01 Ogos 2012

Libas ibu dengan sabit kerana RM10

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA BERANG – Seorang penganggur berusia 26 tahun dari Kampung Nibong tergamak melibas ibu kandungnya menggunakan sebilah sabit hanya kerana duit.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam 22 Julai lalu, ibu malang berusia 54 tahun itu diselamatkan suaminya, seorang petani berumur 57 tahun dengan terus membawanya bergegas keluar dari rumah.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, suspek dipercayai secara tiba-tiba naik berang lalu terus mengamuk setelah hasratnya untuk mendapatkan wang daripada bapanya tidak dapat dipenuhi.

“Terdahulu, suspek meminta duit daripada bapanya dan diberikan sebanyak RM40, tetapi dia tidak berpuas hati lalu meminta lagi RM10. Bapanya tidak dapat tunaikan kehendaknya kerana tidak mempunyai duit dan secara tiba-tiba suspek naik angin.

“Suspek mengamuk dengan mengambil sebilah sabit pemotong buah kelapa sawit sepanjang kira-kira dua kaki dari biliknya, dan terus meluru ke bilik ibunya dengan mengancam hendak menetak serta membunuh,” katanya.

Mohd Ismail berkata, suspek kemudiannya melibas dan libasannya terkena dinding bilik ibunya.

Bagaimanapun, bapa suspek berjaya membawa isterinya keluar dari rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis
Daerah Hulu Terengganu, di sini, semalam.

Menurutnya, sehari selepas kejadian iaitu kira-kira jam 4.45 petang, suspek berjaya ditahan polis di hadapan Balai Polis Kuala Berang dan keesokan harinya pula suspek membawa polis ke rumahnya kira-kira jam 4.45 petang.

“Ketika tiba di rumahnya, suspek menunjukkan senjata digunakan dalam kejadian yang diletakkan di tepi dinding sebelum dirampas polis. Ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya.

Sinar

Jodoh & Kebahagiaan Ditengah Samudra Kehidupan

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Sahabatku, yang ingin segera menikah. Mempersiapkan diri dan memperkokoh keimanan kepada Allah agar diberi kekuatan dan kesabaran adalah bagian yang paling fundamental dalam rumah tangga, sebab begitu bertemu dengan jodoh anda bukan berarti segala permasalahan kehidupan berakhir, namun itu titik berangkat. Berumah tangga bagaikan mengemudi bahtera di tengah samudera luas. Lautan kehidupan seperti tak bertepi, dan medan hamparan kehidupan sering tiba-tiba berubah. Memasuki lembaran baru hidup berkeluarga biasanya dipandang sebagai pintu kebahagiaan.

Segala macam harapan kebahagiaan ditumpahkan pada lembaga keluarga. Akan tetapi setelah periode “impian indah” terlampaui orang harus menghadapi realita kehidupan. Sunnah kehidupan ternyata adalah “problem”. Kehidupan kita, tak terkecuali dalam lingkup keluarga adalah problem, problem sepanjang masa. Tidak ada seorangpun yang hidupnya terbebas dari problem, tetapi ukuran keberhasilan hidup justeru terletak pada kemampuan seseorang mengatasi problem. Sebaik-baik mukmin adalah orang yang selalu diuji tetapi lulus terus, khiyar al mu’min mufattanun tawwabun.(hadis). Problem itu sendiri juga merupakan ujian dari Allah. siapa diantara ,mereka yang berfikir positif, sehingga dari problem itu justeru lahir nilai kebaikan, liyabluwakum ayyukum ahsanu `amala (Q/67:2) liyabluwakum fi ma a ta kum (Q/6:165).

Sahabatku yang ingin segera menikah, carilah jodoh dunia akhirat, jodoh yang setia dalam mengarungi samudra kehidupan yang penuh ombak dan badai kehidupan yang menghempas bahtera rumah tangga anda, carilah pasangan yang tangguh, kuat dan kokoh, tahan penderitaan, pasangan yang hanya dengan mengharap keridhaan Allah. Maka bahtera rumah tangga anda akan bisa mengarungi samudra kehidupan dengan selamat dunia dan akhirat. Bila memang ada niat & keinginan sungguh-sungguh untuk mendapatkan jodoh. Jangan putus asa, tetaplah berikhitiar & memohon kpd Allah maka Allah akan mengirimkan jodoh yg terbaik untuk anda.

Agussyafii

NFC: Usaha Rafizi patut dipuji tetapi dihukum

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: DAPSY mengecam sekeras-kerasnya pendakwaan terhadap Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA) kerana mendedahkan akaun kewangan berkenaan National Feedlot Corporation (NFC) pada pagi ini.

