14 September 2011

Empat lelaki diberkas curi tayar

16 Syawal 1432H. [MOD] -



 EMPAT lelaki ditahan di Kota Damasara, Petaling Jaya semalam kerana disyaki mencuri tayar.


PETALING JAYA - Tindakan pantas polis yang menerima maklumat berhubung kes samun lori kontena di sebuah kilang di Bukit Puchong di sini malam kelmarin membuahkan hasil apabila empat lelaki berjaya diberkas kurang 12 jam selepas kejadian jenayah itu.
Keempat-empat suspek itu ditahan pada pukul 10.10 pagi semalam berhampiran tapak semaian bunga di Kota Damansara. Turut ditemui kontena berisi muatan tayar terpakai.
Sebelum itu, pada pukul 10.45 malam kelmarin, sekumpulan empat lelaki yang menaiki sebuah kereta memecah masuk sebuah kilang tayar di Bandar Bukit Puchong.
Pengawal keselamatan warga Myanmar yang bertugas pada malam itu diikat manakala kedua-dua belah matanya pula ditutup dengan baju.
Empat suspek yang bersenjata empat bilah parang itu kemudian mencampakkan pengawal keselamatan itu ke dalam longkang menyebabkan mangsa cedera di tangan, kaki dan badan.

Gagal bukti 50 ahli PAS masuk Umno

16 Syawal 1432H. [MOD] -


Sudah berlalu 3 hari cabaran Dewan Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Terap kepada Dato' Seri Mahawangsa Dato Seri Setia Diraja Mahdzir Khalid selaku Ketua Bahagian Umno Padang Terap , Ketua Pembangkang Kedah jugak Ahli Majlis Tertinggi Umno supaya mengemukakan pembuktian terhadap 50 orang ahli PAS Padang Terap masuk Umno. Sila Rujuk: Cabaran Kepada UMNO Padang Terap Nampaknya, tiada langsung respon daripada kepemimpinan Umno Bahagian Padang Terap.. GAGALlah mereka mengemukakan senarai ahli PAS tersebut. Bukan main gegak gempitanya pengumuman 'pembohongan' tersebut.

Saya percaya akan timbul lagi pengumuman-pengumuman serupa. Malah akan ada beratus-ratus malah beribu ahli PAS akan menyertai parti korup Umno menjelang PRU 13. Sehingga lojiknya PAS Padang Terap hanya akan berbaki Yang Dipertua, Setiausaha, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat dan Ketua Ulamak sahaja. Teknik yang sudah tidak releven di zaman generasi x dan y. Ianya hanya sesuai ketika internet dan media alternatif belum meledak di kalangan rakyat dan tv disembah sebagai sumber utama berita.

Ada beberapa teori kegagalan:

1. Memang berita yang keluar itu satu berita bohong, penceritanya adalah pembohong dan orang yang percaya adalah orang yang kena bohong. Medianya pun pembohong juga. Parti yang mendakwa mendapat ahli PAS itu pun bohong.

2. Menutup isu sebenar iaitu yang masuk UMNO kerana mendakwa PAS dan kerajaan negeri tidak membantu rumahnya terkena ribut walhal bantuan dah diberi, tetapi yang dihebahkan ialah keluar parti kerana isu komunis. Sebenarnya publisiti ini hanya untuk menyelamatkan karier politik seseorang. Untuk membuktikan "kejayaan" beliau mempengaruhi rakyat. Bila bawa isu komunis dalam masyarakat yang bergelumang dengan isu siapa pejuang sebenar kemerdekaan maka gagalah dijawab. Berapa orang keluar sebab komunis..? Hanya sekadar di padang Terap ahli PAS masuk Umno sebab isu komunis? Yang mengkagumi dan dikagumi komunis adalah Umno yang memeterai perjanjian dengan Parti Komunis.Bahkan UMNO semakin mengelirukan masyarakat apabila seoarang Profesor yang mesra UMNO sendiri mengakui bahawa negara ini tak pernah terjajah. Itu, kita serah kepada ahli sejarah dan akademik.

3. UMNO akan gunakan nama yang sama untuk mengumumkan ahli PAS yang keluar UMNO. Selepas ini akan ada tempat lain yang akan umumkan. Modus operandi ini sudah lama PAS tidak gunakan di Padang Terap. Kalau UMNO nak mulakan, ayuh... Selepas Pakatan Rakyat perintah Kedah, kita berkhidmat tanpa kira parti. Nampaknya UMNO sudah mula timbulkan kegelisahan di celah keharmonian masyarakat di Tandop Besar.Mereka bermain politik murahan dan picisan di situ demi meraih publisiti besar.Mereka fikir orang kampung boleh diperbodohkan.

4. Mereka gagal buktikan kerana mereka risau terhadap kebangkitan ahli UMNO lain yang dipinggirkan bantuan walaupun mereka sudah lama berjuang. Saya mengucapkan tahniah kepada keluarga 'PAS' yang mendapat durian runtuh dalam bentuk bumbung baru. Saya percaya banyak ahli UMNO sendiri tak dapat.. Boleh sahaja kita senaraikan nama ahli UMNO yang sedang menunggu bantuan di kampung Tandop Besar. Yang betul-betul susah. Bahkan seluruh Padang Terap yang merempat. Ingatlah betapa beruntungnya anda semua menjadi ahli PAS.

5. UMNO terkejut, rakyat Padang Terap terkejut, rakyat Malaysia bahkan ahli UMNO sendiri terkejut dengan pendedahan yang dikeluarkan berkenaan salahguna secara tidak beretika pemimpin UMNO Padang Terap terhadap duit syarikat Seri Temin Development sdn bhd. Yang diambil untuk tujuan aktiviti parti UMNO. Duit tu hakmilik rakyat negeri Kedah yang dikurniakan Allah. Buat apa ambil. Salah seorang rakyat yang membaca maklumuat yang tersebar ini mengatakan "Aku tida redha walau setitik air atau sebutir nasi yang dimakan oleh perwakilan UMNO dengan menggunakan duit rakyat iaitu aku". Sebelum ini mereka anggap UMNO adalah parti yang kaya. Maka silap, yang kaya ialah pemimpin UMNO.Kita boleh dedahkan betapa 'kayanya' mereka ini.

6. Mereka gagal buktikan kerana mereka risau bahawa ada lagi pendedahan penyelewengan yang akan dibuat.. Silakan umum lagi dan ada lagi penyelewengan yang saya akan bongkarkan.

Saya tahu masyarakat celik IT sedang memerhatikan dengan dekat cabaran saya. Ada juga kalangan pemimpin UMNO yang bertepuk dan bersorak dengan pendedahan saya. Adakah hanya dengan sekadar cabaran cek kosong? Nantikan adegan seterusnya.

YB Ustaz

Gagal bukti 50 ahli PAS masuk Umno

Sudah berlalu 3 hari cabaran Dewan Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Terap kepada Dato' Seri Mahawangsa Dato Seri Setia Diraja Mahdzir Khalid selaku Ketua Bahagian Umno Padang Terap , Ketua Pembangkang Kedah jugak Ahli Majlis Tertinggi Umno supaya mengemukakan pembuktian terhadap 50 orang ahli PAS Padang Terap masuk Umno. Sila Rujuk: Cabaran Kepada UMNO Padang Terap Nampaknya, tiada langsung respon daripada kepemimpinan Umno Bahagian Padang Terap.. GAGALlah mereka mengemukakan senarai ahli PAS tersebut. Bukan main gegak gempitanya pengumuman 'pembohongan' tersebut.

Saya percaya akan timbul lagi pengumuman-pengumuman serupa. Malah akan ada beratus-ratus malah beribu ahli PAS akan menyertai parti korup Umno menjelang PRU 13. Sehingga lojiknya PAS Padang Terap hanya akan berbaki Yang Dipertua, Setiausaha, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat dan Ketua Ulamak sahaja. Teknik yang sudah tidak releven di zaman generasi x dan y. Ianya hanya sesuai ketika internet dan media alternatif belum meledak di kalangan rakyat dan tv disembah sebagai sumber utama berita.

Ada beberapa teori kegagalan:

1. Memang berita yang keluar itu satu berita bohong, penceritanya adalah pembohong dan orang yang percaya adalah orang yang kena bohong. Medianya pun pembohong juga. Parti yang mendakwa mendapat ahli PAS itu pun bohong.

2. Menutup isu sebenar iaitu yang masuk UMNO kerana mendakwa PAS dan kerajaan negeri tidak membantu rumahnya terkena ribut walhal bantuan dah diberi, tetapi yang dihebahkan ialah keluar parti kerana isu komunis. Sebenarnya publisiti ini hanya untuk menyelamatkan karier politik seseorang. Untuk membuktikan "kejayaan" beliau mempengaruhi rakyat. Bila bawa isu komunis dalam masyarakat yang bergelumang dengan isu siapa pejuang sebenar kemerdekaan maka gagalah dijawab. Berapa orang keluar sebab komunis..? Hanya sekadar di padang Terap ahli PAS masuk Umno sebab isu komunis? Yang mengkagumi dan dikagumi komunis adalah Umno yang memeterai perjanjian dengan Parti Komunis.Bahkan UMNO semakin mengelirukan masyarakat apabila seoarang Profesor yang mesra UMNO sendiri mengakui bahawa negara ini tak pernah terjajah. Itu, kita serah kepada ahli sejarah dan akademik.

3. UMNO akan gunakan nama yang sama untuk mengumumkan ahli PAS yang keluar UMNO. Selepas ini akan ada tempat lain yang akan umumkan. Modus operandi ini sudah lama PAS tidak gunakan di Padang Terap. Kalau UMNO nak mulakan, ayuh... Selepas Pakatan Rakyat perintah Kedah, kita berkhidmat tanpa kira parti. Nampaknya UMNO sudah mula timbulkan kegelisahan di celah keharmonian masyarakat di Tandop Besar.Mereka bermain politik murahan dan picisan di situ demi meraih publisiti besar.Mereka fikir orang kampung boleh diperbodohkan.

4. Mereka gagal buktikan kerana mereka risau terhadap kebangkitan ahli UMNO lain yang dipinggirkan bantuan walaupun mereka sudah lama berjuang. Saya mengucapkan tahniah kepada keluarga 'PAS' yang mendapat durian runtuh dalam bentuk bumbung baru. Saya percaya banyak ahli UMNO sendiri tak dapat.. Boleh sahaja kita senaraikan nama ahli UMNO yang sedang menunggu bantuan di kampung Tandop Besar. Yang betul-betul susah. Bahkan seluruh Padang Terap yang merempat. Ingatlah betapa beruntungnya anda semua menjadi ahli PAS.

5. UMNO terkejut, rakyat Padang Terap terkejut, rakyat Malaysia bahkan ahli UMNO sendiri terkejut dengan pendedahan yang dikeluarkan berkenaan salahguna secara tidak beretika pemimpin UMNO Padang Terap terhadap duit syarikat Seri Temin Development sdn bhd. Yang diambil untuk tujuan aktiviti parti UMNO. Duit tu hakmilik rakyat negeri Kedah yang dikurniakan Allah. Buat apa ambil. Salah seorang rakyat yang membaca maklumuat yang tersebar ini mengatakan "Aku tida redha walau setitik air atau sebutir nasi yang dimakan oleh perwakilan UMNO dengan menggunakan duit rakyat iaitu aku". Sebelum ini mereka anggap UMNO adalah parti yang kaya. Maka silap, yang kaya ialah pemimpin UMNO.Kita boleh dedahkan betapa 'kayanya' mereka ini.

6. Mereka gagal buktikan kerana mereka risau bahawa ada lagi pendedahan penyelewengan yang akan dibuat.. Silakan umum lagi dan ada lagi penyelewengan yang saya akan bongkarkan.

Saya tahu masyarakat celik IT sedang memerhatikan dengan dekat cabaran saya. Ada juga kalangan pemimpin UMNO yang bertepuk dan bersorak dengan pendedahan saya. Adakah hanya dengan sekadar cabaran cek kosong? Nantikan adegan seterusnya.

YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Terap

Beli petrol bakar mayat kekasih

16 Syawal 1432H. [MOD] -



GAMBAR fail menunjukkan penduduk melihat kawasan mayat Nurul Awatif dipercayai dibakar di dalam semak di Kampung Lembah Jaya, Ampang Jaya pada 5 September lalu.


SHAH ALAM – Polis yakin dapat menyelesaikan kes pembunuhan seorang remaja perempuan yang mayatnya ditemui terbakar di dalam semak dekat loji kumbahan di Jalan Bukit Belacan, Ampang pada 5 September lalu dengan tertangkapnya seorang pemuda kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (gambar kecil) berkata, suspek berusia 19 tahun yang merupakan penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ditahan pukul 12 tengah hari di Seri Iskandar, Perak. Dia kini direman sehingga 20 September mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
Difahamkan, pemuda dari Ukay Perdana, Ampang itu merupakan pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan.

PAS anggap Tun M hina Raja-Raja Melayu

16 Syawal 1432H. [MOD] -



TEMERLOH, 13 Sept:
 PAS menganggap kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa British dijemput ke tanah air untuk menjadi penasihat pentadbiran adalah memperlekeh dan menghina Raja-Raja Melayu.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pada hakikatnya penjajah Inggeris itu bukanlah baik tetapi menggunapakai strategi tertentu sehingga sebahagian orang Melayu boleh merasa senang berlindung di bawah mereka.

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan media Dr Mahathir semalam yang mengatakan sultan-sultan memutuskan untuk menjemput British datang ke tanah air dan menasihatkan mereka mengenai cara mentadbir negeri. 

Beliau berkata demikian sebagai menyokong kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling sebelum ini bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British.

Menurut Tuan Ibrahim, British sememangnya penjajah tetapi mereka masuk ke Tanah Melayu dengan pendekatan yang tidak seeprti Belanda.

“Ketika British menjajah India, mereka menggunakan pendekatan serangan dan membuang raja-raja di sana mengakibatkan tentera mereka mengalami banyak kekalahan.

“Apabila datang ke Tanah Melayu mereka menukar strategi dengan menyebelahi anak-anak raja tertentu. Sebab itu kita tengok kebanyakan negeri-negeri Melayu berlaku perbalahan sesama anak raja yang semuanya didalangi British. Orang Melayu yang tidak menyebelahi mereka diburu dan dibunuh.

“Kita mahu gambarkan bahawa British bukanlah baik, bukannya rakan perlindungan seperti digambarkan. Sebagai contoh Perjanjian Pangkor diadakan di atas kapal perang dan terdapat unsur pemaksaan,” katanya dalam sidang media di pejabat Perhubungan PAS Pahang di sini hari ini.

Justeru tambah Tuan Ibrahim, pendapat Dr Mahathir British dijemput untuk menjadi penasihat dalam pemerintahan hanyalah memperlekeh raja-raja Melayu.

Dalam pada itu Tuan Ibrahim berkata ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa komunis Cina baik sebaliknya komunis di Malaysia dulu jahat, hanyalah untuk menutup perhubungan intim Umno dengan Parti Komunis China.

“Bukan setakat hubungan kerajaan, apa yang berlaku ialah terdapat penjanjian persefahaman (MoU) antara Umno dengan Parti Komunis China yang mengadakan pertukaran lawatan antara pemuda parti masing-masing,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, PAS Pahang akan mengadakan program Jejak Pejuang Kemerdekaan yang akan menemui dan mengumpulkan balik pahlawan-pahlawan Melayu yang pernah menentang penjajah Inggeris pada zaman masing-masing.

Karachi lumpuh dilanda banjir

16 Syawal 1432H. [MOD] -


AIR naik memaksa pemandu keluar dari kenderaan mereka di jalan raya Karachi, selain melumpuhkan urusan harian penduduk.
AIR naik memaksa pemandu keluar dari kenderaan mereka di jalan raya Karachi, selain melumpuhkan urusan harian penduduk.
Pakistan hadapi bencana baru hujan berterusan dua minggu 

KARACHI: Bandar terbesar Pakistan, Karachi, yang juga pusat komersial lumpuh selepas dilanda banjir selepas hujan berterusan sejak dua minggu lalu melanda kawasan selatan wilayah Sindh itu.Ia memaksa sekolah dan pasar ditutup selain menyebabkan pemandu terpaksa membiarkan kenderaan mereka begitu saja selepas jalan raya ditenggelami air.Banyak kampung juga dinaiki air selepas terusan melimpah dan kurangnya usaha untuk menurunkan paras air ketika kebimbangan meningkat bencana baru melanda Pakistan yang belum pulih daripada banjir besar tahun lalu. 

Bencana tahun lalu menyebabkan 800,000 keluarga hilang tempat berteduh manakala lebih sejuta lagi memerlukan bantuan, kata agensi bantuan kemanusiaan. 

