13 Ogos 2009

WONDERFUL NATURE-HERMOSA NATURALEZA

Oleh : FADZILAH BIN SALLEH








Lawak Benua

Oleh : Amin Fadzlan


(klik gambar untuk melihat lebih jelas)


Ramadan Kareem

Oleh : FADZILAH BIN SALLEH

















TREAT OTHERS WITH RESPECT

Oleh : Shania Opal

Peace be upon u...

Have a nice day!!!

Treating people with respect makes your world a nicer place to live in..whether it's at home,, at school or out in your.And it's easy.. all you have to do is treat people the way like to have them treat you..

Here are few Ideas...

* Don't insult people or make fun of them...

*Listen to others when they speak...

* Value other peoples opinions...

* Be considerate of people's likes and dislikes...

* Don't mock or tease people...

* Don't talk about people behind their backs...

*Be sensitive to other people's feelings...

Don't pressure some one to do something,

he or she doesn't want to do...

It's so easy...

Oleh : Shania Opal

It's so easy,
To think about Love,
To talk about Love,
To Wish for Love,,
But it's not always easy,,
To recognize Love,
Even when we hold it....
In our Hands...


Poster



HADITH: Berusaha Supaya Tidak Menjadi Miskin

Oleh : Shania Opal

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :
Berusaha Supaya Tidak Menjadi Miskin

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qadha’ dan qadar.”

Riwayat Abu Naim

Huraian
Pengajaran Hadis:

i) Manusia yang mempunyai sikap tercela (mazmumah) sering dibenci oleh orang ramai. Ia boleh merosakkan potensi diri hingga adakalanya turut menganggu masyarakat setempat. Sikap inilah yang menjauhkan hati daripada mengingati Allah S.W.T.

ii) Hasad dengki adalah di antara sifat-sifat mazmumah tersebut. Oleh itu awasilah diri daripadanya kerana ia adalah dosa yang pertama sekali dilakukan oleh Iblis laknatullah yang telah menolak perintah Allah agar sujud kepada Nabi Adam a.s. Begitu juga Qabil yang telah membunuh Habil, juga disebabkan oleh perasaan dengki.

iii) Sifat dengki itu ialah ‘apabila melihat orang lain lebih daripadanya maka dia akan cuba menjatuhkannya’ . Inilah dengki yang dilarang oleh Islam. Seharusnya apabila seorang mukmin melihat orang lain berjaya maka dia harus berusaha kuat untuk menjadi sepertinya. Inilah dengki yang dibenarkan oleh Islam.

iv) Dengki (yang dilarang Islam) harus dicegah dengan memupuk sifat qana'ah ( puas hati dengan apa yang ada setelah berusaha), redha serta bersyukur dengan pemberian
Allah bukan melakukan perkara-perkara yang membawa kekufuran terhadap-Nya.

v) Takdir yang ditentukan Allah terhadap hamba-Nya tidak sama, sesetengahnya di luar
kehendak hamba itu sendiri. Ada yang dapat memiliki rumah besar, berpangkat tinggi serta dapat menikmati makanan yang enak-enak dan ada juga yang hanya duduk di pondok buruk,dan makan sekadar untuk mengalas perut. Namun Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya.

Jika seseorang itu dapat menghadapi setiap ujian dan takdir Allah itu dengan redha, berharap dan takut pada kemurkaan-Nya tentulah setiap takdir itu akan menguntungkannya. Jika dikurniakan kekayaan, maka dengan kekayaan itu dia dapat membantu orang yang susah, anak-anak yatim, fakir miskin serta melakukan lain-lain kebajikan sehingga ia menjadi lebih hampir kepada Allah dan mendapat rahmat serta kasih sayang-Nya. Sebaliknya jika ditakdirkan menerima nasib yang kurang baik seperti miskin dan sebagainya, tetapi dia sanggup bersabar di samping berusaha, maka Allah akan membalasnya dengan seribu rahmat.


Murid Afganistan jawab peperiksaan.

Oleh : roslan mohd




Mecca Madina !! FANTASTIC

Oleh : Zamri Keciks










Cina Islam akan mencapai klik ke 5 juta tidak berapa lama lagi : Terima kasih kepada semua.


