09 Januari 2010

PENGAWAL KESELAMATAN DI HOSPITAL TAIPING

22 Muharram 1431
Naninu Sakun

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!

TANGGAL 14.12.2009, DETIK YG TIDAK AKAN SAYA DAN KELUARGA LUPAKAN KERANA TIKA DAN SAAT ITU TEPAT JAM 7.06 MINIT MALAM BAPA MERTUA SAYA TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH. SAYA DAN PIHAK KELUARGA BEGITU BERTERIMA KASIH KEPADA SEMUA JURURAWAT DAN PARA DR HOSPITAL TAIPING TERUTAMA DI WAD C6 YG MEMBANTU MENJAGA DAN MENGURUSKAN ARWAH SEPANJANG BELIAU MENDAPAT RAWATAN DISANA. TERINGAT SAYA SEORANG JURURAWAT WAD C6 YG SANGGUP BERJALAN KAKI JAUH SEMATA2 UTK MENGAMBIL BORANG MENGGUNAKAN VAN JENAZAH DIRUMAH MAYAT. MUNGKIN KASIHAN MELIHAT KAMI YG SEDIH PEMERGIAN ARWAH. UTK INI SAYA MEMBERI LIMA BINTANG KEPADA STAFF DAN DR DI WAD C6 TAIPING. TAHNIAH DAN SYABAS SERTA TERIMA KASIH DIUCAPKAN.

NAMUN BEGITU, 1 PERKARA YG PERLU PIHAK HOSPITAL TAIPING MENGAMBIL PERHATIAN TENTANG SIKAP PENGAWAL KESELAMATAN DI HOSPITAL BERKENAAN. BUKAN HENDAK MENCARI KESALAHAN TETAPI BAGI MEMBERI PERINGATAN KEPADA PENGAWAL2 TERSEBUT AGAR LEBIH BERPERIKEMANUSIAAN. ISTERI SAYA TELAH DTG UTK BERJUMPA DGN DR DI WAD BAGI MEMINTA IZIN MEMBAWA BAPA BALIK KE RUMAH DAN BERBINCANG TENTANG MASALAH KESIHATAN BAPA YG MAKIN TENAT. KETIKA ISTERI SAYA MEMINTA IZIN MASUK PIHAK KESELAMATAN TIDAK MEMBENARKAN WALAUPUN TELAH DIBERITAHU TENTANG TUJUAN. ISTERI SAYA TELAH BERDIRI DIDEPAN JAGA TERSEBUT SELAMA KIRA2 1 JAM. SAAT ITU SIFAT BELAS EHSAN LANGSUNG TIADA KELIHATAN DIJIWA MEREKA. KEBETULAN ADA SEORANG BERBANGSA CINA MASIH MUDA LAGI HENDAK MASUK MEMBAWA AIR 100 PLUS YG DIMINTA OLEH KELUARGANYA YG SEDANG NAZAK. BELIAU TELAH MEMINTA IZIN KEPADA PENGAWAL TERSEBUT DAN MEMANG PENGAWAL TERSEBUT TAHU TENTANG SITUASI YG DIHADAPI. TAHUTAK APA YG DIKATAKAN OLEH JAGA TERSEBUT? ORG YG SAKITTU DAH NAZAK TAK GUNA NAK BAGI AIR DAH, LAGIPUN DAH RAMAI DIATASTU.......PATUTKAH INI? TERDIAM ORG CINA TERSEBUT DUDUK DITEPI HOSPITAL MENGENANGKAN KATA2 JAGA TERSEBUT. ISTERI SAYA YG SUDAH TIDAK TAHAN TERUS BALIK KERUMAH MENCERITAKAN KEPADA SAYA.

