08 Januari 2010

Awas, SMS menawarkan aksi video klip panas

22 Muharram 1431
http://mohd-firdaus-jaafar.blogspot.com

Kebelakangan ini pengguna-pengguna perkhidmatan telekomunikasi mudah alih terutamanya Celcom sering didatangi sistem pesanan ringkas ‘SMS’ yang menawarkan koleksi-koleksi video panas untuk dinikmati hanya dengan menaip “YA” dan membalas ke nombor peribadi pengirim.

Walau pun digambarkan keperihatinan pengirim SMS itu dengan memberikan amaran hanya untuk yang berumur 18 tahun ke atas sahaja, tetapi tindakan menawarkan perkhidmatan dan perniagaan yang sedemikian rupa dilihat langsung tidak bertanggungjawab

Malaysia kini makin parah dihambat penyakit sosial terutamanya penyakit keruntuhan moral dan akhlak di kalangan remaja yang bakal mewarisi negara ini kelak. Seluruh pelusuk tanahair samada di bandar-bandar besar atau di desa-desa kini dilimpahi dengan koleksi video klip aksi-aksi seks remaja tempatan yang cukup mudah diperolehi.

Sebelum ini, peranan mendedahkan remaja kepada keruntuhan moral ini hanya dimainkan oleh sebahagian besar peniaga-peniaga telefon mudah alih yang menawarkan khidmat muat turun klip-klip video seks tempatan sebagai tarikan pelanggan.

Kini ianya peranan itu dikongsi bersama mereka yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan perkembangan teknologi yang semakin canggih semata-mata kerakusan mengaut keuntungan apabila tiada usaha-usaha untuk menyekat operasi mereka.

Penghantar mesej ini semakin berani apabila beroperasi menggunakan nombor peribadi yang didaftarkan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini. Disenaraikan di sini nombor-nombor telefon yang digunakan untuk mengirim SMS seperti itu dalam tempoh seminggu lalu, iaitu : 013-4580391 , 013-4310105 , 013-4309756 ,

Kesemua nombor-nombor itu mengirimkan mesej penawaran koleksi video panas untuk dimiliki dengan amat mudah iaitu dengan membalas “YA” ke nombor yang sama. Memang mudah, sesiapa saja boleh mendapatkan koleksi itu walau pun kanak-kanak berumur 10 tahun yang kini kebanyakannya telah dibekalkan dengan telefon mudah alih oleh keluarga mereka.

Pembekal perkhidmatan sistem telekomunikasi ini seharusnya lebih peka dengan perkara-perkara yang boleh menyumbang kepada keruntuhan moral di kalangan remaja di negara ini. Mereka perlu bertindak segera membendung gejala tidak sihat ini untuk membersihkan imej buruk angkara individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.

Syarikat-syarikat yang menyediakan sistem telekomunikasi di negara ini dinasihatkan jangan terlalu mementingkan keuntungan hasil dari kegiatan tidak beretika yang menggunakan perkhidmatan mereka untuk menyumbang ke arah penularan penyakit sosial di kalangan pengguna perkhidmatan mereka.

7 ulasan:

d.a.m (david ahmad muniandy) berkata...

dalam sehari saya dapat dekat-dekat 6 sms tentang tajuk lucah ini...salah satu nombor adalah
0134571772

Tanpa Nama berkata...

Polis perlu siasat dan amnil tindakan siapa pemilik nombor telefon itu, kalau tidak apa guna kita daftar untuk dapatkan perkhidmatan telefon sekarang.Inilah manusia perosak masa depan bangsa dan negara.

Tanpa Nama berkata...

kenapa kerajaan UMNO dan BN pejam mata???

Tanpa Nama berkata...

Apa muslihat kerajaan BN dan UMNO kerana tiada apa-apa tindakan?

Tanpa Nama berkata...

pelikkan, camne perkare camni boleh menular dah kerap juga saya dan anak dpt, nasib baik anak padam je sms yg x berkaitan...name je negare islam...tp x jage sttus tu buat ape...jgn sampai pijak kepala nanti....faham2 jelah ape yg saye maksud kan..jgn pentingkan duniawi shaja, akhirat pun kene same2 pentingnye...barulah org hormat dan respect kat org islam...

Tanpa Nama berkata...

saya kesal dengan insan yg tidak bertanggungjawab ini. pihak kerajaan perlu bertindak sebelum perkara ini semakin parah.

doublea berkata...

report kat sini,

+----------------------------------------------------+
| Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) |
| CyberSecurity Malaysia |
| Level 7, Sapura@Mines |
| 7, Jalan Tasik, The Mines Resort City |
| 43300 Seri Kembangan, Selangor |
| MALAYSIA |
+----------------------------------------------------+
| Email : mycert@mycert.org.my |
| : cyber999@cybersecurity.my |
| Cyber999 Hotline : 1-300-88-2999 (business hours) |
| Phone : +603-89926969 (business hours) |
| Fax : +603-89453442 (24x7) |
| Handphone : +6019-2665850 (24x7) |
| SMS : +6019-2813801 (24x7) |
| Office hours : 08:30-17:30 Mon-Fri (GMT+0800) |
| URL : http://mycert.org.my/ |