Kira-kira 200 orang di Sindh terkorban kerana banjir terbaru selain menyebabkan 280,000 penduduk kehilangan tempat tinggal. 

Banjir kali ini juga merosakkan atau memusnahkan 1.2 juta rumah dan membanjiri 4.5 juta ekar (1.82 juta hektar) kawasan sejak hujung Ogos lalu, kata pegawai pengurusan bencana dan kumpulan bantuan Barat. 
Di Sindh, hujan diramalkan berterusan, kebanyakan jalan raya tidak boleh dilalui, kereta terkandas dan ada stesen minyak ditenggelami air. 

“Kami merekodkan 50-100 milimeter hujan di Karachi dan situasi agak teruk. Banyak jalan utama dan kawasan ditenggelami air buat masa ini dan ia mungkin menjadi lebih teruk,” kata Mohammad Hussain Syed, pegawai yang menyelaras bantuan. 

Pegawai saham Pakistan di sini berkata mereka akan tutup lebih awal manakala banyak bank turut mengambil langkah sama. 

“Saya fikir boleh sampai ke tempat kerja, namun ia ternyata salah. Kini saya terkandas. Kereta saya rosak malah saya tidak dapat cari sesiapa untuk membantu,” kata pegawai bank Khalid Hussain yang berdiri dengan air paras lutut. 

Musim hujan melanda kawasan Asia Selatan mulai Jun hingga September dan ia amat penting untuk pertanian. Banjir 2010 mengorbankan kira-kira 2,000 orang dan menyebabkan 11 juta penduduk kehilangan kediaman, bencana alam terburuk Pakistan. 

Satu perlima Pakistan ditenggelami air, kawasan bersaiz Itali dan kerajaan berdepan bil AS$10 bilion (RM30 bilion) untuk membaiki kerosakan rumah, jambatan, jalan raya dan infrastruktur lain. 

Pekerja bantuan melahirkan kebimbangan berhubung kemungkinan wabak penyakit berikutan banjir baru, terutama di kalangan kanak-kanak. 

Bandar dekat Laut Arab ini dan pelabuhan utama negara, menyumbang kira-kira dua pertiga hasil cukai keseluruhan kerajaan dan 25 peratus keluaran dalam negara kasar Pakistan. 

Banjir adalah perkara terakhir yang diperlukan di bandar dengan kira-kira 18 juta penduduk itu. Keganasan politik dan etnik, jenayah terancang, samseng dadah dan militan Islam mengkucar kacirkan ibu kota ini, mencetuskan gesaan terbaru untuk satu tindakan keras tentera. – Reuters 

Taliban serang ibu pejabat NATO

16 Syawal 1432H. [MOD] -



POLIS Afghanistan berdiri berhampiran mayat penyerang berani mati di Kabul semalam.
POLIS Afghanistan berdiri berhampiran mayat penyerang berani mati di Kabul semalam.
Operasi ala komando turut sasar kedutaan Amerika korbankan 12 nyawa 

KABUL: Pergerakan Taliban melancarkan serangan serentak di ibu negara Afghanistan semalam yang menyasarkan ibu pejabat NATO dan Kedutaan Amerika Syarikat, membunuh sekurang-kurangnya enam orang.Kira-kira lima jam selepas serangan bermula, kejadian berbalas tembakan masih berlaku. Kerajaan Afghanistan mengesahkan kematian empat penduduk awam dan dua anggota polis, selain sekurang-kurangnya enam anggota pergerakan itu dengan dua lagi masih meneruskan tentangan.Pegawai Afghanistan berkata, penyerang berkubu dalam bangunan masih dalam pembinaan yang menghala ibu pejabat NATO dan Kedutaan Amerika, berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan ketika dua helikopter berlegar di udara. 

Dua penyerang bunuh diri berasingan turut menyasarkan polis di beberapa kawasan dikawal ketat di Kabul membabitkan kematian anggota Taliban paling ramai sejak tentera penceroboh diketuai Amerika menyingkirkan pemerintahannya 10 tahun lalu. 

Serangan serentak yang berjaya menyasarkan ibu pejabat NATO dan Kedutaan Amerika menjadi operasi gaya komando paling berjaya Taliban dalam pertempuran menumbangkan kerajaan Kabul dan mengalahkan tentera Barat. 

Dalam sebarang kes, serangan itu memberi tamparan hebat kepada kerajaan Afghanistan dan NATO, menunjukkan kawalan keselamatan yang semakin teruk di Kabul, lokasi pemberontak melancarkan serbuan gaya komando ke atas sasaran Barat dan Afghanistan. 
Wartawan AFP mendengar siri letupan kuat sejurus selepas jam 1.30 petang waktu tempatan dua hari selepas Amerika menyambut ulang tahun ke-10 serangan 11 September yang mencetuskan perang panjang di Afghanistan. 

Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) diketuai Amerika bekerjasama dengan misi diplomatik untuk menyokong kerajaan Afghanistan yang dilihat sebagai rasuah. Ibu pejabat utama pasukan itu bersambung dengan perkarangan Kedutaan Amerika. 

“Ibu pejabat ISAF diserang buat masa ini,” seorang pegawai tentera Barat terdahulu mengesahkan ketika penduduk yang ketakutan dan pekedai bercerita bagaimana mereka mencari tempat berlindung. 

Kedutaan Amerika, salah satu misi diplomatik terbesar negara itu di dunia, paling dikawal ketat di Afghanistan dan kediaman beratus-ratus diplomat, mengesahkan serangan di kawasan itu. 

“Tiada kematian buat masa ini di kalangan kakitangan kedutaan,” kata jurucakap kedutaan, Kerri Hannan, dalam kenyataan yang die-melkan tanpa memberi maklumat lanjut. 

Pegawai Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, yang enggan dikenali, berkata empat pegawai polis dan dua penduduk awam maut manakala sekurang-kurangnya lima penduduk awam dan tiga anggota polis cedera. 

“Pasukan keselamatan sudah tiba di tingkat kedua dan ketiga bangunan dalam pembinaan itu. Dua penyerang masih melancarkan serangan. Kami berharap tentangan akan berakhir tidak lama lagi. Mereka pasti kehabisan peluru,” kata jurucakap polis, Hashmat Stanikzai. 

ISAF mengesahkan ia menyediakan bantuan tentera walaupun Ketua NATO, Anders Fogh Rasmussen, meluahkan keyakinan tentera Afghanistan mampu menangani serangan itu. – AFP 

Tujuh maut, 162 cedera keretapi langgar bas

16 Syawal 1432H. [MOD] -

 Gambar hiasan



BUENOS AIRES 14 Sept. - Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala 162 lagi cedera apabila sebuah bas dilanggar dua buah keretapi di stesen keretapi di pinggir ibu negara Argentina, semalam.

Menurut jurucakap syarikat keretapi Buenos Aires, Gustavo Gago, kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 7 pagi (kira-kira 4 petang waktu Malaysia) ketika beribu-ribu orang berpusu-pusu di stesen Flores, di barat daya Buenos Aires, menuju ke tempat kerja masing-masing.

"Sebuah keretapi yang memasuki stesen Flores melanggar dan mengheret sebuah bas, sebelum menghimpit kenderaan itu ke platform.

"Kemudian, keretapi tersebut terkeluar daripada landasannya dan memasuki landasan lain sebelum dilanggar sebuah keretapi lain yang baru tiba di stesen itu dari arah lain," jelasnya.

Jurucakap polis, Fernando Sostre berkata, pihak bomba berusaha keras mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam bas dan keretapi tersebut sebelum mangsa yang cedera dikejarkan hospital.

"Pihak bomba mengalami kesukaran untuk mengeluarkan dua lagi mangsa yang tersepit di celah kenderaan tersebut.

"Doktor mengesahkan tujuh orang maut, namun angka sebenar kematian masih belum dapat dipastikan," katanya. - AFP

Enam maut dalam serangan Taliban di Kabul

16 Syawal 1432H. [MOD] -


KABUL 14 Sept. - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam beberapa serangan yang dilancarkan oleh kumpulan Taliban ke atas kedutaan Amerika Syarikat di Kabul, Afghanistan, semalam.

Menurut kementerian dalam negeri, Taliban melancarkan serangan termasuk menggunakan pengebom berani mati di empat lokasi yang berbeza, termasuk ibu pejabat NATO yang berdekatan kedutaan AS dan lapangan terbang.

Siri serangan tersebut menyebabkan enam orang awam terbunuh termasuk dua anggota polis dan empat orang awam, manakala 15 yang lain cedera. - Reuters

Mengapa Tanah Melayu menggunakan Perlembagaan Suruhanjaya Reid?

16 Syawal 1432H. [MOD] -
Kenyataan Media.

Suruhanjaya reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.

Ahli Suruhanjaya Reid

Lord William Reid - Pengerusi
Sir Ivor Jennings - Britain
Sir William McKell - Australia
Hakim B Malik - India
Hakim Abdul Hamid - Pakistan

Petikan Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas

Sekarang kita hendak tanya kepada profesor Zainal Kling dan pimpinan Umno kalau Tanah Melayu tidak pernah dijajah British buat apa perlembagaan tanah Melayu mesti di bincang di Parlimen British dan tidak diputus sendiri oleh kerajaan tanah Melayu pada masa tersebut? Kalau benar tanah Melayu tidak dijajah sudah tentu kita tidak perlu kerajaan British merangka perlembagaan tanah Melayu.

Kalau negara yang bebas dari penjajah sudah tentu mereka akan merangka perlembagaan sendiri tanpa perlu campur tangan atau kelulusan dari negara luar. Mengapa tanah Melayu dan Malaysia sekarang masih mengguna pakai perlembagaan Suruhanjaya Reid? Mengapa tidak dihapus sama sekali perlembagaan Reid dan kita rangka dan gunakan perlembagaan yang sesuai dengan adat resam dan budaya tanah Melayu/Malaysia sendiri atau sekarang kita rangka perlembagaan menurut syariah. Semua ahli Suruhanjaya Reid dari negara luar tidak ada yang dari kerajaan tempatan atau tanah Melayu.

Inilah beberapa persoalan yang perlu dijawab dan difikir bersama kalau benar tanah Melayu tidak dijajah seharusnya kita sudah bebas menggunakan perlembagaan sendiri dan tidak bergantung dengan negara luar untuk merangka perlembagaan kita. Jadi pemimpin Umno kena bersedia untuk menerima kenyataan yang negara ini memang pernah
dijajah oleh British dan yang berjuang melawan kerajaan sebelum merdeka memang pejuang kemerdekaan.

Jofri Jaraiee
PAS Miri

Tanda Kebesaran Allah Dalam Kejadian Hujan

16 Syawal 1432H. [MOD] -
elsaif86.wordpress.com

Berlaku perselisihan pandangan di antara dua tamadun mengenai topik kejadian hujan, awan, dan angin di antara dua tamadun kemanusiaan:


Tamadun yang pertama : tamadun zaman kegelapan

Ia merupakan tamadun di mana manusia masih mempunyai tahap pemikiran yang tidak berkembang, kefahaman yang sempit, dan dikuasai pemikiran mendatar. Oleh kerana tenggelam dalam pemikiran tersebut maka mereka hanya menggambarkan hujan hanya turun dari lubang-lubang tangki air yang banyak di langit dan gambaran ini telah menafikan bahawa ada kitaran awan dan dan angin yang disebut oleh ayat-ayat Al-Quran.

Tamadun kedua : tamadun zaman penjajahan

Ia adalah satu tamadun yang bermula dengan perkembangan sains dalam bentuk kajian yang meluas, dan ia wujud dalam suasana ethis yang beruasaha menyelewengkan fakta-fakta tentang kejadian alam dan mentafsirkannya dalam gambaran yang jauh dari petunjuk iman. Kerana setiap kali terdedah satu-persatu rahsia kejadian tuhan, mereka mengaburkannya dengan apa yang buruk seperti unsur dalam ajaran ethis dan kesesatan !Dan oleh kerana mereka ini adalah orang yang sentiasa mengkaji, maka manusia mempercayai tafsiran mereka. Mereka mentafsirkannya dengan apa sahaja yang diingini dan didorong oleh kejahilan mereka dan permusuhan mereka terhadap agama-agama serta penganut-penganutnya. Di antara kata-kata mereka : bahawa hujan adalah suatu kejadian semulajadi, sedangkan ia adalah seperti kepanasan yang memanaskan air laut. Bahagian-bahagian panas yang berada di permukaan laut itu disebabkan perhubungan di antara zarah-zarah air yang kuat lalu ia menjadi menjadi ringan dan terbang di udara, kemudiannya datang angin meniup wap ini dan membawanya ke tempat yang sejuk cuacanya lalu ia membeku dan menjadi awan, kemudiannya ketulan-ketulan itu menjadi berat dengan bertambah besar saiznya lalu menurunkan hujan. Dan keputusan kajian sains ini mengatakan terjadi cas-cas elektrik lalu menjadi kilat dan guruh. Mereka bercakap tentang perkara ini bahawa semuanya adalah suatu yang semulajadi? Maka ini tafsiran kepada ketetapan tuhan yang mana orang-orang Islam mula mengambil pendirian gopoh dengan menerimanya dan setengah yang lain berpendirian menolaknya secara umum dan khusus, maka mari kita sama-sama melihat ayat-ayat Al-Quran dan apa yang ditunjuk oleh hakikat sebenar dan bukti-bukti.

PEMBENTUKAN AWAN :

Kepanasan matahari menyejatkan air laut lalu ia naik ke langit dalam keadaan baik, yang boleh diminum. Tetapi wap ini tidak terus naik untuk menurunkan air ke bulan atau Marikh, dimaksudkan menurunkan air dengan maksud menurunkan hujan ke atas hamba-hamba Allah di tengah-tengah benua dan semua penjurunya, kerana keperluannya ada di sana. Allah Taala telah menetapkan satu undang-undang dan ketetapan yang hebat pada kepanasan ini yang mengubah air laut menjadi hujan untuk hamba-hambanya, jika terlebih sedikit kepanasan matahari pasti tersejat air laut kesemuanya. Tetapi kepanasan tersebut ditetapkan pada satu kadar. Dan jika keluasan laut kurang dari jumlah yang ada sekarang iaitu (3/4 daratan) sudah pasti hujan akan sedikit dari kebiasaan kerana kadar hujan akan berkurangan apabila kurang jumlah keluasan lautan. Setiap tahun bertambah kepanasan matahari, dengan izin Allah lebih kurang 400.000 kilometer persegi permukaan kering, turun satu pertiga air hujan di laut-laut ketika ia hampir sampai ke daratan dan keadaan hujan, salji, embun atau titisan.

KETETAPAN ALLAH DALAM PROSES CIPTAAN AIR HUJAN YANG BAIK

1. Proses Mengangkat Awan, Menghentikannya, Dan Menguraikannya :

Allah Taala telah menjadikan kepanasan matahari dan angin menjadi sebab terangkat wap air dari laut sehingga ke tahap melepasi bukit-bukit dan demikian itu supaya bukit-bukit tidak menghalang peralihan air dari atas laut sehingga ke tengah-tengah benua, dan supaya bercantum bahagian-bahagian lain membentuk awan. Dan Allah Taala menetapkan had bagi pengewapan air ini di mana ia akan berhenti apa sampai di tahapnya dan tidak melebihinya sehingga ke penjuru alam yang tinggi supaya ia tidak meninggalkan bumi tanpa kembali kepadanya. Berfirman Allah Taala :

﴿وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً بِقَدَرٍ فَأَسْكَنَّاهُ فِي الْأَرْضِ وَإِنَّا عَلَى ذَهَابٍ بِهِ لَقَادِرُونَ﴾ (المؤمنون:18)

Maksudnya :

“Dan Kami turunkan dari langit itu air dengan kadar yang ditetapkan dan Kami masukkannya ke dalam bumi dan Kami berkuasa menghilangkannya (air hujan)”

Allah taala mengangkat wap air dan tidak mengangkat bersamanya garam yang bercampur dengannya dalam laut supaya tidak memudaratkan manusia, haiwan, dan tumbuhan. Jika kita minum air tersebut sedangkan ia masin dan siram tanaman kita dengannya pasti ia merosakkan tubuh kita dan memusnahkan tanaman dan haiwan. Al-Quran telah menyebut perkara tersebut dalam firman Allah Taala :

﴿أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ(68)ءَأَنْتُمْ أَنْزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنْزِلُونَ(69)لَوْ نَشَاءُ جَعَلْنَاهُ أُجَاجًا فَلَوْلَا تَشْكُرُونَ(70)﴾ (الواقعة:68-70)

Maksudnya :

“ Adakah kamu tidak melihat kepada air yang kamu minum. Adakah kamu yang menurunkannya dari awan atau kami yang menurunkannya? Jika kami mahu kami akan jadikan ia masin maka jika kamu tidak bersyukur”.