SAYA PUN BERGEGAS KE HOSPITAL MEMBAWA ANAK2 SETELAH MENGETAHUI BAPA MERTUA SUDAH MULAI TENAT DAN SEBAB TERLALU GERAM MENDENGAR CERITA ISTERI SAYA TERSEBUT. SAMPAI SAHAJA DI HOSPITAL, MUNGKIN REZEKI JAGA YG TIADA HATI PERUTTU TIADA DISITU TELAH DIGANTI DGN JAGA LAIN. SAYAPUN TERUS MENUNJUK TANGAN NAK NAIK BAPA DAH TENAT, TERUS JAGA MEMBERI MASUK. MUNGKIN DIA DAH MULA NAMPAK RIAK MUKA SAYA YG MENUNGGU SAJA NAK MELETUP. SAMPAI SAHAJA DI WAD, BAPA MERTUA DAH TAK SEDAR. MENURUT KATA JURURAWAT BARU LAGI. JAM 8 HINGGA 9 TADI MASIH ELOK. MENANGIS ISTERI SAYA KERANA KALAU JAGA YG XBERHATI PERUT TADI MEMBENARKAN BELIAU MASUK MUNGKIN DPTLAH ISTERI SAYA BERBUAL BUAT KALI TERAKHIR. MUNGKIN INILAH SURATAN TEPAT JAM 7.06 PM BAPA MERTUA SAYA KEMBALI KERAHMATULLAH DGN UCAPAN AKHIRNYA DI DUNIA INI YG JELAS KAMI SEMUA DENGAR ADALAH........ALLAH......SAMPAI KE AKHIR SAYA MENGURUSKAN JENAZAH ARWAH PAK METUA, SAYA MASIH TERCARI2 JAGA YG TIDAK BERHATI PERUT TADI, YG HAIRANNYA MEMANG XJUMPA LANGSUNG. TERINGAT SAYA KATA2 ISTERI SAYA BAGI MENENANGKAN SAYA, HARI INI HARI KITA ESOK MUNGKIN HARI DIA PULAK, SABARLAH, ALLAH TAALA MAHA MENGETAHUI AKAN SEGALA2NYA, ORG PAS KENA SABAR........WALLAHUAKLAM

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

14 ulasan:

GopengMari berkata...

salam yb..baru2 ni pun sy ada melawat saudara disana..mmg sorg jaga ada bersikap kurang ajar pada org ramai.mungkin org yg sama yg YB ceritakan..pengurusan hospital memang bagus,hospital dan wad cantik...tp perangai sorg mangkuk ayun ni saja yg boleh mencacatkan keseluruhan pentadbiran dan pengurusan hospital.
saya ingin cadangkan kpd YB,buat surat aduan pd pengurusan hospital atau berjumpa dgn pengarah hospital.
Ikutkan hati,nk terajang je Jaga tu..tp dgn tarbiyyah yg sy dpt sejak masuk PAS,alhamdulillah...dpt la jugak sabo sikit..sabo mmg kita kena byk sabar..tp org2 perosak mcm ni xbleh dibwk bincang lg.Harap tindakan dapat diambil...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ustaz

tazkziah atas kehilangan ayahanda trcinta semoga ruhnya tergolong di dalam orang beriman.

wassalam

abu muaz berkata...

sabarlah anak komando.Sabar mengambarkan anda berjiwa besar.ingat Rasulullah pernah dibaling batu di Taif. Bila malaikat mohon untuk hancurkan penduduk taif baginda tidak memberi izin. Akhirnya ada juga anak cucu mereka memeluk islam. walaupun anda anak komando tetapi orang pas mesti sabar.

Tanpa Nama berkata...

Syabas hospital taiping.. W'pn kecik tapi DR, n staff2 yg lain mmg sgt bgs. Jauh Lebih bgs drpd hospital Ipoh.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin jaga tuuu puak UMNO kot,,,,tiada belas ihsan...kalu puak PAS depa baguzz baguzz belaka...

d.a.m berkata...

Al-Fatihah kepadanya....

bukan secara sesuka hati orang yang hantar e-mail sebar perkara macamni, ini kes terlampau buat orang sangat benci baru meluahkan perasaan begini....

tolonglah jawab tentang isu ini Zambry Kadir...kan awak tu MB Perakkan, sekarang rakyat Perak dapat kesusahan...

