02 Mei 2011

'Kami tonton lagi dan lagi, tapi bukan Anwar'

28 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Pelaku dalam video seks bukanlah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Setiausaha Agung Parti Hak Asasi Manusia (HRP) P Uthayakumar selepas menonton daripada CD yang diterimanya melalui emel pada 29 April lalu.

Beliau merupakan yang kedua menerima salinan video itu selepas anggota parlimen Kapar S Manikavasagam menemuinya dalam peti surat di pejabatnya minggu lepas.

uthaya sex video pcUthayakumar sebaliknya perkara bahawa ia merupakan konspirasi politik yang didakwa digerakkan Umno dengan kerjasama polis Cawangan Khas.

Katanya, beliau menerima CD yang merakamkan aksi 22 minit yang ditunjukkan kepada wartawan di Carcosa Sri Negara pada 21 Mac melalui surat melalui penghantaran udara daripada Thailand.

Surat itu menggunakan setem Thailand dan mempunyai cop dipos pada 25 April daripada Songkhla, Thailand.

Beliau berkata menontonnya bersama beberapa aktivis HRP semalam.

"Kami hentikan CD untuk kedudukan strategik, beberapa kali, lihat pada muka pelaku; kami lihat padanya lagi dan lagi. Kami percaya ia bukan beliau (Anwar)," kata Uthayakumar dalam sidang media di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

Malaysiakini/-

Ulasan cina Islam:

Tindakan yang dilakukan diatas bagi saya berlainan dari apa yang disarankan oleh mufti dan bekas mufti dan beberapa tokoh agama yang menyuruh Anwar juga bersumpah.

Bagi saya kalau sesuatu yang jelas menipu dan bukan Anwar seperti yang dikatakan oleh P Uthayakumar, tentunya tindakan Anwar adalah satu penegasan secara peribadi dan jelas membuktikan bahawa dia telah memepertahankan haknya bahawa dia bukan watak yang berada dalam video itu.

Cuma yang saya bimbangkan adakah kenyataan di atas akan menghiasi muka depan akbar pro umno esok hari, rasanya tidak kerana sehari dua ini BN dan umno sudah mengalihkan nya kepada isu baru yang tidak masuk akanl iaitu ajak PAS bergabung dengan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa perlu bersumpah. Ikut lah apa yang terdapat dalam hukum dan undang undang Islam.
Kalau ikut sama bersumpah maka ia bermakna Mahkamah syariah tak ada guna dan semua orang jadi bodoh! Kalau PM nak jahil biarkan dia sorang sebab nanti dia yang akan jawab dan yang kesihan apabala bala menimpa keturunan nya kelak... wallah wa'alam.