Ketuanya, Loke Siew Fook (gambar) berkata, tindakan pendakwaan terhadap Rafizi yang membongkarkan skandal kewangan NFC memberikan mesej yang salah kepada rakyat Malaysia bahawa pemberi maklumat yang membantu memerangi rasuah adalah sesuatu yang salah dan perlu dihukum.

Menurutnya, pendakwaan tersebut juga bertentangan dengan semangat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang diluluskan Parlimen yang bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai orang berani tampil memberikan kerjasama dan bukti dalam kes-kes rasuah.

“Ini jelas menunjukkan bahawa pentadbiran Najib langsung tidak serius dalam usaha memerangi rasuah dan segala slogan transformasi kerajaan adalah janji-janji kosong,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, Rafizi sepatutnya dipuji kerana kelantangan dan keberaniannya membongkarkan skandal kewangan NFC dan membantu usaha ke arah sistem pentadbiran yang lebih telus dan bersih.

“Namun, peranan beliau bukan sahaja tidak dihargai tetapi dihukum pula dengan pendakwaan yang dihadapinya sekarang,” katanya lagi.

Justeru, katanya DAPSY menggesa pihak Peguam Negara menimbang semula kes tersebut dan menggugurkan pendakwaan terhadap Rafizi kerana tindakan mendakwa beliau di mahkamah hanya akan menimbulkan lebih banyak perasaan tidak puas hati terhadap sistem keadilan negara kita di kalangan rakyat Malaysia.

harakahdaily/-

Juadah berbuka dicampur arak

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUCHING: Siang menyediakan juadah berbuka puasa dicampur arak, manakala malam mengadakan aktiviti untuk golongan songsang.

Begitulah penemuan mengejutkan di sebuah restoran di sini, yang mengetepikan sensitiviti umat Islam sepanjang Ramadan ini.

Kegiatan restoran baru beroperasi sejak empat bulan lalu itu terbongkar selepas Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak melakukan pemeriksaan, jam 3.45 petang semalam.

Ketika pemeriksaan, sebahagian besar pekerja restoran terbabit sibuk menyiapkan menu berbuka puasa menawarkan pakej RM48 seorang, selain turut menemui beberapa botol mengandungi cecair dipercayai arak.

Bagaimanapun, ketika disoal siasat, beberapa pekerja restoran itu menafikan kononnya cecair dalam botol itu arak, sebaliknya minyak masak.

Harian Metro

Rais Yatim akan ditekan sampai letak jawatan isu Hari Kebangsaan?

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Walaupun Rais Yatim dah 'mengaku kalah' dengan tarik balik 'logo bangang' Sambutan Hari Kebangsaan 2012, nampaknya ramai yang masih tak puas hati.

Kalau yang menghentam dia tu dari pihak Pakatan Rakyat saapa pun tak heran, malah kalau memang patut dihentam macam isu hari kebangsaan tahun ni pun orang tak peduli.

Yang malang bagi Rais Yatim bukan saja pihaj Pakatan Rakyat tapi dari pihak Umno BN pun tumpang belasah sama terutama sekali dari kalangan penchachai media baru Umno BN.

Al-Quran Miracle 22 dalam 1 mudah, sahih dan komprehensif, Penawar Segala Penyakit !!!!
Dapatkan buku-buku yang bermanfaat dalam mendidik jiwa di sini !!!
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-3471001

Puak-puak ni punya belasah lagi teruk, memang jenih takdak akhlak nak kata apa, memang dah jenis macam tu. Takat maki barang kemaluan pak dan mak dia tu biasa la.

Tak cukuip dengan tarik balik logo hari kebangsaan depa jugak minta Rais tarik balik lirik dan lagu tema hari kebangsaan yang standard macam pemintak sedekah tu dan perkembangan terkini nampaknya memang ada kemungkinan lirik dan lagu tu pun akan ditarik balik jugak.

Malah ada yang lebih setapak ke depan dan akan berusaha tekan Rais Yatim sampai dia letak jawatan pasai perbuatan bangang dia tu menyusahkan Najib dan Umno BN.

Kalau menteri newgara lain mungkin la ada yang letak jawatan tapi menteri Malaysia jangan harap la. Tara ada skandal dengan amah Indon pun boleh buat rileks ja, takkan la pasai logo ja dia nak letak jawatan pulak.

