19 Julai 2011

23 maut minum alkohol tercemar di Ecuador

17 Syaaban 1432H. [MOD] -

QUITO: Kerajaan Ecuador hari ini mengumumkan perintah darurat apabila 23 orang maut dipercayai mengambil minuman alkohol tercemar yang kebanyakannya ketika meraikan satu pesta komuniti di negara itu.

Perintah darurat itu berkuat kuasa selama dua bulan dan semua penjualan minuman beralkohol diharamkan selama tiga hari bagi membolehkan pihak berkuasa merampas minuman arak buatan sendiri.

Menteri Keselamatan, Homero Arellano, berkata perintah berkurung pula berkuatkuasa di Wilayah Los Rios province apabila ramai kematian dilaporkan di wilayah itu setakat ini.

Pihak berkuasa menahan seorang lelaki di bandar Ricaurte, di mana 21 orang maut di kawasan itu, menurut seorang pegawai kementerian.

Dua lagi kematian yang seakan sama puncanya dilaporkan di bahagian tengah negara itu. - AFP

Tiada ulasan: