bagi mewakili WOTR serta sebahagian yg lain mungkin dari penyokong/pendokong/pemerhati/pemangkah undi Pakatan Rakyat dan sebagainya.
Tahniah.
Satu saranan yang cukup matang. Memang orang Perak dapat berfikir waras, ucapan ini adalah satu contoh yang bernas. Well done DR. Khairuddin, keep it up.
Saya menyokong sepenuhnya gesaan PAS Perak.
Kita tidak mahu PAS tersbungkur kerana terpalit najis Umno.
aper citer ni aduh xhabis2 lagi ker xyah berunding la buang mase je.teruskan bina kekuatan Pakatan Rakyat je semoga lebih kukuh
Kalau mereka masih nak bersama UMNO maka hati hati lah bahawa ramai yang tidak akan memangkah PAS pada PRU 13 nanti.
Nasharudin benar melambangkan pemimpin Melayu bukan pemimpin Islam. Apa tidak nya kerana masih memperjuangkan ketuanan Melayu dan masih berfikiran Islam itu hanya orang Melayu. INi yang buat saya meluat nak sokong PAS!!! Masa masih ada untuk Timbalan Presiden PAS memperjelaskan sama ada dia memperjuangkan ketuanan Melayu atau pun ketuanan rakyat yang berlandaskan Islam. Kalau tak di jelaskan maka terima lah sekali lagi tikam belakang UMNO. Hati hati lah PAS.
Isu ini harus lah diperhalusi lagi,supaya pimpinan kita menunjukkan sikap yang tegas. Ketegasan hendaklah diperjelaskan sebab rakan2 kita dalm pakatan rakyat akan dapat memahami lebih mendalam lagi.
Dewan pemuda disarankan menjadi peneraju dalam pakatan ini.Ustaz nasrudin hasan kena memimpin Pemuda Pas dan Pemuda Malaysia....bukan sekadar bagi formula saja..dan pandai mengomen saja...ingatlah jawatan itu adalah amanah,dihadapan Allah kita akan kemukakan gerak kerja kita itu...ayuh dekatkan pemuda pakatan dengan islam,...jangan nak boikot sana ,nak boikot sini....dekati mereka dan terangkan kepada mereka islam yang baik,tapi kena ingat orang bukan islam akan sentiasa memerhatikan tindakan kita..dan pesanan terakhir satukan dulu golongan ulamak dan profesional dalam pemuda PAS
ASSALAMUALAIKUM BUAT MUSLIMIN/MUSLIMAT
kembalikan perak kepada haknya .. muktamat...ringkas cerita BUBAR DUN DAN RAKYAT PERAK ADALAH HAKIM SEBENARNYA ATAS KEIZINAN ALLAH SWT...INSYAALAH
TAKBIR,TAKBIR DAN TERUS BERTAKBIR
WASSALAM
apa kata kita tubuhkan satu parti baru serupa akp turki? gerakan islam yg berpaksi kpd politik sebenar bukan macam pas yg kata dakwah melalui politik tapi tidak cerdik politik.saya dan ahli keluarga yg besar ini hampir semua ahli pas akan senang hati ingin menjadi ahli,senang buat kerja jika pemimpin dia faham politik.
Sy faham apa yang disampaikan Dr. Khairuddin. Kita faham bukan PAS nak masuk/join UMNO dalam BN. Isu di sini adalah sebarang langkah rundingan dengan UMNO ketika ini bukanlah langkah bijak kerana UMNO sememangnya ingin mempergunakan PAS. Sejarah telah membuktikannya. Ketika PAS sedang mara dulu UMNO mengajak PAS masuk BN dan akhirnya dihuruharakan PAS dan ditendang keluar dari BN. PAS berpecah ketika itu dan kalah teruk.
Kita harus belajar dari pengalaman.
TGHA harus berhati2 dalam membuat perancangan dan kenyataan. Politik harus mempunyai strategi yg bijak.
PAS boleh berdakwah kepada ahli2 UMNO dan mengajak mereka agar memahami perjuangan PAS. Pemimpin2 UMNO yg rakus sekarang ini telah tenggelam dengan keduniaan mereka. UMNO hanya akan berubah setelah menjadi pembangkang dan bertukar pemimpin dengan tunas baru.
Agenda kerajaan perpaduan harus ditutup dan fokus kepada memberi penerangan dan menarik keyakinan lebih ramai rakyat menyokong PAS.