Tapi kalau tengok ke episod 'Shahrizat Lembu', tak mustahil kalau Rais Yatim pun 'dipaksa' letak jawatan, tambah-tambah dekat-dekat nak pilihanraya ni. Kalau Najib perlu kambing hitam untuk jadi korban mungkin Rais Yatim antara calon yang sesuai.

cenangau/-

Perubahan politik di Johor, Sabah

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Tidak terdengar lagi rhetoric megah Umno/BN bahawa Johor dan Sabah adalah ‘simpanan tetap’ atau kubu pertahanan terkuat Umno sejak zaman berzaman.

Dengan perkembangan terbaru politik di Sabah pula, negeri itu akan juga mengakhiri zamannya sebagai kubu kuat Umno/BN. Demikianlah putaran roda politik dan setiap pelaku di pentas politik sewajarnya menyedari hakikat ini.

Perkembangan baru di Sabah, menunjukkan Pakatan Rakyat dijangka akan mendapat sekurang-kurangnya 14 kerusi di Sabah ekoran tindakan dua anggota Parlimen BN menyokongnya baru-baru ini. Ini jangkaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dalam tulisannya dalam Harakahdaily kelmarin di mana beliau menyimpulkan bahawa simpanan tetap BN di Sabah dan Sarawak sudah tamat.

Beliau berkata, 55 kerusi parlimen dari 57 dari Sabah-Sarawak (Borneo) telah dibolosi dan sudah tidak ada lagi jaminan BN mendapat sokongan dari kedua-dua negeri ini.

"Hari ini diramalkan ialah 14 kerusi dari Sabah termasuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan akan mudah tumbang kepada Pakatan Pembangkang," kata ahhli Parlimen Kuala Selangor itu yang mengulas tindakan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing yang meninggalkan BN dan menyokong Pakatan Rakyat.

Penganalisis politik di Sabah meramalkan akan ramai lagi Adun dan Ahli Parlimen Sabah dari BN akan meninggalkan komponan parti itu dan akan menyertai Pakatan Rakyat.

Gelombang ini dikatakan sukar ditahan disebabkan beberapa isu, antaranya, isu kemiskinan terutama di kawasan pedalaman yang tidak ada perubahan sejak zaman berzaman, isu pendatang luar yang melimpahm hampir-hampir tidak terkawal, isu tanah dan pelbagai lagi.

Bagaimana pula di Johor - sebuah negeri yang sentiasa dimegahkan oleh Umno sebagai kubu kuatnya. Perkembangan menunjukkan bahawa oleh kerana banyaknya kerusi campuran baik di peringkat Parlimen mahupun Dun di negeri itu menyebabkan ketirisan mendadak sokongan pengundi terutama di kalangan pengundi Cina.

Kini tidak lagi terdengar suara angakuh pemimpin Umno Johor yang selama ini bermegah bahawa Johor adalah kubu terkuat Umno. Kalau tidak masakan Muhyidin Yasin menyeru Umno/BN supaya mempertahankan kawasan parlimen Gelang Patah dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang. Nusa Jaya yang terletak di Gelang Patah adalah pusat pentadbiran kerajaan Johor yang baru.

Saya berkunjung ke Gelang Patah beberapa bulan lalu dan mendengar sendiri ulasan dari beberapa penduduk di situ, khususnya kalangan masyarakat Cina, bahawa mereka sangat tertekan dengan harga barang naik, peluang pekerjaan yang sangat terbatas dan lain-lain.

Seeorang petani Melayu di situ, Haji Solihin Markom, memberitahu bahawa orang kampung di sini hanya memerhatikan perubahan dari kampung menjadi bandar sedangkan “kedudukan kami macam dulu juga.”

Yang heboh di sini, katanya, ialah kesibukan orang kampung menjual tanah kerana harga mahal. Tetapi, katanya, adakah mereka berfikir selepas menjual tanah mereka, akhirnya mereka hendak ke mana kerana harga rumah semakin mahal di mana-mana.

“Adakah pemimpin politik yang ada di Johor memikirkan hal ini,” tanyanya.

Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr. Mahfodz Mohamad pernah mendedahkan secara terperinci mengenai isu penjualan saham KFCH & QSR kepada CVC serta isu salah urus tadbir tanah oleh kerajaan Johor melalui KPRJ dan isu-isu lain.

Sudah sampai masanya, katanya, PAS/Pakatan Rakyat Johor menggandakan usaha dalam mendapatkan mandat dari rakyat untuk menerajui kerajaan dalam usaha mengembalikan hak rakyat yang telah diabaikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Tan Ah Eng (BN) mengekalkan kerusi parlimennya P162 Gelang Patah. Peratusan kaum ialah Melayu 33.54%, Cina 54.06% India: 12.22%

Tan Ah Eng (BN) (33,630) menewaskan Dr. Zaleha Mustafa (PKR) (24,779) dengan majoriti 8,851. Jumlah pengundi undi waktu itu 60,653.

