19 Oktober 2010

INSYAALLAH, TIADA PRK DI PARLIMEN PASIR MAS

10 Zulkaedah 1431 H
Oleh : WFAUZDIN NS

INNA LILLAH,'WA INNA ILAIHI ROJI'UUN. MP Pasir Mas, YB Ibrahim Ali kini diberitakan sedang menerima rawatan di sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur akibat sakit jantung.

Beliau yang juga merupakan MP yang `bertenggek' di kerusi yang dipinjamkan oleh PAS Kelantan itu juga sebagai Presiden Perkasa dikhabarkan akan menjalani pembedahan Isnin ini.

Sebagai Muslim, marilah kita mendoakan kebaikan untuk beliau. Mudah-mudahan beliau dipanjangkan usia sehingga sempat menyertai Pilihanraya Umum Ke 13 yang akan datang. Moga-moga hajat kita ingin melihat Ibrahim Ali bersuara lebih lantang dan garau di Pasir Mas akan menjadi kenyataan. Bersamalah kita doakan.

1 ulasan:

Awanama berkata...

Siapa tahu kuasa Allah. Kalau Allah perintah Malaikat Maut untuk sentap roh kita sekarang pun..... apa kita boleh buat?