01 Disember 2009

Royalti: Ku Li sedia hadir program penerangan di Kelantan

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah akan memberikan penerangan kepada rakyat berhubung isu royalti Petroleum Kelantan yang menjadi perdebatan hangat ketika ini.

Bekas pengerusi Petronas itu berkata, beliau mungkin akan menghadiri ceramah umum yang akan diadakan satu kumpulan di Kelantan untuk memberikan penerangan berhubung isu itu.

Beliau bagaimanapun menegaskan hanya akan hadir ke program yang akan diadakan itu jika ianya tidak ada kaitan dengan politik sebaliknya menyentuh kepentingan rakyat.

"Suatu hari nanti kalau jadi saya akan beri penerangan yang jelas di Kelantan.Katanya kumpulan di Kelantan nak menganjurkan ceramah umum.Nanti saya beri penjelasan.

"Saya nak tengok supaya ini tiada kaitan dengan politik supaya ianya menyentuh kepentingan orang ramai.Kalaulah sepakat semua pihak nak adakan penjelasan secara umum, saya akan hadir," katanya ketika ditemui pemberita di lobi parlimen siang tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebelum itu ditanya berhubung keputusannya samaada akan mempengerusikan kaukus Pakatan Rakyat (PR) yang dibentuk bagi membincangkan pertikaian royalti minyak khususnya kepada Kelantan.

Menjawab pertanyaan itu, Tengku Razaleigh berkata, beliau boleh membuat keputusan sendiri berhubung jemputan itu.

"Saya tak perlu terlalu banyak berfikir bekenaan jemputan ini. Saya sudah dewasa, saya boleh berfikir sendiri," katanya.

Beliau turut menegaskan, isu royalti petroleum tiada kaitan dengan mana-mana parti politik tetapi ianya melibatkan rakyat.

Minggu lalu, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa agar Tengku Razaleigh yang merupakan bekas Naib Presiden Umno, agar mempertimbangkan dengan berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan berhubung jemputan itu.

Tengku Razaleigh juga berkata, kaukus itu perlu melibatkan semua ahli parlimen tanpa mengira parti.

Pada 18 November lalu pemimpin-pemimpin PR mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh bagi meminta beliau mempengerusikan satu kaukus mengenai pertikaian wang royalti minyak membabitkan kerajaan persekutuan dan Kelantan.

Malah pada minggu lalu, Tengku Razaleigh memberitahu wartawan bahawa beliau akan mempertimbangkan permintaan PR memandangkan pernah terlibat dalam "urusan minyak" sejak penubuhan Petronas dan penggubalan undang-undang yang berkaitan.

Sehubungan itu katanya, beliau akan memainkan peranan bagi menyelesaikan isu itu "jika ia benar-benar adalah satu masalah."

Tengku Razaleigh telah terlibat secara langsung dalam menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974 bersama Tun Salleh Abas.

3 ulasan:

Abu Faiq berkata...

Asalaamu 'alaikum, Drs Khalil & saudara Muslim-Muslimat yang melayari blog ini,

Pertelagahan sesama para pemimpin umat Islam drp UMNO dan PAS tentang isu 'wang ehsan'/
'royalti' minyak/petroleum Kelantan ini terjadi
kerana TIDAK MAHU BERHUKUM DENGAN HUKUM SYARAK, sebaliknya hukum ekonomi sekular-kapitalis yang dijadikan tuntunan berfikir.

Jadi, bagaimana penyelesaiannya menurut Islam?

Di dlm sistem ekonomi Islam, minyak/petroleum
& semua bahan galian perut bumi spt gas, sulfur, segala jenis garam galian, uranium, segala jenis galian logam [emas, besi, timah dll], berlian dsb adalah bahan/kekayaan/
keperluan yg termsauk di dalam kategori HAK KEPEMILIKAN UMUM, BUKAN Hak Kepemilikan
Negara dan BUKAN Hak Kepemilikan Individu.

Termasuk di dalam HAK KEPEMILIKAN UMUM ialah air [sungai, tasik, laut, wadi], api [tenaga], & padang ragut. Manfaat daripada semua bahan Hak Kepemilikan Umum ini WAJIB dihakkan kpd pemilikhak mutlaknya - RAKYAT. HUKUM SYARAK
TIDAK MEMBOLEHKAN mana-mana pihak lain, sama ada kerajaan [pusat / negeri] atau swasta [Petronas, misalnya] mengambil manfaat drpadanya, sama ada memiliki dan menjualnya, kecuali mengambil balik kos [modal] dan upah kerja sekiranya ia ikut serta di dlm kerja-krja penghasilan melalui perjanjian/kontrak
yang dipersetujui dan dibenarkan syarak.

Erinya; TIADA HAK kerajaan pusat maupun negeri terhadap minyak ini, selain cara yg dterangkan tadi. Bagi mereka, disediakan sumber kekayaan melalui jizyah, ghanimah, fai', kharaj dan muamalat-muamalat lain yng dibenarkan syarak bagi mereka. Daulah Islam/Khilafah terdahulu melempah-ruah kekayaan mereka melalui sumber-sumber ini. Mengambil minyak drp rakyat ertinya memakan [mengambil] harta orang lain secara haram. Malah, inilah sebenar-benarnya
perampasan yg diselimuti undang-undang untuk memiskinkan rakyat yng memang sudah rata-rata miskin.

Kalau saja hasil minyak yg Allah isikan di perut bumi negeri-negeri umat Islam diurus secara syari'i, pasti tidak akan ada negeri-negeri umat Islam dgn rakyatnya yang miskin melarat seperti sekarang.

Kalau saja para pemimpin umat Islam ini mengerti hukum pengurusan hak-hak tersebut, pasti istilah 'wang ehsan' atau 'royalti'
atau 'kaukus' malu untuk muncul keluar drp
pemikiran mereka, kerana memang tidak ada
[dan tidak akan pernah ada] konsep-konsep ini di dalam sistem ekonomi Islam.

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dgn abu faiq, walaubagaimana pun kerajaan adalah wakil kepada Rakyat bukannya hasil mahsul tadi diberikan mutlak kpd kerajaan. so kerajaan hanya mengurus shj..konsep2 anda tadi betul cuma perlu paham kerajaan adalah wakil yg dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi yg ada di mAlaysia..waAllahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

minyak tu bukan mahathir bukan pak lah & bukan najib yg punya...tetapi RAKYAT...yg punya