17 Januari 2010

Benarkah 60 Peratus Daripada 7 Juta Responden Faham Tentang 1Malaysia ?

Usaha untuk menyakinkan rakyat dengan slogan 1Malaysia nampaknya semakin rancak dilaksanakan oleh kerajaan khususnya oleh pemimpin UMNO. Kalau dulu mereka bermati-matian dengan Islam Hadhari sekali ini mereka berhempas pulas membodek bossnya yang memperkenalkan 1Malaysia.

Akhbar arus perdana semacam diarah untuk membesarkan berita seperti dimuka hadapan edisi Berita Harian pada hari ini yang saya lihat dijual di stesen minya Petronas hentian sebelah Simpang Pulai dalam perjalan ke Serdang tengahari tadi. Dengan tajuk utama dipaparkan kononnya kira-kira 60 peratus daripada tujuh juta responden rakyat Malaysia didakwa memahami tentang konsep Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata maklum balas itu diterima melalui pungutan suara menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) baru-baru ini kepada kira-kira 14 juta pemilik telefon bimbit.

Persoalannya benarkah dakwaan itu dan sejauh mana ianya boleh dipercayai selepas Najib juga telah melancarkan program Juara Rakyat minggu lepas. Apakah agenda yang tersembunyi dengan pendedahan Rais tersebut ?

Bagi saya agenda yang sangat jelas dan mudah difahami dari isu ini tidak lain untuk menyakinkan rakyat bahawa pimpinan Najib sudah diterima oleh rakyat berbilang kaum di Malaysia. ianya adalah langkah dan satu suntikan kepada suasana yang betul-betul tidak memihak kepada kepimpinan Najib pada masa ini.

Bayangkan kalaulah diawal tahun rakyat sudah menerima pukulan BN iaitu barang naik dengan kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen, selepas itu kekecohan di peringkat kementerian pelajaran bila bantuan makan diasarama dikurangkan dari 250 hari kepada 200 hari sahaja.

Kekecohan dan penolakan dan ketidak wajaran pemotongan itu telah menyebabkan ianya ditambah 40 hari lagi menjadikan 240 hari , namun masih tinggal baki 10 hari yang masih dipotong.

Walaupun tidak ada siapa yang jelas siapakah yang melemparkan bom dan menyerang 12 gereja setakat ini namun seperti kenyataan saya sebelum ini sekurang-kurangnya ianya lahir dari kemahuan UMNO sendiri setelah memerintah malaysia melebihi 50 tahun. penolakan pengamalan islam secara syumul oleh UMNO menyebabkan lahir masyarakat islam yang tidak faham kepada ajaran islam sehingga sanggup melakukan sesuatu yang diluar batas ajaran agamanya sendiri.Inilah berita yang sedang hangat diawal tahun 2010 ini.

Tiba-tiba Rais muncul dengan dakwaannya yang mengambarkan 1Malaysia sudah faham, namun yang tidak faham sebenarnya pemimpin UMNO termasuk rais sendiri. kalau benar 1 malaysia sudah difahami kenapakah UMNO masih mengapi-apikan semangat perkauman dan cuba melaga-lagakan antara kaum sekian lama.






6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tidak benar...

majority kawan-kawan dan lain-lian ignore the sms by the telco company...

if ignore consider "faham"??

Tanpa Nama berkata...

Saya ada terima sms tu tapi malas nak layan.

Tanpa Nama berkata...

betul2...saya pun ignore..takde faedah balas sms tu...

Qaseh Bonda berkata...

sms syok sendiri...

depa cipta depa puji depa pakat2 seronok basa basi depa...orang kedah kata..

rais yatim tu balik main ngan cucu lagi baik..jemu dah tengok gaya dia cakap seropa seorang dr yang pakai sijil beli pakai buang..

dari muda sampailah saya pun dah tua...dok muka menteri ni lagi...awat BN tak dak calun2 muda2 sikit ka?

Saya yang tua pun cemuih tengok muka2 menteri2 keripot ni apatah lagi budak2 muda...

Depa siap nak nyah tv1 dari stesen...semua channel dah dia nak atog...tak ka meluat lagi budak2 melayu nak mengadap tv...

tak boleh kah dengan gentle..rais yatim kata kat najib...sory lah najib i'm too old already..i nak rest with my family...let the younger leads..tak terkejar dah i pun...

sebelum orang benci...ada jugak bila benci tapi rindu ni tidak benci sampai naik berbulu telinga..nak muntah dengar sora...

Minta mapun pada Allah banyak2...tapi nak buat macamana..kita kena juga tunjuk kebencian demi meletakkan rasa cinta yang amat tinggi pada Ilahi.

Tanpa Nama berkata...

maybe yg respond cuma below 10% tapi bila dicampur dgn yg ignore 50% tu ygy jadi 60%..biasalah..menteri budaya lah katakan..bagi org mlayu dulu-dulu..kalu diam tu tanda stuju!! tu yg jadi 60%..padahal diam tu banyak makna...most of us maybe tandanyer "MELUAT"!!!!Tu bukannya kajian namanya tapi andaian yg dibuat berdasarkan syok sendiri....

Tanpa Nama berkata...

Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu,Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu,Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu,Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu,Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu,Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu,Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu,Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu,Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu,Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu,Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu,Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu,Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu,Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu,Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu,Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu,Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu,Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu,Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu, Tipu,Tipu,