YB, tolong sampaikan melalui pemimpin2 berkenaan kpd TGHA bahawa rakyat bawahan menjadi resah dgn kenyataan TGHA. Kami semua sayangkan PAS dan tidak mahu kemaraan PAS dipatahkan oleh kesilapan sendiri.
pasai apa nak berunding dengan UMNO lagi...tak serik2 atau dah tertarik dengan tawaran mewah UMNO?
hari ini Dato Mukriz telah mengambil kesempatan dari isu kerajaan perpaduan (lihat disini- http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/06/06/umno-dan-pas-perlu-ikhlas-bincang-pembentukan-kerajaan-perpaduan-mukhriz/ ) Inilah musibah yang kita tak mahu. Tolong lah kepimpinan kaji risikonya.
toolonglah....janganlah bekerjasama dengan orang umno ni....tahniah DR. Khairuddin....memahami betapa peritnya kami orang Perak yang dipermainkan oleh orang2 kudeta ni....hinggakan sultan pun depa mainkan...tolonglah....jgn diulangi hal yang pernah berlaku tahun 70an dahulu....umno memang tidak boleh kita bekerjasama dengan depa....umno ibarat sekarang anjing tersepit...dah lepas nanti mereka akan gigit kita balik....percayalah....minyak dan air tak akan bercampur....tapi pemimpin2 yang berniat begitu mungkin ada pandangan dan persepsi masing2....akhir kalam...tolonglah sebolehnya jgn bekerjasama dengan mereka ini...kami rakyat perak dah terlalu benci akibat ditipu dan dinafikan hak kami mengundi ketika pilihanraya tahun lepas....letih je kami sokong....rupanya dirampas begitu rupa....kat dunia ni bolehlah....kat akhirat nanti kami pulak yang boleh....
mana yang tidak betul...jangan kerana emosi berpolitik kita mengabaikan tuntutan agama Islam untuk semua.. kenapa untuk bekerjasama sesama islam dilarang sedangkan anti islam seperti DAP boleh kita terima..pengertian didalam islam tidak mengajar kita memusuhi sesama manusia, inikan pula sesama islam. adakah PAS parti yang bertunjangkan islam termaktub larangan bekerjasama dengan umno? sepatutnya kita berdakwah dan memperbetulkan serta menjauhi siratulrahim, adakah kita hanya boleh berkawan dan berkerja bersama rakyat yang memangkah PR sahaja.. sokong dgn kenyataan ustaz nasharudin.
mana yang tidak betul...jangan kerana emosi berpolitik kita mengabaikan tuntutan agama Islam untuk semua.. kenapa untuk bekerjasama sesama islam dilarang sedangkan anti islam seperti DAP boleh kita terima..pengertian didalam islam tidak mengajar kita memusuhi sesama manusia, inikan pula sesama islam. adakah PAS parti yang bertunjangkan islam termaktub larangan bekerjasama dengan umno? sepatutnya kita berdakwah dan memperbetulkan serta menjauhi siratulrahim, adakah kita hanya boleh berkawan dan berkerja bersama rakyat yang memangkah PR sahaja.. sokong dgn kenyataan ustaz nasharudin.
Salam semua. UMNO TERANG-TERANG tolak ISLAM kerana menolak hukum ALLAH jadi TERANG-TERANG mereka ini musuh ALLAH. Persoalannya perlukah PAS bersekongkol dengan puak-puak musuh ALLAH ini?
Bukannya tidak ada usaha untuk menyedarkan UMNO tetapi sudah lebih 50 tahun mereka tidak sedikit pun mengendahkan segala macam nasihat dan teguran yang telah diberikan. Saya tak berani nak hukum mereka ini MUNAFIQ tetapi bukankah ciri-ciri munafiq dah ada pada mereka ini? Bukan setakat ciri-ciri munafiq bahkan ciri-ciri k***r pun ada! Dari segi syarak, apakah tindakan yang boleh diambil ke atas mereka?
Oleh itu berbalik kepada persoalan saya yang awal tadi, perlukah diadakan rundingan secara rahsia dengan mereka ini? Saya sarankan sesiapa sahaja dari PAS yang menganjur, menghadiri dan redha dengan perjumpaan sedemikian, tak kira-lah samada daripada pucuk kepimpinan atau pun "grass-root", LEBIH BAIK BERUNDUR DARI PAS DAN TUBUHKAN PARTI YANG LAIN. Bagi saya mereka ini adalah PENGKHIANAT kepada PAS!!!
Ahli PAS Selayang
Thank you PAS PERAK
Say no to unity government with UMNO!!!!!
Rakyat benci UMNO!!!
Mgkin UMNO akan datang akan lebih baik dari UMNO sekarang
PAS naik pun jasa gabungan pakatan rakyat....
Rakyat suka kepimpinan Tok Guru di kelantan.....
org2 PAS..
cukup la komentar2 dgn bahasa kesat dlm internet..
manusia xtahu..
ALLAH tahu
komentar yg menggunakan kata kesat atau ayat2 yg kasar..harap x digunakan..
Ana rasa tak ada apa2 masalah sekiranya pas berunding secara sulit atau terang dgn UMNO.Ana yakin Pas cukup matang dalam isu ini.Apa yg penting ahli jemaah kena faham bahawa perjuangan pas ini bukan shaja satu gerakan politik tetapi pada hakikatnya lebih kpd gerakan dakwah.Oleh itu,pas perlu menjalankan apa sahaja strategi utk menarik minat org samaada org umno atau org bukan islam utk memahmi secra lebih dekat dgn perjuangan islam.Inilah yg ditunjukkan oleh junjungan besar nabi kita.Olehitu ahli jemaah tidak perlu risau dalam isu. Ana yakin org yg risau itu sebenarnya mempunyai agendanya yg tersendiri.
ags804 berkata..."Ana yakin org yg risau itu sebenaunyai agendanya yg tersendiri" Apa maksud anta? Saya dan kekawan yang lain, cuma ahli PAS biasa, jadi apakah agenda saya/kami? Memanglah elok kalau nak berdakwah pada UMNO tapi dah berapa tahun berdakwah dengan depa? Lebih baik berdakwah kepada non-muslim. Saya ulang balik soalan saya, segi syarak apakah tindakan yang boleh di ambil ke atas mereka yang mengaku muslim tetapi mengengkari perintah ALLAH? Ingat depa ni mengaku Islam, tapi tindakan mereka ini lebih jahat daripada Yahudi!
Salaam, saya fazly ali(waqli) , jb , terlebih dahulu memohon kemaafan dari Tuan Puan sekiranya apa yg saya kongsikan akan menimbulkan rasa kurang senang .
Saya mulakan dengan memperkenalkan diri saya dengan tujuan saya bertanggungjawab penuh dengan kenyataan perkongsian minda saya ini.
Setelah membaca semua ulasan di atas saya dapati cuma 2 dari 29 ulasan(kalau tidap silap saya mengira) yang "menyokong" saya kira kenyataan TGHH dan UNMI.
Yang tidak bersetuju membangkitkan istilah "kerjasama", "rundingan sulit" yang saya kira mungkin sebenarnya merujuk kepada "kerajaan perpaduan".
Saya dengan ini ingin menyokong kenyataan dari (dengan nada suara sedang bermuktamar la konon) golongan minoriti dalam perbincangan ini.
Saya juga ingin mencadangkan kepada 2 org sahabat saya ini sekiranya masih lagi ingin "berhujah", "berdebat" dgn kawan2 yg kontra dgn kita ni , HENTIKAN .
kerana sudah terlalu banyak kenyataan dari TGHH sendiri sebagai Presiden maupun UNMI sebagai Timbalan baik dalam youtube,
http://www.youtube.com/watch?v=iAboq3DxYqM
harakahdaily,
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20418&Itemid=115
kalau la benar isu sebanar kerajaan perpaduan harakah edisi cetak mengeluarkan 1 mukasurat khas temuramah bersama TGHH berkaitan hal ini.
Muktamar hari ini juga menyaksikan isu ini telah diterangkan dengan penuh hemah lagi di padatkan dgn ayat2 Al-Quran & Hadis2 Nabi oleh Ustaz Harun Taib menhabiskan waktu 6 min yg diberikan pada beliau khusus menerangkan hal ini. Ustaz Ahmad awang , Ustaz Harun Din sebagi Tim. Mursyidul Am juga mengulas hal ini.
2 org sahabat saya , kita boleh membidas semula hujah mereka yg kontra dgn kenyataan Presiden & Tim. Presiden, TETAPI ... kalau kenyataan Presiden & Timb. Presiden mereka sanggah , pimpinan utama dalam PAS di tolak , agak2 saudara saya yang ber 2 ni ... siapa la kita dalam "blog" ni nak berhujah dgn mereka .