Menurut penganalisis politik di Johor, dalam pilihan raya umum 2008, pengundi Cina belum memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon dari Pakatan Rakyat. Namun, dengan perkembangan terkini, peratus sokongan pengundi Cina jauh lebih meningkat, bahkan hampir-hampir lapan puluh lima peratus dikatakan menyokong Pakatan.

Ini yang membimbangkan Muhyidin Yasin menyebabkan beliau menggesa Umno/BN mempertahankan Gelang Patah. Jika terjadi kejatuhan Gelang Patah, menimbulkan kesan paling buruk kepada Umno/BN.

PAS Johor mensasarkan sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman berkata, sasaran itu ditetapkan berdasarkan perubahan positif rakyat negeri itu yang kini menyambut baik Pakatan Rakyat, khususnya PAS yang disifatkan 'tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini'.

Pada PRU yang lalu, PAS bertanding 39 daripada keseluruhan 56 kerusi, manakala PKR dan DAP masing-masing 9 dan 12 kerusi.
Dari jumlah ditandingi itu itu PAS hanya menang di dua kerusi iaitu di Dun Maharani dan Sungai Abong.

Ini adalah keputusan 2008 yang lalu, di mana kini PAS/Pakatan menaruh harapan akan meraih kemenangan lebih banyak lagi bukan saja di Muar, tetapi juga kawasan Parlimen dan Dun di Batu Pahat, Pontian, Tanjung Piai, Kulai Jaya, Kluang bahkan Johor Bahru sendiri.

Kawasan Parlimen Tanjong Piai (P165) kini diwakili oleh Wee Jeck Seng dari MCA. Pihak Umno di kawasan ini dikatakan sangat bimbang dengan kedudukan kawasan ini memandangkan Pakatan Rakyat sedang berusaha bersungguh-sunggu untuk menawan kawasan tersebut yang merupakan kawasan kerusi campuran antara Melayu dan Cina.

Kebanyakan kerusi campuran ialah antara 50:50 iaitu antara bilangan pengundi Cina dan Melayu. Hanya beberapa kawasan Parlimen di Johor yang dikatakan mempunyai jumlah pengundi Melayu yang agak ramai. Antaranya, Mersing, Kota Tinggi dan Pontian. Ini yang menyebabkan pemimpin Umno sangat bimbang, memandangkan sokongan pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat semakin bertambah.

Penganalisis berpendapat, pada PRU akan datang, dijangkakan antara 80 hingga 90% pengundi Cina akan mengundi DAP, sementara antara 70 hingga 80% akan mengundi PAS/PKR.

Inilah gelombang perubahan yang akan melanda Johor dan Sabah, walaupun pemimpin BN cuba menafikannya, tetapi pada hakikatnya begitulah. Tunggulah PRU akan datang ini.

harakahdaily/-

Lelaki taksub belon

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

LITTLE ROCK: Rancangan siri Taboo oleh National Geographic memaparkan minat pelik dan taksub yang dikongsi orang ramai tetapi tidak sama seperti ketaksuban Dave Collins terhadap belon.

Guru piano berusia 27 tahun itu yang berasal dari Little Rock, Arkansas, berkata, dia mengumpul kebanyakan belonnya dengan mengutip atau menyelamatnya’ dari kedai jual kereta.

“Sukar memandu dengan belon yang begitu banyak dan anda hanya mahu mengambilnya,” kata Collins.

Hobinya pada waktu lapang bersama belon itu termasuk menyembunyikannya di bawah baju, mencium mereka dan tidur bersama mereka pada waktu malam.

Collins sering dirujuk oleh mereka yang mahir mengenai tabiat ini sebagai ‘looner’ atau orang yang memuja belon.

Dengan ramai yang menganggap tindakannya sebagai berunsur seksual, Collins bagaimanapun menegaskan, dia menjalinkan hubungan ‘suci’ dengan belon itu.

Sudah pasti sukar untuk bayangkan sama ada keseluruhan pengakuannya adalah benar apabila dia bersungguh-sungguh bercakap mengenainya.

“Cara terbaik untuk melindunginya ialah dengan meletakkannya di dalam baju dan anda akan merasakan belon itu bersama-sama anda.

“Ia dirasakan begitu rapat dan anda berasa begitu hangat. Hati anda dapat merasakan keindahan belon itu.

“Saya percaya belon-belon ini adalah anak-anak saya. Mereka adalah sebahagian daripada saya dan mereka menjadi sebahagian daripada apa yang dikatakan keluarga saya,” katanya.

Menurut National Geographic, Collins mempunyai 65,000 belon hasil daripada misi menyelamatnya.

“Kali pertama saya memulakan misi menyelamat belon, saya begitu bimbang untuk bercakap kepada pengurus kerana tidak tahu sama ada mereka akan membenarkannya atau tidak.

“Saya agak beremosi apabila menyelamatkan belon berkenaan,” katanya.

Sebahagian daripada ritualnya ialah tidur di samping belon berkenaan.

Dia berkata: “Saya suka tidur dengan memasukkan mereka ke dalam baju saya.”
Saya mencipta dunia tidur seumpama itu kerana mahu merasakan sayang yang dihasilkan daripada belon itu.”

Ketaksubannya itu menyebabkan dia benci melihat atau mendengar ‘rakan-rakannya’ itu dipecahkan atau dibiarkan terbang.

“Saya merasakan belon mempunyai perasaan. Ia terdedah kepada banyak bahaya.
Saya tidak suka mendengarnya sedih. Saya marah jika ia pecah. Belon perlukan kediaman yang baik,” katanya.”

Ini adalah tanda yang menurut pakar membuktikan dia bukan berpura-pura.

Menurut penulis mengenai ketaksuban mengaitkan ramai pemuja belon dengan pengalaman seksual peringkat awal dengan belon.

Ini bermakna sebahagiannya, mereka yang berpura-pura, sukakan bunyi belon meletup sementara yang lain, yang mempunyai fobia terhadap bunyi atau yang terlalu menyayangi mereka seperti Collins, tidak sanggup melihat belon itu ‘menderita.’ - DM

Datuk dituduh tipu Datuk Seri

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menipu seorang lagi ahli perniagaan membabitkan cek bernilai RM2.5 juta tahun lepas.

Datuk Syed Ahamed Malik Syed Hamid (gambar), 59, didakwa memperdayakan Datuk Seri Lee Wan Beng, 62, dengan menyamar sebagai wakil jualan barangan kepunyaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sehingga mendorong mangsa menyerahkan dua keping cek masing-masing RM500,000 dan RM2 juta.

Tertuduh yang menjalankan perniagaan barangan lusuh dan produk halal dipercayai menyamar sebagai wakil syarikat Minat Jasa Sdn. Bhd. yang menawarkan kontrak penjualan barang-barang lusuh dan berjadual kononnya kepunyaan KTMB di Bengkel Sentul serta tiga depoh lain di Pelabuhan Klang, Selangor; KL Sentral, Kuala Lumpur dan Falim, Perak.

Kontrak yang mengambil tempoh selama dua tahun itu bagaimanapun sebenarnya tidak wujud.

kosmo/-

10,000 petisyen selamatkan keunikan Taman Tasik Taiping

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

TAIPING: Majlis Perbandaran Taiping telah membuat keputusan untuk membatalkan pembangunan projek pembinaan gerai makanan dan cenderahati berhampiran ikon kawasan hijau yang terletak sepanjang Jalan Pekeliling dan Taman Tasik Taiping.

Keputusan majlis tersebut dibuat selepas beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan menandatangani memorandum bantahan agar pembinaan merancang kembali pembinaan lapan gerai makanan, kedai kraftangan dan cenderamata di Jalan Pekeliling di taman tasik berkenaan. - mStar.

Dalam satu pertemuan YB Nga Kor Meng dengan YDP Taiping Tuan Shaharum Abd Malik ,Nga Kor Meng memberi tempoh seminggu untuk MPT membatalkan projek NCER itu.Dalam pertemuan itu Nga Kor Meng mengemukakan 10000 petisyen penduduk Bandar Taiping dan kawasan sekitar kepada Tuan Shaharum.

Jika MPT Taiping tidak membatalkan projek ini, dalam tempoh seminggu bermula 27 Julai, YB Nga Kor Meng menyatakan satu rapat umum besar-besaran akan dibuat .Tapi akhirnya MPT telah beralah dan bersetuju untuk mengekal kehidupan hijau Taman Tasik Taiping. - SisiBukit

Bagi yang tak pernah pi Taman Tasik Taiping dan tak berapa peduli pasai isu alam sekitar mungkin tak nampak relevan protes orang Taiping ni.

Aku yang pernah belajar di Taiping di sekolah yang dekat dengan Taman Tasik ni memang terasa ada 'sentimental value' dengan Taman Tasik Taiping ni dan jugak pokok tua yang berbaris di sepanjang jalan sekitar taman tasik ni.

Aku masih boleh bayangkan dahan pokok yang melentur hingga ke seberang jalan macam bumbung koridor, satu pemandangan yang cukup unik dan mendamaikan.

Dengan orang politik ni kalau setakat bantah dengan petisyen saja memang tak berkesan tapi bila ugut nak buat rapat umum besar-besaran baru la depa takut.

Aku yakin kalau MPT tak batalkan projek tu rapat umum membantah projek tu akan tarik kehadiran beribu orang terutama sekali orang cina yang cukup peduli dengan isu alam sekitar.

Sumber: cenangau

Kelucahan melampau di bulan Ramadhan (gambar)

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Siapalah yang takder kerja ni.......

harakahdaily/-

Tarawih 100 Rakaat di Yemen hingga ke Subuh

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

BERPUASA pada siang hari dan beribadat sebelah malamnya dengan mengerjakan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan merupakan dua amalan yang penuh dengan keistimewaan serta keberkatan.

Kedua-duanya begitu sinonim dan sukar dipisahkan kerana ia memberi manfaat tersendiri kepada umat Islam dalam melaksanakan ibadah tersebut.

Jika tertinggal atau tidak mengerjakan salah satunya, maka puasa atau solat tarawih yang dilakukan bukan sahaja terasa kosong, malah sia-sia. Sebaliknya, seseorang itu hanya mendapat kepenatan.

Bagi Haniff Abu Talib, 23, pelajar jurusan Ijazah Takhassus Qiraat Shoubra di Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir, ketibaan Ramadan amat ditunggu-tunggu walaupun beliau berada di perantauan.

Bagi masyarakat Asia Barat, Ramadan begitu istimewa terutama dalam mengerjakan ibadah tarawih.

“Sepanjang menuntut di Mesir sejak dua tahun lalu, saya berpeluang mengunjungi daerah Tarim di Hadramaut, Yemen. Pengalaman pertama kali berada di Masjid Tarim sangat mengujakan kerana kami langsung tidak tidur malam.

“Masyarakat Yemen melaksanakan ibadah sebanyak-banyaknya pada malam-malam bulan Ramadan. Selepas solat Maghrib, mereka terus melakukan solat tasbih beramai-ramai. Kemudian, selepas Isyak, solat tarawih dilakukan sebanyak 100 rakaat.

“Mereka seolah-olah mengqada semua solat-solat sunat yang ditinggalkan dahulu bagi merebut pahala ibadah berlipat kali ganda yang dijanjikan Allah pada bulan ini. Bayangkan hebatnya masyarakat Islam di Hadramaut menunaikan ibadah,” jelas Haniff yang berjaya khatam al-Quran Riwayat Imam Qolun dan Imam Abu Ja’far secara talaqqi di hadapan Sheikh Waeel Hajjaj di Mesir.

Pusat ilmu

Haniff juga pernah berkunjung ke Masjid Ba’alawi dan tidak melepaskan peluang mengerjakan solat tarawih bersama ulama terkemuka Yemen, Habib Umar bin Hafidz di Darul Mustofa, Tarim, Hadramaut.

Tarim merupakan sebuah kota kecil yang terletak kira-kira 500 kilometer dari ibu kota Yemen, Sana’a. Menurut Ensiklopedia Islam, ia turut disebut sebagai kota Seribu Wali dan terkenal sebagai pusat ilmu dan penyebaran Islam ke seluruh dunia.

Di Yemen, terdapat 365 buah masjid. Setiap kali Ramadan, solat tarawih akan dikerjakan sepanjang malam hingga solat Subuh. Keadaan itu membolehkan para jemaah memilih masa yang diinginkan untuk menunaikan solat tarawih di mana-mana masjid yang ada.

Menurut anak kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan itu, di Malaysia lain pula ceritanya. Apabila Ramadan menjengah, kehangatan Aidilfitri sudah dirasai. Namun, di Mesir, bulan Ramadan dirasakan seolah-olah hari raya.

“Di Mesir, Ramadan disambut meriah seperti hari raya. Kebanyakan penduduk akan memasang pelita besar yang dikenali sebagai fanus. Ia akan ditulis dengan kalimah Allah atau perkataan Ramadan Kareem. Setiap masjid pula biasanya akan menyediakan makanan untuk berbuka puasa yang dinamakan maidatur rohman,” terangnya lanjut.

Penyucian jiwa

Apa yang pasti, kehadiran Ramadan sentiasa dirindui umat Islam yang mengetahui hakikat sebenar kemuliaan bulan tersebut. Ramadan merupakan satu bulan yang mampu mengembalikan kesihatan orang berpuasa dan penyucian jiwa dengan mengekang hawa nafsu daripada bertindak keterlaluan.