أجاجاً bermaksud masin.

2. Proses Pengumpulan Wap Air :

Wap air itu ringan dan mudah naik ke tempat yang tinggi dan tidak dapat dilihat melainkan semasa ia membentuk menjadi awan. Allah Taala menghantar angin yang membawa zarah-zarah debu, tanah, benih-benih tumbuhan, dan semua jenis zarah-zarah yang membentuk awan. Juzuk-juzuk kecil wap air diterbangkan angin lalu ia menggerakkannya, berkumpul bersama juzuk-juzuk kecil tersebut dan membentuk kelompok air dan menjadi ketulan-ketulan air yang kecil yang boleh dilihat oleh kita iaitu awan. Apabila bertambah besar ketulan-ketulan tersebut ia akan menjadi ketulan yang berat dan menurunkan hujan.

Allah Taala berfirman :

﴿اللَّهُ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَيَبْسُطُهُ فِي السَّمَاءِ كَيْفَ يَشَاءُ وَيَجْعَلُهُ كِسَفًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ فَإِذَا أَصَابَ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ ﴾ (الروم:48).

Maksudnya :

“Allah taala mengutuskan angin-angin lalu ia menggerakkan awan lalu membentangkan ia di langit sebagaimana dia kehendaki dan menjadikannya berkelompok, kemudian kamu melihat hujan turun dari celah-celahnya. Maka apabila air hujan turun ke atas orang yang dikehendakinya di kalangan hambaNya maka mereka akan bergembira”.

3. Proses Pergerakan Awan :

Di sana terdapat satu ketetapan tuhan iaitu peralihan air dari atas permukaan laut ke tengah-tengah benua dan proses ini dibantu oleh angin yang menggerakkan awan tanpa meminta dari manusia sebarang bayaran atau gaji, kerana ia ditugaskan untuk mereka dengan perintah Allah Azzawajalla. Allah Taala berfirman :

﴿وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ حَتَّى إِذَا أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالًا سُقْنَاهُ لِبَلَدٍ مَيِّتٍ فَأَنْزَلْنَا بِهِ الْمَاءَ فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ كَذَلِكَ نُخْرِجُ الْمَوْتَى لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ ﴾ (الأعراف:57)

Maksudnya :

“Dialah (Allah) yang mengutus angin-angin sebagai khabar gembira di hadapan rahmatnya sehingga angin itu membawa awan menjadi berat kami gerakkan ia ke negeri yang mati (tidak subur) lalu kami turunkan hujan dengan sebab awan tersebut, maka kami tumbuhkan dengan sebabnya (air hujan) bermacam-macam buah-buahan. Seperti demikian juga kami hidupkan orang-orang mati mudah-mudahan kami mendapat peringatan”.

Ayat ini mengkhabarkan kita bahawa angin menggerakkan awan, dan sesungguhnya ia menggerakkannya dengan perintah dari Allah s.w.t “سقناه لبلد ميت”. Telah terbukti bahawa di sana terdapat kawasan-kawasan gurun kering-kontang menjadi kawasan pertanian. Sama juga sebagaimana Allah Taala mengubah suatu kawasan yang kontang menjadi kawasan yang subur itu, begitu dia membangkitkan orang yang mati dengan menurunkan hujan dari langit yang menumbuhkan jasad-jasad manusia. Allah Taala berfirman :

﴿…فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ كَذَلِكَ نُخْرِجُ الْمَوْتَى لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ ﴾ (الأعراف:57)

Perhatilah pada perumpamaan tersebut sekali, dua, dan tiga dan perhatikanlah kepada hikmah di sebalik ketetapan kadar angin. Ia bergerak mengikut kadar yang ditetapkan dan ditepati dimana kadar dan kelajuannya amat sesuai untuk peralihan awan dan ia tidak menyebabkan kemusnahan. Allah Taala telah memperlihatkan kepada kita ibarat dengan beberapa angin kencang dan puting beliung yang memusnahkan mencapai kelajuannya sehingga 75 batu sejam. Apabila kelajuan angin mencapai 200 batu sejam pasti tiada hidupan yang wujud di muka bumi melainkan kesemuanya telah dimusnahkan oleh angin tersebut. Untuk mengetahui tanda-tanda rahmat Allah Taala terhadap kamu maka ketahuilah bahawa angin yang berskala laju ini ada di bumi di atas kepala kamu dengan jarak antara kamu dengan angin tersebut hanyalah lima batu sahaja, yang dipanggil sebagai zon gelombang angin. Angin-angin yang bergerak dengan kelajuan 200 batu sejam pada ketinggian lima batu di atas permukaan laut itu jika ia hampir kepada permukaan bumi pasti akan musnah sistem ekosistem, turut musnah juga sistem hujan. Jika tempat itu nombor tiga menggantikan tempat nombor satu di atas muka bumi pasti air tidak akan bergerak ke tengah benua dan hujan sentiasa turun di atas permukaan laut sekaligus manusia, haiwan, dan tumbuhan akan mati kerana kehausan. Maka perhatilah pada pentadbiran yang bijaksana di bumi ini.

4. Proses Penurunan Hujan

Awan yang berarak di antara langit dan bumi mempunyai keseimbangan graviti yang menariknya turun ke bawah dengan wujudnya kekuatan yang mengangkatnya ke atas. Jika berterusan keseimbangan di antara dua proses ini sudah pasti tidak akan turun hujan dalam bentuk setitis yang besar tetapi Allah Azzawajalla mengutuskan angin-angin untuk membawa awan-awan ke bahagian yang tinggi yang lebih sejuk suhunya kemudian ia menjadi awan bertambah besar dan bertambah saiz titisan. Bertambah air dalam titisan itu dan menjadi berat dan graviti mula menariknya dengan kuat mengatasi kekuatan mengangkat lalu ia menurunkan hujan dengan kekuasaan Allah s.w.t.

Allah Taala berfirman :

﴿وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ حَتَّى إِذَا أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالًا سُقْنَاهُ لِبَلَدٍ مَيِّتٍ فَأَنْزَلْنَا بِهِ الْمَاءَ فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ كَذَلِكَ نُخْرِجُ الْمَوْتَى لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ ﴾ (الأعراف:57)

Maksudnya :

“Dialah (Allah) yang mengutus angin-angin sebagai khabar gembira di hadapan rahmatnya sehingga angin itu membawa awan menjadi berat kami gerakkan ia ke negeri yang mati (tidak subur) lalu kami turunkan hujan dengan sebab awan tersebut, maka kami tumbuhkan dengan sebabnya (air hujan) bermacam-macam buah-buahan. Seperti demikian juga kami hidupkan orang-orang mati mudah-mudahan kami mendapat peringatan”.

Supaya hujan itu tidak turun dalam keadaan seketul maka Allah Taala menjadikan proses penguraian ([11]) pada titisan-titisan hujan menjadi sebab hujan turun dalam bentuk titisan kecil sehingga tidak berlaku kemusnahan di atas muka bumi.

5. Proses Pergerakan Air Hujan Dan Taburannya Di Muka Bumi :

Allah Taala menjadikan proses pembentukan sungai sebagai cara mengalirkan air hujan di muka bumi dan menyebarkannya ke tempat-tempat yang jauh supaya dapat dimanfaatkan di seluruh kawasan. Maka air ini ada yang mengalir menjadi sungai di atas muka bumi, mata air, dan tali air yang tersebar seperti mengalir peluh dan darah darah dalam badan manusia, Allah Taala berfirman :

﴿ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَسَالَتْ أَوْدِيَةٌ بِقَدَرِهَا ﴾ (الرعد:17)

Maksudnya :

“…. Dia (Allah) menurunkan dari langit itu air lalu ia mengalir di lembah-lembah mengikut kadarnya”.

Dan firmanNya lagi :

﴿ وَسَخَّرَ لَكُمُ الْأَنْهَارَ ﴾ (إبراهيم:32)

Maksudnya :

“……. Dia (Allah) menundukkan sungai-sungai supaya berkhidmat kepada kamu(manusia)”.

Sebagaimana air mengalir di dalam perut bumi di laluan-laluan yang tertentu di celah batu-batan seperti bekas apabila ia pecah mana bahagian ia akan mengeluarkan mata air, maka manfaatnya boleh diambil dari air yang tersimpan dalam bumi tersebut sehingga kawasan-kawasan gurun yang jauh menjadi subur dan lain-lain kawasan. Berfirman Allah Taala :

﴿ وَسَخَّرَ لَكُمُ الْأَنْهَارَ ﴾ (الزمر:21).

Maksudnya :

“……. Dia (Allah) menundukkan sungai-sungai supaya berkhidmat kepada kamu(manusia)”.

6. Proses Muka Bumi Meresap Air :

Jika air hujan itu kekal di atas muka bumi pasti akan terbentuk laut-laut kecil dan banjir-banjir besar yang memusnahkan kehidupan manusia. Maka mereka tidak boleh berjalan, bercucuk tanam atau membina di atas muka bumi yang dilimpahi air, tetapi Allah Taala menjadikan muka bumi secara khusus yang membolehkan air masuk ke dalamnya dan meresap air ke lapisan di bawah kerak bumi di mana ia boleh bergerak di dalam laluan-laluan dan berkumpul di satu tempat pengumpulan di dalam perut bumi yang jauh dari dihindari kuman-kuman. Air ini meninggalkan muka bumi dalam keadaan bersih untuk hidupan di atasnya tanpa ada yang tercemar. Allah Taala berfirman :

﴿… فَأَسْكَنَّاهُ فِي الْأَرْضِ… ﴾ (المؤمنون:18) .

Maksudnya :

“…….maka kami tetapkannya (air) di dalam bumi…..”

7. Proses Penyimpanan Air Dalam Perut Bumi :

Jika berterusan proses air meresap ke dalam bumi dan berkumpul di dalamnya pasti air itu hilang dari kita dan berada dalam perut bumi yang dalam dan kita tidak mampu memanfaatkannya secara berterusan. Tetapi Allah Taala menjadikan pada lapisan yang hampir dengan permukaan bumi beberapa tempat pengumpulan air yang dilindungi batu-batan dan pasir yang menghalangnya dari terus meresap ke dalam bumi. Ia menjadikannya dekat kepada manusia supaya mudah dimanfaatkan dengan air yang mengalir. Allah Taala berfirman :

﴿قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْرًا فَمَنْ يَأْتِيكُمْ بِمَاءٍ مَعِينٍ ﴾ (الملك:30).

Maksudnya :

“Katakanlah wahai Muhammad : adakah kamu melihat jika air meresap ke dalam bumi maka siapa yang mengeluarkan air yang keluar dari bumi”.

Khasiat dan jenis terung.

16 Syawal 1432H. [MOD] -
Oleh Fazlisyam

terung

Pada pandangan saya, mungkin tidak ramai rakyat Malaysia yang gemar memakan terung. Hakikatnya, terung juga mempunyai banyak khasiat yang terkandung di dalamnya. Ia baik untuk menjaga kesihatan jantung dan berkemampuan menurunkan paras kolestrol. Ia juga kaya dengan kalium yang bertindak memulihkan paras natrium.

Melalui kajian saintifik yang dilakukan ke atas kulit terung itu sendiri mendapati bahawa warnanya merupakan sebatian kimia yang dikenali sebagai “nasunin” yang mempunyai aktiviti antioksida dan antiangiogenik.

Dalam bidang kajian kanser, agen antiangiogenisis dikatakan sebagai agen baru yang mampu mencegah sel kanser daripada membiak dengan menghentikan pembinaan saluran darah. Semasa sel kanser membesar, ia memerlukan saluran darah yang baru untuk memberikan nutrien. Apabila saluran darah dihalang pembinaannya, sel kanser akan mati.

terung2

Selain itu, terung yang dikisar dan diminum dikatakan dapat melawaskan kencing. Terung juga baik diamalkan oleh wanita mengandung. Ia membekalkan folate, sejenis vitamin yang menjaga kesihatan janin dalam kandungan. Bagi yang menjaga kecantikan muka, terung boleh dikisar dan disapu ke kulit muka untuk menghilangkan jeragat dan memelihara kejernihan kulit muka.

Kepelbagaian Jenis Terung

terong-asam

Terung Asam

terong-pipit

Terung Pipit

terong-satut

Terung Satut

terong-telunjuk

Terung Telunjuk

terong-pipit2

Gambar terung di atas saya tak pasti terung jenis apa.. Macam terung pipit juga cuma warna dan bentuknya ada beza sedikit.

Di Malaysia mungkin ada lagi pelbagai jenis terung selain dari di atas. Saya sendiri kurang maklumat yang saya ada mengenai jenis-jenis terung dan kegunaannya. Kebanyakkannya, hanya dijadikan dalam masakan sahaja.

Jika anda mempunyai maklumat mengenai terung-terung ini atau lain-lein jenis terung boleh kongsikan di sini..



Terung Pipit

terung-pipit

Teringat sewaktu zaman bujang dahulu, rakan serumah gemar memasak terung pipit bersama dengan cili padi. Tidaklah sedap sangat…. nama pun orang bujang, yang mana asal boleh makan kira masuk mulut telan aje.. Sejak dari itu sehingga sekarang ( lebih kurang 7 tahun kot) saya tidak pernah lagi makan terung pipit. Izinkan saya memperkenalkan terung pipit ini pada anda.

Terung pipit juga dikenali sebagai terung belanda dan terung mangas. Ia dikenali sebagai Solanum torvum dan berada dalam famili Solanaceae. Buah mudanya berbentuk bulat dan berwarna hijau. Di dalam buahnya terdapat banyak biji yang kecil. Ia merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain. Ada juga yang menanamnya secara kecil-kecilan. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Buah mudanya juga boleh dibuat tumis dengan ikan bilis.

terung-pipit2

Pokok terung pipit adalah daripada jenis pokok renek yang tumbuh liar di kawasan terdedah. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%.

Selain itu, akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.



Anda suka makan sambal terung?



terung

Anda suka makan sambal terung? Teruskan makan sayur kegemaran anda itu. Ini kerana, kajian menunjukkan bahawa terong mengandungi striknin, skopolamin, skopoletin dan skoparon yang boleh menghindari serangan sawan, gugup atau kekejangan saraf.



Kajian di Jepun menunjukkan, jus terung boleh menekankan kerosakan pada sel-sel dengan penyimpangan kromosom sebagai petanda adanya kanser. Kandungan tripisin (protease) adalah inhibitor atau penghapus zat yang menyebabkan kanser.



Kecantikan Muka

terung

Semua wanita inginkan wajah dan kulit yang cantik. Pelbagai petua digunakan bagi menjaga kecantikan muka. Selain tomato dan timun, terung juga ada digunakan dalam menjaga kecantikan muka. Terung dikisar dan disapu ke kulit muka untuk menghilangkan jeragat dan memelihara kejernihan kulit muka. Bagi yang pernah mengamalkannya, bolehlah berkongsikan testimoni anda di sini..

Selain itu, ramai yang tidak tahu bahawa terung juga kaya dengan kalium yang bertindak memulihkan paras natrium. la baik untuk kesihatan jantung dan menurunkan paras kolesterol. Dalam bidang kajian kanser pula, agen ‘antiangiogenisis’ yang terdapat pada kulit terung dikatakan mampu mencegah sel kanser daripada membiak dengan menghentikan pembinaan saluran darah.


Dilema Keluarga Angkat Dari Pespektif Islam

16 Syawal 1432H. [MOD] -
Oleh : Md Zainal Mzd

Islam adalah cara hidup yang sempurna selama-lamanya di dunia dan di akhirat.

Agama Islam telah menetapkan segala hukum dan peraturan dalam semua perkara dan ianya mesti dipatuhi bagi menjamin kehidupan di dunia ini sempurna tanpa masalah dan akhirnya bila mati nanti akan mendapat kesejahteraan di sisi Allah Subhanahuwataala.

Dalam masyarakat berkeluarga kita dewasa ini ada satu perkara yang hampir tidak pernah dibincangkan secara umum atau terbuka iaitu berkaitan pergaulan dalam sesebuah keluarga yang mempunyai anak angkat. Mungkin ini berlaku kerana ianya terlalu sensitif atau tidak ramai yang terlibat, atau pun kita tidak sedar bahawa ianya adalah satu masalah yang besar implikasinya pada jangka masa panjang, atau kita menganggap ianya satu perkara yang remeh dan tidak perlu diambil perhatian.

Sesungguhnya dalam Islam ada batas pergaulan sesama ahli keluarga sama ada keluarga itu kecil atau keluarga itu besar. Islam menetapkan setiap ahli keluarga perlu menjaga aurat atau batas-batas tertentu dalam percakapan, berpakaian dan juga pergaulan. Dalam keluarga seibu dan sebapa dan jalur-jalur keluarga yang sama pun ada batas-batas pergaulan yang ditetapkan oleh syarak walaupun batas-batas pergaulan dan berpakaian tersebut tidaklah sepayahmana kerana semuanya dikira muhrim contohnya jika tersentuh sewaktu berwuduk tidak batal wuduk mereka.

Namun bagaimana pula jika satu-satu keluarga itu ada mengambil anak angkat, terdapat kelainan tentang batas-batas hukum dan pergaulan sesama anggota keluarga tersebut. Marilah kita renungkan sejenak implikasi aurat serta batas-batas pergaulan, tempat tidur dan cara berpakaian untuk keadaan seperti ini.

Di era sebelum merdeka sehingga tahun tujuh puluhan ramai anak angkat yang dibinkan kepada bapa angkat terutama anak angkat dari keturunan India, Cina dan lain-lain bangsa, malah ada dari keturunan Melayu sendiri pun melakukan perkara yang sama walaupun ianya ditegah agama Islam. Islam menetapkan bahawa anak angkat perlu dibinkan dengan bapanya sendiri manakala anak luar nikah ataupun dari keturunan bukan beragama Islam, selalunya dibinkan kepada Abdullah bagi menjaga nasab keturunan dan maslahah ibadat dan juga harta pusaka di kemudian hari.

Sesungguhnya semua anak angkat dan ibu angkat atau bapa angkat yang tinggal bersama serumah sehingga dewasa perlu sedar bahawa dalam Islam banyak pantang larangnya.

“ Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber”bin”kan kepada bapa-bapa mereka sendiri, cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu , jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai “maula-maula” kamu. Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (Ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui.” Al-Ahzaab 5

Syukurlah, amalan ini sedikit sebanyak sudah berubah di era lapan puluhan sehingga sekarang di mana majoriti anak angkat tidak lagi dibinkan dengan bapa angkat walaupun masih ada berlaku tetapi jumlahnya kini amat kecil.
Kalau sewaktu bayi keadaan ini tidaklah sukar sangat kerana kanak-kanak itu masih kecil sama ada antara bapa dan anak angkat perempuan atau ibu dan anak angkat lelaki. Sewaktu kecil anak-anak itu dibelai, dicium dan dimanja tanpa ada batasnya pergaulan antara satu sama lain. Disamping itu ada pula keluarga, selepas mengambil anak angkat, mereka kemudiannya dikurniakan pula oleh Allah, anak sendiri, bayangkanlah corak pergaulan antara anak-anak ini sehari-hari, adakah mereka dimaklumkan batas-batas tersebut?

Apakah yang berlaku bila anak itu meningkat dewasa. Sudah tentu pergaulan yang sama akan berterusan kerana sudah terbiasa begitu. Sekiranya tiada makluman dan pencegahan sewajarnya dilakukan oleh ahli keluarga yang lebih tua yang tahu duduk perkara yang sebenar, pergaulan terlarang begini antara ahli keluarga akan terus berlaku tanpa nokhtahnya.

Mari kita renungkan implikasi hubungan dan pergaulan mereka dengan ibu dan bapa angkat atau saudara sekeluarga yang tidak ada pertalian darah tersebut. Bagaimana keadaan mereka menjaga aurat, wuduk, keabsahan solat akibat wuduk yang terbatal bila bersentuhan dan sebagainya.

Di samping itu masalah akan menjadi lebih berat jika dikaitkan dengan hukum dalam majlis nikah kahwin jika ianya ditakdirkan berlaku dalam keluarga tersebut. Sesungguhnya tok bisan, ipar duai dan lain-lain perlu tahu kedudukan semua perkara sebelum perkara yang tidak diingini yang melanggar hukum syarak dari berlaku kemudian hari.

Ramai anak-anak angkat tidak tahu bahawa mereka adalah anak angkat hinggalah satu masa yang sudah terlalu lewat. Lebih malang ada anak angkat yang tidak menyedari perkara ini walaupun penjaga atau bapa angkat mereka sudah meninggal dunia. Anak angkat itu pada hari ini sudah dewasa malah ada yang sudah berumahtangga, berkeluarga dan mempunyai anak cucu pula. Lebih malang lagi ada pula yang sudah tahu mereka anak angkat tetapi berfikiran jahiliah tidak mahu ikut hukum-hakam agama Islam yang membatasi pergaulan mereka kerana terikut-ikut kononnya dengan kemodenan hari ini.

“ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu ( wahai Muhammad ) sehingga engkau menurut agama mereka ( yang telah terpesong itu ). Katakanlah ( kepada mereka ): “Sesungguhnya pertunjuk Allah ( agama Islam ) itulah pertunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya ( wahyu yang memberi ) pengetahuan kepadamu ( tentang kebenaran ), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah ( sesuatu pun ) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu “ Al Baqarah 120.

Sesungguhnya kedudukan anak angkat adalah sama sahaja dengan orang asing.

“(Diperintahkan dengan yang demikian kerana ) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya, dan Ia tidak menjadikan isteri-isteri yang kamu ”ziharkan” itu sebagai ibu kamu, dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu sebagai anak kamu sendiri. (Segala yang kamu dakwakan mengenai perkara-perkara) yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja. Dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dialah jua yang memimpin ke jalan yang betul “ Al-Ahzaab 4

Sebagai contoh, jika sekiranya seorang anak angkat perempuan yang sudah akil baligh datang dan menghampiri bapa angkatnya yang kebetulan ada wuduk, untuk sesuatu keperluan, memberi makanan ataupun meminta wang contohnya, bagaimana reaksi si bapa angkat waktu itu, sudah tentu beliau akan menghadapi satu keadaan yang amat sukar dan ada kemungkinan si bapa akan sanggup mengambil wuduk semula selepas itu tanpa anak itu tahu keadaan sebenarnya. Situasi adalah berlainan kalau si bapa juga memang jahil dengan hukum Islam.

Sedih bila memikirkan bagaimana pula keadaan pergaulan dan tempat tidur mereka dan pelbagai lagi situasi yang lain. Bagaimana pula kedudukan aurat datuk angkat perempuan dengan cucu angkat lelaki dan bagaimana pula datuk angkat lelaki dengan cucu angkat perempuan dan lain-lain lagi. Lebih malang ada juga anak angkat perempuan yang kematian suami atau anak angkat lelaki yang kematian isteri yang terus tinggal bersama ibu angkat atau bapa angkat mereka, tanpa menyedari begitu banyak kesalahan yang telah dan akan terus dilakukan.

Selain masalah pergaulan berlaku juga kes agihan harta pusaka yang tidak memenuhi syariat, di mana anak angkat mendapat harta pusaka keluarga angkat, malahan ada yang memperolehi lebih banyak dari anak sendiri sedangkan sebahagiannya bukan hak mereka. Memang benar, harta boleh diberikan kepada anak angkat tetapi hendaklah pada kadar yang dibenarkan dan hendaklah diberikan semasa kita masih hidup. Selepas kita mati semua harta peninggalan sudah menjadi harta pusaka yang perlu diagihkan mengikut hukum yang ditetapkan Al-Quran. Perkara ini jika tidak diperbetulkan diperingkat awal, rentetan kecelaruan ini akan terus berlanjutan sampai bila-bila hingga tiada siapa mampu memperbetulkannya lagi. Ada kemungkinan anak cucu kita akan terus makan hasil dan menikmati kemudahan daripada sumber yang bukan hak mereka.

Masalah ini diberatkan lagi kebelakangan ini di mana ada pula wanita yang mengambil anak angkat sebelum berkahwin dan ada pula yang menjalankan proses anak susuan, ceritanya bagi menghalalkan hukum berkaitan aurat. Sehubungan dengan itu bagaimana pula tafsiran hukum Islam bila wanita ini bersuami, apakah halal semua pergaulan mereka ?

Sehingga kini boleh dikatakan hampir tiada langsung kedengaran para ulama atau ustaz yang membicarakan perkara ini secara terbuka, mungkin dengan harapan ketua keluarga terlibat dan anak-anak akan memahami sendiri. Namun apa yang dikhuatiri ada ibu atau bapa angkat meninggal dunia sebelum memaklumkan perkara ini kepada anak atau anak-anak tersebut. Semasa kecil masing-masing menyembunyikan rahsia ini bimbang anak itu akan melarikan diri atau berkecil hati antara satu sama lain atau sebagainya.

Kita ambil satu contoh terpencil yang mungkin berlaku, seorang anak perempuan terpaksa menjaga bapa angkat lelaki yang telah uzur, sudah tidak boleh berkata-kata, sedangkan anak tadi tidak tahu bahawa dia bukan anak kandung. Cubalah kita bayangkan, apakah nilai semua solat beliau selama menjaga dan membelai bapa angkat tersebut jika ada bersentuhan sedangkan beliau berwuduk; bolehkah kita mengatakan tidak mengapa kerana dia tidak tahu, Wallahualam, biarlah para ustaz-uztaz yang arif menjawabnya.

Kalaulah perkara ini terus disembunyikan secara sengaja atau tidak sengaja, sedangkan hukum Allah tetap perlu dilaksanakan, maka jahil dan rugilah anak-anak ini dan apalah yang boleh diharapkan atas amal ibadat mereka, juga amal ibadat ibu dan bapa angkat mereka. Perlu juga dijelaskan di sini bahawa penulis hanya mengambil contoh dalam soal bersentuhan sewaktu berwuduk sahaja, sedangkan sebenarnya aurat itu termasuklah juga pandangan dengan mata, pendengaran dengan telinga dan sebagainya, yang tidak mampu untuk dijelaskan segalanya dalam ruangan yang cukup terhad begini..

Adalah sangat dituntut oleh agama jika mana-mana individu yang ingin untuk mengambil anak angkat perlulah terlebih dahulu mempelajari semua hukum Islam yang berkaitan dan bersedialah untuk menghadapi segala perkara yang mungkin timbul kemudian hari nanti. Ingatlah bahawa beban kesalahan dan dosa akan ditanggung oleh ketua keluarga yang memulakannya dan juga mereka yang memanjangkannya serta yang arif tentang agama yang ada disekelilingnya.

Untuk menjamin kesucian agama, dalam usaha kita memperbaiki amal ibadat supaya diterima Allah dan diberi ganjaran dan keberkatan dari dunia hingga akhirat, ibu angkat, bapa angkat atau ahli keluarga yang lebih tua yang tahu duduk perkara sebenarnya, seharusnyalah memaklumkan kedudukan pertalian keluarga seperti ini sebaik sahaja anak itu meningkat umur akil baligh. Tindakan menyembunyikan rahsia seperti ini akan lebih merumitkan keadaan. Walau bagaimanapun semua tindakan hendaklah dibuat secara lembut, berhemah dan dengan penuh rasa tanggungjawab demi menjaga hubungan silaturrahim yang sedia terjalin antara sesama ahli keluarga.

Ini baru berkaitan anak angkat dan bagaimana pula dewasa ini kerap kita dengar ada pula pasangan-pasangan yang berlakon sebagai suami isteri tinggal serumah dan kemudiannya ada pula yang mempunyai anak-anak. Sedih, dunia dan kehidupan sudah semakin gawat.

Oleh itu marilah sama-sama kita muhasabah diri kita, marilah kita perbaiki di mana yang termampu, diri kita, keluarga kita, apakah masih ada perkara seperti ini berlaku di sekeliling kita. Bukanlah tujuan penulis untuk memandai-mandai menjaga tepi kain orang kerana sesungguhnya semua kita terlalu kerdil di sisi Allah dan kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada kita sebentar lagi, tetapi sebagai memenuhi tuntutan agama Islam yang suci, kejanggalan seperti ini perlu diambil berat dengan kita perlu sentiasa berusaha memperbaikinya.

“ Jika kamu melihat satu kemungkaran, tentanglah ia dengan tangan kamu, jika tidak mampu tentanglah ia dengan lidah kamu, dan jika tidak mampu juga maka tentanglah dengan hati kamu, sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.”.

Tanah Runtuh Puncak Indah Pusing Kerajaan Lepas Tangan

16 Syawal 1432H. [MOD] -
Kenyataan Media.

Projek Perumahan Taman Puncak Indah Pusing dimulakan pada tahun 1999 oleh pemaju untuk membina 120 buah unit rumah. Pada asalnya dikatakan pihak kerajaan hanya meluluskan pembinaan 80 unit rumah. Tetapi, kemudian ia telah ditambahkan kepada 120 unit rumah. Harga rumah adalah dalam lingkungan RM35,000 hingga Rm100,000. Taman ini diwujudkan di atas kawasan bukit di Pusing, Batu Gajah. Walaupun nama taman ini adalah Puncak Indah tetapi peristiwa yang melibatkan taman ini adalah paling hodoh di kawasan ini.

Setelah rumah-rumah itu siap dibina, semuanya telah dijual oleh pemaju pada tahun 2001 dan 2002. Ramai juga yang menghuni di taman tersebut pada masa itu. Pada tahun 2006 satu kejadian atau malapetaka telah berlaku di taman ini. Tanah runtuh yang dahsyat telah menyebabkan beberapa rumah dan jalan roboh. Akibatnya penghuni-penghuni taman itu terpaksa berpindah keluar meninggalkan rumah-rumah mereka yang memudaratkan. Setakat ini dikatakan kajadian tanah runtuh telah berlaku sebanyak 3 kali.

Kini hanya 12 keluarga sahaja yang menetap di Taman Puncak Indah Pusing . Bilangan ini hanya merupakan 10% daripada jumlah unit rumah di taman ini. Dalam kata lain, 90% daripada rumah-rumah itu telah ditinggalkan begitu sahaja. Mereka tidak boleh tinggal di rumah-rumah itu kerana keselamatan mereka terjejas.

Selepas kejadian tanah runtuh itu berlaku Menteri Besar ketika itu Dato Seri Tajol Rosli pernah melawat tapak tersebut. Walaupun kerajaan negeri pernah berjanji untuk mengambil tindakan segera tetapi sehingga kini tidak ada apa-apa usaha untuk menyelesaikan masalah ini. Rumah-rumah itu dibiarkan begitu sahaja sehingga barang-barang besi, dawai dan lain-lain lagi telah dicuri orang. Rumah-rumah ini dikelilingi belukar. Pemilik rumah-rumah itu terpaska membayar hutang di bank walaupun rumah mereka rosak dan tidak boleh didiami lagi. Ini merupakan satu bentuk penipuan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam projek ini. Ada juga rumah-rumah yang telah dilelong oleh pihak bank.

Apabila ada pihak yang ingin membeli rumah di situ, pihak bank pula tidak mahu memberi pinjaman. Ini membebankan orang yang mahu menjual rumah mereka. Dalam kata lain, taman ini tidak mempunyai nilai ekonomi lagi. Sesiapa yang telah membeli rumah di taman tersebut telah tersangkut dengan harta yang tidak mempunyai nilai tetapi terpaksa membayar hutang kepada bank.

Siapakah yang bersalah dan bertanggungjawab dalam hal ini?

1) Bagaimana pihak Majlis Daerah Kinta Barat (nama lama) telah meluluskan projek ini tanpa penilaian ujian tanah yang jitu? Bagaimana CF dikeluarkan ? Adakah semua syarat-syarat keselamatan dipenuhi?

2) Adakah kelulusan telah diperolehi daripada pihak Geologi dan Bomba mengenai aspek keselamatan ?

3) Bagaimana jurukur tanah, jurutera dan perancang bandar terlepas pandang mengenai keselamatan tapak tanah untuk membina rumah-rumah kediaman?

4) Apakah tindakan-tindakan yang diambil oleh Pegawai Daerah ketika itu terhadap pemaju dan semua pihak yang terlibat dalam projek perumaham itu?

5) Apakah tindak balas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam menyelesaikan masalah ini? Setakat ini pemilik-pemilik rumah itu memang tidak dipedulikan.

Tanah runtuh itu masih tidak dibaik pulih oleh pihak pemaju mahupun oleh kerajaan walaupun sudah 5 tahun berlalu. Natijahnya, yang menjadi mangsa ialah rakyat biasa yang telah diperdaya untuk membeli rumah di tempat yang tidak selamat. Saya minta supaya kerajaan dan semua pihak yang terlibat untuk membuka semula fail ini bagi membantu mangsa-mangsa yang kehilangan rumah.

YB V.Sivakumar,
ADUN Tronoh,
Timbalan Pengerusi DAP Perak
pada 12 September 2011 di Pusing, Batu Gajah.