02 Februari 2008

Tazkirah Jumaat : Husnul Khatimah

وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلاَ تَمُوتُنَّ إَلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ




Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya`qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam".(Al-Baqarah:132)

Peringatan untuk menghadapi kematian hendaklah diulang-ulang tanpa rasa jemu oleh semua orang Islam khususnya para pendakwah. Demikianlah pada setiap hari jumaat para khatib dimimbar sentiasa mengajak jemaah untuk meningkatkan ketakwaan dan jangan mati selain dalam keadaan Islam.

Salah satu peringatan untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian ialah apakah kesudahan kematian kita. Adakah dalam keadaan husnul khatimah (akhir hidup yang baik) atau suul khatimah ( akhir hidup yang buruk).

Semuanya telah dapat meneka dimanakah mereka dengan segala amal yang dilakukan sebelum ini. Maka hitungan amal yang dilakukan sendiri sangat berguna bagi melakukan perubahan bagi memastikan kita tergolongan dalam husnul khatimah.

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan".(Al-Jumu`ah:08)

Tiada ulasan: