07 November 2007

Catatan Perjalanan :Mesjid di Shanghai , China

Alhamdulillah pada hari ini saya sempat berada di Shanghai, bandar yang dikatakan dalam kategori elit di China pada masa ini. Kepesatannya membangun memunculkan Shanghai sebagai sebuah bandar metropolitan yang terkenal di dunia pada masa kini.

sekitar jam 7.40 pagi saya berangkat dari bandari Yiwu dengan menaiki bas, perjalanan melalui lebuh raya selama 4 jam sangan mengasyikkan. Melalui kawasan industri dan kawasan penanaman padi serta penempatan terancang, yang menggambarkan China jauh terkedepan berbanding tanan air sendiri.

Sesampai di stesyen bas Shanghai saya disapa pemandu oleh motosikal tambang. kebetulan orang nya sekitar 60 han dan dia mengaku dia dah tua dan bantulah dia untuk membawa saya kemana-mana distinasi pilihan. Orangnya cacat, sebelah kakinya di atas paras lutut.Kebetulan pihak yang akan ditemui untuk mengurus pembelian barang akan berada di pejabatnya sekitar jam 2 petang. Saya mengambil keputusan untuk menziarahi mana-mana mesjid yang terdekat Kerana sebelum ini saya dapat maklumat di Shanghai terdapat beberapa buah mesjid. Sunnah nabi pun begitu sesudah sampai di Madinah baginda membuka Mesjid, hikmat dari itu sesampai dimana pun carilah dulu mesjid baru melakukan urusan yang lain.

Pemandu motosikal tersebut tahu mengenai mesjid yang berdekatan dan dia meminta tambang RMB 15 sekitar RM 7. Perjalanan mengasyikkan tanpa perlu memakai topi keledar di kawasan bandar yang tak mugkin berlaku di Malaysia. Mungkin tak makan saman sebab dia adalah pemandu cacat.

Sekitar sepuluh minit sampailah ke Mesjid Hu Xi yang terletak di jalan Chang De mungkin agak ke pinggir bandar sedikit. Saya di sapa oleh pegawai mesjid dengan ucapan salam dan selamat datang , manjawab soalannya dari negara mana ringkas saya menyebut,'malaysia". Dipelawanya saya makan tengah hari , dengan ucapan terima kasih saya menolaknya disebabkan puasa enam Syawal belum habis.

Berada sekitar 2 jam di mesjid Hu Xi saya dapat mengumpulkan beberapoa maklumat untuk dikongsi bersama.

Sekarang di Shanghai terdapat 7 mesjid yang sedang digunakan oleh orang Islam yang terdiri dari orang Islam Hui kebanyakan dari wilayah utara china yang berhijrah seperti dari LangZhou, Xian, NingXia. Juga dari etnik Ughur dari wilayah Xinjiang. Selain itu orang asing yang menetap di sekitar shanghai sering mengunjungi mesjid-mesjid tersebut.

Mesjid Hu Xi di bina asasnya sejak tahun 1921 . Pada tahun 1990 pembinaan bentuk baharu dengan keluasan keseluruhan mesjid seluas 1600 meter persegi, menampilkan binaan ala turki dengan kubahnya yang nampak dari jauh.

Sebelum ini Shanghai terdapat sekitar 20 mesjid tetapi telah berkurang disebabkan banyak di ambil untuk pembangunan.

Tanda kenangan saya membeli beberapa buah tangan di kedai semacam koperasi yang ada di dalam kawsan mesjid. Layanan dari petugas muslimatnya yang usia menjangkau 50 tahun lebih amat baik sekali.

Jam 1.30 azan di kumandangkan tanpa menggunakan pembesar suara, munkgin itulah peraturanya kerana disekelilingnya penuh dengan penempatan berupa bangunan yang mencakar langit. Satu kelaziman yang boleh di terima, almaklum negara komunis.

Jemaah sewalnya setengah jam ada yang menghadirkan diri, usianya kebanyakan melewati 40 tahun. Selesai berdoa bersama-sama dengan imam saya meninggalkan mesjis Hu Xi untuk meneruskan urusan perniagaan di Shanghai.

Tiada ulasan: