07 November 2011

Najib, Rosmah selesai tunai ibadah haji

11 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah haji bersama jutaan umat Islam lain.

"Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai," kata Perdana Menteri menerusi laman Twitternya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di Malaysia.

Najib dan Rosmah ialah antara 28,000 rakyat Malaysia yang menyempurnakan ibadah haji tahun ini.

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim.

- Bernama


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah selesai :D
tapi , kalau rosmah terdedah aurat lagi mmg membazir je ,
habis duit rakyat :(
Dah bagi peluang taknak berubah .
Adakah Haji Rosmah diterima Allah SWT / Haji Mabrur ?
Wallahuallam....

antahberantah berkata...

Takde ke gambar NajibRosmah ketika bersa'i antara Safa-Marwa?..mumgkin disediakan oleh Pak Arab Saudi lorong khas untuk mereka berdua....tutup satu lorong..

Tanpa Nama berkata...

http://www.malaysiakini.com/news/180738 agak2nya mcm mana nilai haji yg macam ni?... ialah ALLAH saja la menghukum... hehehe....tp gua kompius...