Sekali lagi saya menyeru 2 org sahabat saya yang ber 2( 6/06/2009 5:39 AM
Tanpa Nama berkata... dan AGS804), berhenti lah, benar , hati saya juga sangat tersentuh dengan perkataan2 melampau terhadap kepimpinan yang kita kasih , tapi tak pe ... ini bukan medannya , tapi sekiranya saudara ber 2 masih terus ingin berdebat dan berhujah dengan mereka ... saya juga sebanarnya amat menggalakkan dan juga amat menyokong penuh dan In'syaAllah saya akan membantu mana yg saya termampu .
Untuk "Taiko" DRS. KHALIL IDHAM LIM , kau tetap ku hormati .
Orang2 PAS tak payah la nak susah2 nak mendesak supaya jangan diadakan rundingan sulit. Cakap pun tak ada maknanya.
Bukankah para perwakilan telah memilih org yg suka berpelok dgn UMNO sebagai timbalan. Semua org pun tau dia ni yg mengadakan rundingan gelap dengan UMNO. Bila perwakilan dah pilih dia, maknanya perwakilan bersetuju dgn tindakan gelapnya. Sepatutnya para perwakilan membuat usul menyokong penoh tindakan beliau bermukabelah dgn UMNO, dan perwakilan hendaklah meminta dia meneruskan usahanya untuk bersekongkol dgn UMNO samaada dlm gelap atau terang.. dan boleh la nanti pemimpin PAS jadi sebahagaian menteri kabinet.
SAy NO to Unity Goverment...Rakyat keseluruhannya menolak & meluat dgn UMNO kerana penyelewengan yg dilakukannya...yg terbaru rampasan kuasa di Perak! Buat apa nak pi lagi sekongkol dgn mereka?
no to unity dgn umno. Dalam umno pun berbunuh sesama sendiri
untuk saf badar. Ana nak tanya...Apakah yang pas akan dapat bila terus bersama dgn PR.Apakah Anta dapat memberi jaminan kpd ana yg Pas dapat merealisasikan pembentukan negara islam. Bagi Ana jangan harap la.Cuba anta tengok kenyataan brader Anwar, katanya....Kita tidak akan layan sebarang tuntutan utk menubuhkan Islamic State" itu baru kenyataan dari PKR. Camna pulak dgn DAP?Kemudian tengok pulak sapa yg jadi leader dalam PR? Semua itu bagi Ana merupakan penghalang kpd cita-cita dan hala tuju pas.Tidak ada maknanya kita berjaya membentuk kerajaan bersama PR tetapi terpaksa menggadai maruah dan prinsip perjuangan.Mungkin Anta bertanya apa bezanya dgn umno yg lebih 50 tahun bermati-matian menghentam perjuangan pas. Bagi Ana di sinilah memerlukan kebijaksanaan dalam membuat percaturan. Dan Anta kena ingat bukan semua org Umno yg menolak islam.Rata-rata org umno
yang Ana jumpa sekali pun tak pernah keluar dari mulut mereka menolak hukum Islam. Disnilah peranan ahli pas untuk menjelaskan kedudukan dan kekeliruan.Dan yg menariknya ana pernah ditegur oleh UMno.Apa yg dia kata..."korang terlalu bersifat menghukum dan pandang serong kpd orang Umno.itu sebab org umno meluat kat org pas.Cuba kat org ambik pendekatan yg mesra cam puak-puak tabligh, dah lama umno lingkup." Apa moralnya? Moralnya ahli pas kena tunjuk akhlak yg baik dan selalu mendekati hati dan jiwa mereka. Ini yg Ana praktikkan.Alhamdullilah nampak perkembangan yg positif.Berbalik kepada kerajaan Perpaduan , Apakah Islam melarang kita membuat perhubungan dgn saudara seislam dgn kita?Soal mereka nak pekena pas itu soal lain. Yg penting kita harus mengambil peluang dan kesempatan yg ada untuk meletakkan matlamat dan halatuju perjuangan dilandasan yg sepatutnya. Dulu mereka adalah musuh, tidak mustahil hari ini mereka menjadi kawan setia. Begitu juga hari ini kita berkawan baik tetapi tidak mustahil suatu hari nanti ia menjadi musuh utama. Wassalam
Catat Ulasan