04 Mei 2010

Awas jika dia datang

18 Jamadil Awal 1431 H
Email : Xian nasa

Saya seorang guru bertugas di Kuala Pilah, Negeri Sembilan (Tel: 06-4889726 di pejabat dan 019-6078917). Saya mendapat maklumat dan sempat mengenali seorang yang mendakwa dirinya pendakwah bebas. Dia dikenali sebagai Hashim (gambarnya saya sertakan jika diminta). Dia mendakwa dia pernah belajar di beberapa pengajian pondok di utara Semenanjung (saya tidak sebutkan nama pondok-pondok itu untuk kebaikan), kelahiran darah campur Melayu, Cina dan Siam, mempunyai pertalian dengan kerabat di Raja, pernah bertugas dengan Jakim dan beberapa orang pemimpin politik peringkat persekutuan dan negeri dan pemimpin-pemimpin agama peringkat negeri.

Saya menjemputnya datang dan menyampaikan sumbangan wang ringgit rakan-rakan kepadanya untuk menyokong usaha dakwahnya. Madrasah tempat saya mengaji juga memberi peluang kepadanya menyampaikan cerita pengalaman dan cabaran yang dihadapi dalam kerja dakwah di tempat kami. Saya turut membawanya ke sebuah perkampungan Orang Asli untuk meninjau peluang berdakwah di sana. Selain daripada itu, sahabat-sahabat saya sudah mula merangka kerja untuk mendapat kerjasama beliau berdakwah kepada masyarakat Cina kerana beliau boleh berbahasa Cina (ada rakan-rakan Cina saya mendakwa Encik Hashim mengguna bahasa Cina ala Taiwan. Saya tidak pasti kerana saya tidak boleh berbahasa Cina).

Beberapa lama kemudian, kami hilang kepercayaan terhadapnya dan saya tidak berhasrat untuk membuka aibnya. Memadai saya beri satu contoh: dia keluar dari rumah saya ketika saya keluar bekerja tanpa pengetahuan saya dan membawa bersama sebuah komputer riba dan tidak dipulangkan sehingga hari ini, 27 April 2010. Saya sudah menghubungi pondok pengajian dan beberapa orang yang pernah dikunjungi beliau. Ternyata, saya patut mencurigai beliau.

Berdasarkan pengamatan dan maklumat yang saya peroleh, beliau suka "membuat aktiviti" seperti ini di tempat-tempat pengajian agama.

Tujuan saya menghantar email ini ialah saya merayu agar pihak yang menemui beliau agar memulangkan komputer riba kami kerana di dalamnya terdapat banyak maklumat penting seperti buku penulisan saya mengenai iman dan pendidikan. Isteri saya, seorang guru memerlukannya untuk mengajar di sekolah.

Tujuan kedua saya ialah untuk mengingatkan agar kita lebih berhati-hati.

Email ini tidak berhasrat untuk memburukkan imej beliau. Saya percaya Allah adalah sebaik-baik Maha Pengadil, Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.

4 ulasan:

awang batil berkata...

tunjukkan saja gambarnya untuk masyarakat lebih waspada..!!!

um**o berkata...

klu benar akan cerita ini..perlihatkan lah gambar nya..dan tempat yg pernah dia belajar dan mengajar..ini ada lah utk kebaikan kita semua...berani kerana benar..

Tanpa Nama berkata...

atas dasar al-amr bil ma'ruf, wannahyu 'anil munkar... bolehkah gambarnya disiarkan? Dia telah mempermain-mainkan agama
subhanallah

sazli ansari berkata...

boleh saya dapatkan gambar orang ini.........kerana sy pernah alami cerita yg hampir serupa