Tanpa Nama berkata...

Tak payah lah merapu, bukan semua puak umno tu jahat cuma depa jahil je. tapi perangai giler pengawal ni...memang pun dimana ada juga sebab depa tu dikalangan yg tak ada sapa mau ambik depa buat keja dah.pihak hosptl di mana mana pun takkan peduli hal ni. ketua syarikat pengawal ni pun terdiri dari kepala senget semua...anyway hospital satu malaysia kena dengar suara rakaytt.hai satu malaysoa kannnn he he

Tanpa Nama berkata...

kalau nak kemesraan kakitangan kerajaan kena ganti kerajaan BN dengan kerajaan yang lebih mesra dalam PRU13, atas tak betul bagaimana bawah nak betul.

hazik berkata...

pak guard ada tokey. kalau dah gitu perangai pak guard yang dimaksudkan, sound sama tokey dia. tokey mungkin boleh buat sesuatu untuk settle masalah.

takziah kepada pencerita kisah ini. terima kasih kpd y.b. yang kongsikan kisah ini untuk semua.

Tanpa Nama berkata...

Takziah dan banyak bersabarlah. Dari pemerhatian n pengalaman saya boleh kata keseluruhan hospital di semenanjung ada pengawal macam tu, pihak kementerian kesihatan, hospital dan syarikat kawalan keselamatan yang telibat harap ambil tidakan. Peristiwa tersebut tak mustahil berlaku kepada keluarga kita jika tidak dibendung

Tanpa Nama berkata...

tahniah anak komando rej 1 atas pendedahan ini

Tanpa Nama berkata...

takziah pada keluarga anak komando. Nak kabo bila nak masuk wad tapi tak dapat contact je kecemasan lepeh tu repot kat dr kecemasan tau le dema takut sikit. Sabo je la...

Tanpa Nama berkata...

Selalunya pengawal keselamatan ini hanya mengikut arahan yang diberikan oleh pihak pentadbiran. Ramai antara mereka yang terdiri dari golongan yang berpendidikan rendah dan sukar memperolehi pekerjaan lain. Keadaan ini menjadikan mereka lurus bendul, mereka biasanya tidak berani untuk mengingkari arahan pihak atasan, takut kehilangan pekerjaan.

Mungkin arahan yang diberi adalah jangan benarkan sesiapa masuk selepas waktu melawat, maka mereka akan patuh. Mengingkari arahan bermakna mereka berhadapan risiko hilang pekerjaan, hilang pekerjaan bermakna dapur keluarga bakal tidak berasap.

Mereka tidak tahu menggunakan budi bicara bukan kerana mereka tidak ada budi bicara, namun budibicara mereka mungkin tidak dapat menyelamatkan mereka dari tindakan pihak pentadbiran.

Justeru, saya cadangkan demi kebaikan semua pihak, satu mekanisme diwujudkan bagi memberi pengecualian bagi kes seperti di atas. Misalnya pihak hospital mewujudkan talian khas bagi memberi kelonggaran kepada keluarga yang berhadapan masalah seperti di atas untuk memasuki kawasan hospital dengan memberi maklumat dan butir-butir berkaitan, maklumat itu kemudian disalurkan kepada pihak keselamatan untuk tindakan lanjut.

Wallahualam

Bahri Lakile

NOOR MOHAMAD berkata...

setuju betul dgn BAHRI LAKILE, mmg susah jadi pengawal. kalau benarkan kena maki dgn staf hospital, kalau tak benarkan kena maki dgn orang awam. orang awam pulak ramai yg kaki penipu, macam2 helah. pengawal dah naik bosan dgn perangai orang awam. yg jadi mangsa adalah orang yg ada masalah tulin. pihak hospital dan JK tertentu kena cari jalan paling baik atasi isu ini berulang.