30 Mac 2008

Barisan Exco kerajaan negeri Perak angkat sumpah

KUALA KANGSAR 29 Mac — Tiga minggu selepas kemenangan di luar dugaan pada pilihan raya umum lepas dan pelbagai spekulasi serta kemelut, 10 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kerajaan campuran negeri Perak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco).


Anggota Exco itu terdiri enam daripada DAP, tiga daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang daripada PAS mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini pagi ini.

Mereka ialah Ngeh Koo Ham (Sitiawan), Nga Kor Ming (Pantai Remis), Su Keong Siong (Pasir Pinji), Chen Fook Chye (Keranji), Seah Leong Peng (Pasir Bedamar), A. Sivanesan (Sungkai), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Tai Sing Ng (Kuala Sepetang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Mohd Zainudin Mohd Yusof (Lubuk Merbau). - BERNAMA

Tiada ulasan: