20 Ogos 2009

Dr Lo' Lo' kini stabil, dalam proses pemulihan

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan dalam peringkat pemulihan setelah selamat menjalani pembedahan di Intitut Jantung Negara (IJN).

Menurut Pegawai Operasi Parlimen Titiwangsa,Mohd Ehsan Mohd Surur, Dr. Lo' Lo' dimasukkan ke IJN pada minggu lepas dan kini masih menjalani rawatan fisioterapi di situ. Beiau turut menjalani rawatan secara allopathy,alternatif dan ruqyah.

"Dr tidak mempunyai apa-apa masalah selepas pembedahan dan sekarang dalam proses pemulihan. Beliau menjalani pembedahan biasa sahaja,"jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Sementara itu, suaminya, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim berharap orang ramai mendoakan kesihatan beliau.

Dalam masa yang sama, beliau juga memaklumkan buat masa ini pihak keluarganya menghadkan lawatan dan kunjungan ke atas Dr Lo' Lo' memandangkan wabak influenza A H1N1 semakin membimbangkan.

"Kita harap orang ramai tolong doakan beliau. Tapi buat masa ini tidak digalakkan sangat untuk melawat sebab wabak H1N1,"katanya.

HarakahDaily.Net/-

Tiada ulasan: