30 Ogos 2011

ADUN cina takbir Raya rumah ke rumah

1 Syawal 1432H. [MOD] -
bumiperak.blogspot.com

IPOH 1 Syawal : ADUN Simpang Pulai YB Chan Ming Kai turut serta dalam majlis ziarah dan bertakbir dari rumah ke rumah di Taman Panglima Ipoh bersama dengan lebih 50 orang penduduk di sini.

Chan Ming Kai berpakaian baju Melayu bersongkok telah bersama dari awal hingga ke 12 rumah terakhir. Tuan rumah menyambut penuh mesra dengan tetamu istimewa wakil rakyat dari Keadilan ini turut serta dalam rombongan penduduk. Turut bersama anak-anak yang lebih ceria dengan duit raya yang diterima.





7 ulasan:

School Of Tots berkata...

Semoga hidayah Allah menyusul.

Awanama berkata...

>cehhh...ni sahih nk dapatkan undi melayu/islam jer ni!!
>tiru style pak angkat diseberang tambak johor masa dulu2

Qaseh Bonda berkata...

Tak kisahlah nak dia nak dapat tarikan pengundi melayu ke apa ke tapi yang pasti dia memang calun terbaik untuk jadi teladan pada wakil rakyat melayu UMNO khususnya yang tak pernah peduli soal adab.

Janganlah berperangai bodoh lagi sombong yang suka mencehhh sana cehh sini. Sepatutnya bersyukur menerima wakil rakyat yang tahu menghormati adat berugama. Wakil rakyat melayu khususnya UMNO jangankan nak bertakbir nak jadi imam pun jauh sekali.

Bila Kristian sibuk beramal khususnya dalam penjara membawa coklat dan makanan berkhasiat, apa ugama kita buat pada bangsa melayu yang terperosok dalam penjara.

Bila ramai murtad, baru masing2 pakat salahkan orang lain, Bila ugama cetek kita hanya nampak satu sudut saja. Itulah yang dididik UMNO supaya rakyat melayu pakat jadi low clas macam tuan hamba.

Belajarlah berfikiran terbuka dan menerima kebaikan orang lain tak kira bangsa atau ugama dengan berlapang dada.

Awanama berkata...

A'kum, kalau ramai orang masuk surga, apa anta rugi? kalau ramai orang masuk neraka, apa anta untung? yang PENTING, anta masuk surga.

Awanama berkata...

kata 1MAL, jgn byk prasangka, bila kaum lain bercampur dgn aktiviti melayu ada je rasa tkkenanya, klw mcm tu bila lg kaum diMalaysia nk hidup bersama tanpa rasa curiga

janggutsemanggol berkata...

Apakah Islam ni utk org Melayu shj? Di Cina lagi ramai penganut Islam dari orang Melayu.

Awanama berkata...

Lantak la yob... kita ni cam pak kadok jer skang ni.. menang sorak kampung tergadai...!! ada akal fikir la...