Sejak blog ini dikendalikan oleh saya bermula dengan posting pertama pada 25 ogos 2007 dengan tajuk "Salam Persaudaraan " : kata saya dalam posting itu..

Bermula dengan usaha yang sedikit ini doakan ianya akan memberi manfaat untuk teman-teman yang membaca blog ini di masa akan datang.

Doa dan harapan semuga usaha dakwah dan menegakkan keadilan dengan kalimah jihad yang tidak akan padam hingga hari kiamat, Islam pasti akan menang..

Alhamdulillah sedikit sebanyak ana telah berusaha dengan ikhtiar sebaik mungkin untuk memastikan hasrat diatas tercapai.Disamping ana bertawakkal sesudah itu muga-muga semuanya dibertati oleh Allah SWT jua.

Sehingga positing ini diterbitkan sebanyak 4,912,880 telah dicapai. Satu pencapaian yang membanggakan untuk kita semua pada blog perseorangan yang ana rasa sangat kerdil ini.

Semuanya bukan berlaku dengan semudah yang kita jangkakan. Dari beberapa puluh kepada ratusan klik sehari akhirnya mencapai angka puluh ribu sehari seperti sekarang. Malah semasa kehangatan isu perak mengundang angka 200,000 lebih klik sehari.

Selain itu blog ini pernah memuatkan clip box dialog pada suatu ketika tetapi saya buang kerana telah disalahgunakan termasuk beberapa kali diserang dengan kiriman gambar-gambar lucah.

Seingat saya juga sehingga sekarang saya telah menukar sebanyak 3 kali "header blog". kali terakhir ialah sehari sebelum pengundian semasa saya berada di DUN Manik Urai .

Selain itu saya sangat berterima kasih dengan kiriman pelbagai bahan melalui email oleh teman dan sahabat seperjuangan yang rasanya tidak mampu untuk disenaraikan kerana jumlahnya ramai. Semuga mereka semua didoakan mampu terus menyumbang terus menerus untuk tatapan pengunjung setia blog Cina Islam.

Sebagai makluman, setakat ini pengujung teramai blog ini selepas Malaysia ialah di Brunai, indonesia dan Singapura seterusnya di United Kingdom. Termasuk juga pelajar-pelajar Malaysia diserata dunia mengikuti perkembangan dalam blog ini.

Apapun yang mampu diucapkan, sebetulnya saya sangat berterima kasih kepada semua atas sokongan, dorongan dan dokongan anda semua sehingga blog ini terus hidup dalam kancah persaingan jutaan blog masa kini.

Saya juga suka untuk memaklumkan bahawa satu projek ekonomi yang telah dikenal pasti telah saya persetujui bagi menampung pengurusan DUN Titi Serong. Sehubungan dengan itu dalam masa yang saya jangkakan tidak lebih sebulan saya akan melancarkan satu website khusus untuk mencapai hasrat itu melalui blog ini dan dengan harapan awal ianya mendapat sokongan padu dari peminat semua.

Doa dan harapan semuga saya dengan team blog cina Islam yang serba daif ini mampu bersaing terus sebagai penyalur maklumat kepada peminat setia dimana saya anda berada.

H1N1- Mai kita pakat kenai apa itu H1N1

Oleh : Amin Fadzlan


Apa itu H1N1?

viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

Jangka hayat virus

Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik....akan 'bersih' dr virus tersebut.

Apa yg perlu tahu ?

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di mexico.

Virologi virus H1N1 incubation period yg singkat pada purata 2 hari dgn julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit.

Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat2nya hari ke-4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kpd pesakit yg berisiko, ia dapat membunuh. jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi.

Siapa yang berisiko

1.orang yg ada masaalah 'obesiti' @ gemok

2. perempuan yg mengandung

3 .orang yg ada astmatic

4 . orang2 yg bermasalah dgn sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)
* kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan2 di atas

Simptom2

day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya

day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah mkn ubt demam)

day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

day 4 - sakit dada yg teruk....... .jumpa doktor dengan segera..... .

day 5 and above lung collapse @ koma

Langkah2 kawalan

1 - golongan2 yg berisiko, elakakn drpd kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)

2 - menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran

3 - elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'

4 - jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5 - jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jgn hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)

6 - utk org yg sihat, elakkan dr kawasan yg padat.

7 - jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8 - jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.

9 - tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubt influenza!!! !!!!!!!. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubt2 tersebut terlebih awal.

10 - vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.

11 - utk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia. mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12 - tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbreak ini.

Sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu.Amin.

Ini adalah sumber dr taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dr kem. kesihatan m'siadi Pan Pasific Klia pada 01.08.2009.

TABAH & LILIN

Oleh : Shania Opal

Abi...
Aku tahu kau tabah
Dapat menyapu ujian
Ketabahanmu. ..
Membuatkan ada yang resah
Cuba meracuni taman hatimu

Kebosanan adalah...
Rasa yang tercipta
Dari lilitan jiwa
Yang terguris dengan rasa
Menjadi teman sebentar
Datang dan pergi

Abi!!!
Kau ibarat lilin
Menerangi dunia insan lain
Membakar diri
Bukan untuk dirimu
Namun!!!
Ada insan tidak menghargai
Dari pengorbananmu

Abi!!!
Bila bosan mencengkam
Adalah antara punca
Dari karenah insan lain
Jiwamu terkacip
Lantaran bicara tanpa rela

Nukilanrasa,
shania 0500 hrs 12 August 2009


Edisi terbaru terjemahan al-Quran dilancarkan

Islamic Book Trust (IBT) dengan kerjasama Institut Pengajian Islam Antarabangsa (IAIS) melancarkan terjemahan terbaru al-Quran edisi Malaysia yang dihasilkan oleh sarjana dan penterjemah terkemuka kitab suci itu, Abdullah Yusuf Ali.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Pengarah Penyelidikan Jabatan Kamajuan Islam Malaysia (JAKIM), Razali Shahabudin yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom di IAIS di Petaling Jaya petang ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah IBT, Prof Datuk Dr Osman Bakar dan Pengasas IAIS, Prof Mohammad Hashim Kamali.

Dalam ucapannya, Dr Osman berkata, pihaknya menerbitkan terjemahan al-Quran tersebut sebagai satu penghargaan kepada Abdullah yang berusaha untuk menyebarkan kefahaman tentang al-Quran dalam bahasa Inggeris.

Tambahnya, edisi al-Quran yang dilancarkan itu adalah edisi Malaysia yang pertama, setelah mendapatkan kebenaran JAKIM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dr Osman berkata, kali ini, keseluruhan teks al-Quran itu dicetak dalam satu naskah yang unik.

Sementara itu, Razali pula, dalam ucapannya menyifatkan kejayaan menghasilkan terjemahan al-Quran itu sebagai satu usaha yang murni.

"Ia menjadi satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua masyarakat Islam di negara kita ini," kata Razali.

Sehubungan itu, kata Razali, JAKIM juga sedang berusaha menyiapkan tafsir al-Quran yang di kenali Tafsir Al-Muttaqin.

Menurutnya, tafsir al-Quran itu dikarang oleh bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof Abdul Hayei Abdul Sukor.

MalaysiaKini/-

Umno semakin terdesak, kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduhkan Umno 'semakin terdesak' ekoran serangan terbaru parti itu terhadapnya.

AKhbar Utusan Malaysia milik Umno memetik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata Anwar seorang "pengkhianat" kepada orang Melayu dan "memutarbelit fakta".

Dalam satu kanyataan hari ini, Anwar berkata, kepimpinan Umno bersungguh-sungguh untuk menyebar propaganda yang memanipulasikan simbol kaum, agama dan institusi raja dengan niat untuk mengekalkan pandangan sempit mengenai hubungan kaum.

Menurut ketua umum PKR itu, ini bukan kali pertama beliau dilabelkan sebagai 'pengkhianat orang Melayu'.

Sebelum ini pun, tambahnya, ada percubaan yang sama dan "usaha terbaru ini jelas menunjukkan bahawa Umno semakin terdesak".

Anwar yang dipecat daripada jawatan timbalan presiden Umno pada 1998 berkata, beliau tidak mahu terbabit dengan pertikaian peribadi dengan Muhyiddn dan beliau hanya memberi respons "berdasarkan fakta dan prinsip".