Menyedari kepentingan melaksanakan solat tarawih, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Kuliyyah Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zuraida Ahmad, 44, mendorong beliau membawa anak-anak ke masjid bagi menunaikan ibadah tersebut.

Menurut ibu kepada lima cahaya mata yang terdiri daripada seorang perempuan dan empat lelaki itu, semua itu dilakukan untuk mendidik mereka mengenal agama.

“Saya mula membawa anak-anak ke masjid ketika mereka berumur lima tahun. Bagi saya, ia waktu yang sesuai untuk mengajar mereka kelebihan melakukan solat tarawih pada bulan Ramadan. Antaranya termasuklah mendidik mereka tentang adab-adab ketika berada di rumah Allah.

“Insya-Allah, apabila berbuat demikian kita boleh membentuk dan melahirkan generasi anak-anak soleh yang mampu menjadi penyejuk mata dan hati para ibu bapa,” ungkap Zuraida sambil tersenyum lantas meminta pendapat suaminya, Meor Abdul Razak Meor Musa.

Jurutera itu memberitahu, anak-anak akan melihat ibu bapa sebagai contoh terhadap apa yang ingin dilakukan. Jadi, sudah pasti ibu bapa perlu menunjukkan akhlak dan peribadi yang baik untuk mereka.

“Pada usia lima tahun, bohonglah kalau kita katakan anak-anak ini akan sentiasa mendengar kata dan berkelakuan baik apabila dibawa ke masjid. Sebaliknya harus diakui sifat keanak-anakan masih melingkari dalam diri mereka.

“Justeru, ada langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal tingkah laku mereka supaya tidak mengganggu jemaah lain. Antaranya membawa buku mewarna dan kelengkapan alat tulis termasuk pensel warna.

“Apabila mempunyai aktiviti seperti melukis dan mewarna, ia secara tidak langsung akan mententeramkan kanak-kanak dan mereka lebih fokus. Apa yang penting ialah membiasakan mereka dengan suasana di dalam masjid seperti ketika mengerjakan solat tarawih,” tutur Meor Abdul Razak.

Memilih Masjid Darul Ehsan di Taman Tun Abdul Razak, Ampang Jaya, Selangor untuk menunaikan solat tarawih pada malam pertama Ramadan, pasangan suami isteri itu turut membawa semua anak mereka iaitu Meor Muhammad Hakim, 16, Siti Hajar Hadhirah, 12, Meor Abdullah Harith, 10, serta pasangan kembar Meor Adam Hazrieq dan Meor Ahmad Hazieq, 8.

Bagi Meor Ahmad Hazieq, dia mengaku hanya melaksanakan solat tarawih lapan rakaat berbanding 20 rakaat yang dilakukan pihak masjid tersebut.

“Saya berhenti selepas lapan rakaat kerana terasa penat. Kemudian selepas itu, saya hanya duduk di belakang sambil melihat orang ramai. Tahun ini, saya harap dapat menunaikan solat tarawih setiap hari sepanjang Ramadan,” ujarnya yang bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang prihatin terhadap aspek pendidikan agama kepada anak-anak.

Sementara itu, Imam I Masjid Darul Ehsan, Mohamad Khairi Hussein berkata, pihaknya sepakat mendirikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat bagi Ramadan tahun ini berbanding lapan rakaat tahun lalu.

“Tidak ketinggalan, kami juga turut mengadakan sesi tadarus al-Quran selepas tarawih dalam kalangan ahli kariah lelaki yang berminat. Aktiviti ini berlangsung sehingga pukul 11.30 malam.

“Di samping itu, antara aktiviti lain yang dianjurkan pihak masjid termasuklah berbuka puasa dan moreh setiap hari yang ditaja oleh anak-anak kariah, tadarus al-Quran bagi muslimat di sebelah pagi serta majlis sempena memperingati penurunan al-Quran atau Nuzul Quran pada malam 27 Ramadan,” jelas Mohamad Khairi sambil memberitahu masjid tersebut boleh memuatkan kira-kira 2,000 jemaah dalam satu-satu masa.

Kosmo

Hotel jadi sasaran serangan bom kali kedua di Pattani

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Dua butir bom menggegarkan Pattani pada malam tadi termasuk sebuah hotel yang dibom buat kali kedua dalam tempoh empat tahun.

Jurucakap polis Pattani berkata bom yang diletakkan dalam sebuah kereta meletup di belakang CS Hotel pada 7.15 malam (8.15 malam waktu Malaysia) menyebabkan hotel itu terbakar sehingga ke tingkat tujuh.

Kejadian bagaimanapun hanya menyebabkan seorang cedera ringan, manakala semua pelanggan hotel berjaya dipindahkan keluar.

Siasatan awal polis mendapati bom buatan sendiri seberat 10 kg itu disorokkan dalam kereta yang diletak berhampiran dapur hotel tersebut.

"Saya boleh rasa impak letupan bom itu kerana rumah saya terletak hanya 100 meter daripada hotel," kata seorang wartawan tempatan yang enggan dikenali.

Bom kedua meletup di kawasan Paknam, beberapa minit selepas letupan bom pertama.

Hotel lapan tingkat itu dibom buat pertama kali pada 2008 mengakibatkan tiga maut dan 10 cedera.

- Bernama

Peluru kena mata tembusi kepala

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

ANGKAT...jenazah Tuan Asmadi dibawa ke Hospital Jeli untuk dibedah siasat.

JELI: “Ketika bertemunya pada awal Ramadan lalu, arwah menyatakan hasrat mahu menghadiahkan pakaian baru untuk anak saya sempena Aidilfitri, tetapi hasratnya itu terkubur bersama jasadnya apabila dia maut ditembak,” kata wanita dikenali sebagai Kak Sah, 46.

Dia yang juga kakak sulung mangsa menceritakan insiden menimpa adiknya, Tuan Asmadi Tuan Ya, 38, mandur ladang getah yang maut di depan isterinya selepas terkena satu das tembakan di mata kiri yang menembusi kepalanya dalam kejadian tembakan di sebuah rumah kongsi di Kebun Getah Dhuha (1), di sini, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian antara jam 11.30 malam dan 12 tengah malam itu, Tuan Asmadi meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat dan dituntut keluarganya untuk dikebumikan.

Kejadian berlaku ketika mangsa keluar dari biliknya untuk mengambil telefon bimbit di atas meja di luar rumah sebelum tiba-tiba terkena satu das tembakan di mata kirinya.

Isteri mangsa, Norzilla Mohd Zain, 30, yang mengekorinya dari belakang, terkejut apabila mendengar dentuman kuat sebelum suaminya rebah dengan kepala berlumuran darah.

metro/-

Rohingya: Pendirian Bangladesh dikesali

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) mengutuk sikap Bangladesh yang tidak mahu membantu pelarian Rohingya dari Arakan yang sedang ditindas dengan zalim oleh regim Myanmar.

Setiausaha Agung Mapim, Azmi Abdul Hamid berkata, kenyataan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina semalam mengatakan negaranya tidak bertanggungjawab untuk membantu pelarian itu adalah kenyataan yang tidak layak keluar dari seorang pemimpin Islam dari sebuah negara umat Islam.

"Pendirian yang diambil oleh beliau dalam isu yang sudah mendapat perhatian dunia sewajarnya dikutuk kerana tindakannya sama dengan bekas Presiden Mesir Husni Mubarak yang menutup sempadan Rafah yang telah menyekat sabarang bantuan untuk dihantar ke Gaza.

"Bangladesh bertanggungjawab ke atas kematian begitu ramai orang Rohingya kerana menutup sempadan dalam keadaan darurat yang sepatutnya difahami oleh Perdana Menteri Bangladesh," tegasnya.

Kini keadaan pelarian yang terputus bekalan makanan bakal menghadapi kebuluran jika bantuan tidak segera dihantar .

Laporan yang diterima menunjukkan keganasan ke atas Muslim Rohingya masih berterusan oleh operasi tentera Myanmar dan esktremis Rakhine yang telah membunuh ribuan etnik Rohingya.

Nyawa kanak-kanak dan kaum wanita menurut Azmi, berada dalam keadaan yang sangat genting kerana pembunuhan tidak mengira umur sedang berlakukan secara sangat ganas dan brutal.

"Kami menegaskan bahawa seluruh pemimpin Islam dalam OIC dan gerakan Islam perlu segera bertindak untuk membela nasib umat Islam Rohingya yang sedang ditindas .

"Tekanan kepada Myanmar dan Bangladesh hendaklah dilakukan semada menerusi saluran diplomasi mahupun saluran ketenteraan," katanya.

harakahdaily/-

Rafizi ditangkap di bawah Bafia

12 Ramadhan 1433H. [MOD] -

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ditangkap oleh polis pagi ini kerana didakwa terbabit dalam mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

"Saya kini ditahan di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) dan akan dibawa ke mahkamah sekarang," katanya dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

Beliau berkata pihak polis datang ke rumahnya pada kira-kira jam 7 pagi ini.

"Saya percaya saya sedang dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa," katanya.

Rafizi telah disiasat di bawah BAFIA kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.

Syarikat itu dikendalikan oleh suami dan anak-anak bekas menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

malaysiakini/-