"(Pakatan Rakyat) dengan jelas menyatakan (bahawa kami komited) dalam memelihara prinsip-prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Ini, katanya, termasuk status Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sambil membenarkan penggunaan bahasa-bahasa lain, kedaulatan institusi Raja-raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera, dan hak semua kaum yang dijamin di bawah perlembagaan.

MalaysiaKini/-

Replika Najib di Bt Caves diroboh

kemaskini 2.57pm Replika gergasi perdana menteri di perkarangan kompleks kuil Batu Caves telah dirobohkan semalam, tidak lama selepas ia menjadi isu di internet, khususnya di kalangan penyokong pembangkang

Mereka menyifatkan imej besar itu bertentangan dengan sikap Umno yang membantah keras replika Datuk Seri Anwar Ibrahim, di simpang utama kira-kira dua kilometer dari kuil tersebut, tahun lalu.

Blog rasmi ADUN Batu Caves Amirudin Shari kelmarin menerbitkan tulisan yang menempelak pemimpin Umno dan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang disifatkan sebagai "bising bagai nak rak" terhadap replika Anwar tetapi berdiam diri terhadap replika Datuk Seri Najib Razak.

Ahli jawatankuasa kuil itu N Sivakumar bagaimanapun menjelaskan bahawa
replika perdana menteri diturunkan selepas tamat festival tiga hari Satu Malaysia kelmarin.

Kunjungan Malaysiakini pagi ini di kuil Sri Mariaman mendapati papan-papan lapis yang digunakan untuk mempotretkan imej Najib disusun tidak jauh dari kaki struktur besi penyangga replika tersebut (foto kanan).

Empat pekerja sedang merungkaikan struktur besi yang terletak kira-kira 20 meter dari pintu utama kawasan tarikan pelancong itu.

Sebelum ini, replika Najib berwajah tanpa senyuman yang sedang mengangkat tangan kanannya, sementara tangan kirinya di belakang, didirikan di hadapan pintu masuk kuil berkenaan.

Ia terletak kira-kira 50 meter di bahagian depan patung Dewa Muruga berwarna emas yang menjadi mercu tanda destinasi tumpuan pelancong itu.

Imej berketinggian kira-kira 10 meter itu memaparkan imej Najib berkemeja oren – warna yang dikaitkan dengan pertubuhan Hindraf – dan berseluar hitam dalam keadaan seolah-olah sedang melangkah.

Sivakumar, ketika dihubungi Malaysiakini, berkata bahawa pembinaan replika itu bagi meraikan kedatangan Najib di situ yang dijadikan tapak festival setelah 30 tahun kompleks kuil itu tidak dikunjungi oleh perdana menteri.

Ia juga dibina bagi menandakan sokongan terhadap gagasan "Satu Malaysia" Najib, tambahnya.

"Ia sebahagian daripada sambutan terhadap perdana menteri. Kita juga mahu menunjukkan sokongan terhadap konsep Satu Malaysia yang diperkenalkannya," katanya.

Sivakumar berkata beliau "tidak tahu" kos pembinaan replika itu yang didirikan oleh satu jawatankuasa kecil sambutan festival itu - kerjasama antara Majlis Hindu Malaysia dan kuil berkenaan.

Jelasnya lagi, wang itu disumbang oleh masyarakat sekitar dan peniaga di kawasan kompleks tersebut.

Festival yang julung kali diadakan akan diraikan secara tahunan memandangkan sambutan menggalakkan, sehingga 10,000 orang, daripada masyarakat pelbagai kaum, tambah Sivakumar.

Pesta tersebut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum, pertunjukan bunga api dan gerai jualan.

Ketika kunjungannya Sabtu lalu, Najib turut diperdengarkan lagu slogan perdana menteri itu dalam irama hip hop dan R&B buat pertama kalinya.

Lagu berbahasa Inggeris bertajuk "One Malaysia, Living Harmony" itu dihasilkan tiga remaja India, V Vishal dan pasangan kembar, K Rashmika dan K Raanita.

MalaysiaKini/-