15 April 2008

Himpunan Rakyat , 70,000 penuhi stadium Ipoh

IPOH, 14 April :- Setelah rakyat Perak menunggu untuk masuk ke Stadium Perak selama 50 tahun, malam tadi mencatat sejarah baru dengan kehadiran lebih 70,000 rakyat untuk mendengar amanat dari 5 Menteri Besar dan Ketua Menteri dalam program Himpunan Rayat yang diadakan disini malam tadi.


Kehadiran pengunjung sebegitu ramai telah dijangkakan oleh pihak penganjur dengan beberapa persiapan awal memaklumkan program tersebut dalam blog-blog utama dan edaran risalah hand bill dan poster.

Pihak penganjur telah membariskan Menteri Besar Perak selaku tuan ramah,YAB Ir. Nizar, Menteri Besar Kedah, YAB. Ust. Azizan Razak, Wakil Menteri Besar Selangor, YB. Dato' Dr. Hassan Ali, Wakil Menteri Besar kelantan, YB. Dato' Husam Musa, dan Wakil Ketua Menteri YB Nga Kor Ming yang juga Exco Kerajaan Perak.

Semua pengunjung telah dihidangkan dengan maklumat terkini dari semua penceramah sehingga jam 11.45. Keadaan hampir 4/5 sesak dengan pengunjung sehingga kebahagian padang yang sebahagian besar dipenuhi oleh pendengar.

MB Kedah dalam ucapannya, mengatakan rakyat telah berjaya mengikis satu kepercayaan karut iaitu hanya BN yang mampu mentadbir negara. sambil berseloroh beliau mengatakan UMNO jenis tidak mahu mengaku kalah, Beliau membuat kiasan macam suami isteri, kedah dah dapat suami baru dan dia sudah bercerai dengan suami lama(UMNO). Katanya "jangan dok perasan nak balik rumah lagi".

Sepanjang program berlangsung yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Perak, yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Ust. Misbahul Munir Hj. Masduki, Pengunjung tidak kering gusi dengan selanseli ucapan takbir, Makkal Sakti dan Reformasi.

8 ulasan:

gaban berkata...

Harap YB USTAZ jangan bermimpi sahaja enak di kerusi empuk wakil rakyat. Jangan pada mula2 sahaja berkata dan berazam mahu menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat, tetapi apabila mula kenal kemewahan dan kesenangan duniawi, jadi lupa diri, sejarah sejak zaman awal Islam dah buktikannya..

Apa komen YB USTAZ mengenai kenyataan Penasihat Dap, Dr. Chen Man Hin, 83 tahun.

“Kami berkawan rapat. Di peringkat pemimpin tertinggi Dap dan Pas kami sentiasa berbincang. Cuma satu perkara yg kami tidak setuju iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Kami mahu Malaysia menjadi negara sekular,” katanya, di kliniknya di seremban. (terjumpa paper lama UM bertarikh 20/02/2008).

Maknanya, Dap sampai bila2 tak kan setuju penubuhan negara Islam, seblm ni pun Karpal Singh suruh langkah mayat dia dulu baru blh tubuh negara Islam.

Maka, apa perlunya lagi Pas sebagai parti pendokong yang menegakkan Islam, bersekongkol dengan org mcm tu.

Selagi Pas berpakat dgn Dap, selagi itulah kita terus mengalah, tapi sampai bila?

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

YB,
Dalam berdakwah kita mesti sabar , munkin hari esok dia akan terima . Khalid ibnu Walid pun pada mulanya menentang Isalam ,tapi akhirnya menjadi hero Islam.

Perhimpunan semalam saya dapat melihat dari jauh .Dapat melihatnya dari webtv.pas ...terimakasih .Saya kagum dengan kepetahan MB Perak .....pertama kali saya mendengarnya.

Allahuakbar.

Muhammad Fahmi berkata...

berapa derma jihat dapat kutip semalam ustaz?

Abu Afiq berkata...

Salam YB,
Betul kata Nginap....dlm menegakkan Daulat Islamiyah kt kena berhemah dan beristiqamah....Rasulullah ambil masa hampir suku abad untuk menegakkan Daulat Islamiyah masa zaman Baginda.....Jadi, jangan "expect" kita yg serba "kekurangan" ni boleh buat apa yg Baginda buat dalam tempoh masa yg singkat. Yang penting, kena bagi mereka faham dulu apa sebenarnya "Pemerintahan Islam". Tak boleh terburu-buru....tak boleh terus terkam je.
Dan bukan Khalid Al-Walid sahaja penentang kuat Islam....bahkan Sayidina Umar Al-Khattab juga....Tapi berkat do'a dan istiqamah Baginda, Sayidina Umar diberikan hidayah oleh Allah.
Kita yang dah jauh dari zaman tu kena kerja berlipat kali ganda untuk ulang balik zaman gemilang Islam.....
"Kebenaran Itu Pasti Akan Datang"

Wallahu a'lam.

spongegoat berkata...

Dewan Ulama Pas Kelantan 1963 memutuskan hukuman bahawa org Islam yg bekerjasama dgn org kafir memerintah negara jd kafir atau haram.

Ketua dewan ulama pas terengganu masa berucap di kg gong duek, besut, terengganu, 1 april 1981:

"org munafik ialah org yg mengambil org kafir buat kwn baik.. siapa adik kakak, ambil org kafir buat kawan baik," (disambut beramai-ramai "UMNO...") ha.. UMNO apa hukum org ni... (org ramai jawab.. Munafiq) dan disambung munafiq...

skrg ni penasihat Dap tu kata diorg BERKAWAN RAPAT dgn Pas, so, apakah hukum yg melibatkan AKIDAH boleh berubah-ubah mengikut peredaran masa...

agaknya puak2 pas kena ugut dgn Dap kot.. terus xde cerita mengenai negara Islam sekarang, senyap terus!

jgn cerita la bab fiqhiyah sbb takkan la ulama pas dulu2 bodo sgt sampai keluar statement mcm tu..

lain la hj hadi, canang satu negara dulu - kalau dpt perintah terengganu pg2 esoknya terus nak laksanakan hudud (ALLAH tak suka kepada org yg ckp besar!) alih2 kata lak hudud cuma 0.00001 peratus dari Islam, apa ni.. mana konsistensi/iltizam dlm apa yg diperjuangkan...

Idham Lim (林川興) berkata...

terima kasih dengan komen-komen dari teman2 semua.komen gaban saya akan ambil ingatan, tentunya saya tidak akan lupa peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan ..apa pun semuanya perlu dengan penuh hikmah dan bijaksana dengan tidak menggadaikan aqidah perjuangan kita.

cina Islam, cukup yakin dengan peranan dan kemampuan kepimpinan Ulama PAS . siapalah kita jika mahu dibandingkan dengan kemampuan mereka berijtihad khususnya dalam soal tahaluf siasi sekarang ini.

mana mungkin mereka menggadaikan displin ilmu yang diamalkan selama ini melainkan semuanya adalah untuk kebaikan Islam.

kutipan malam tadi belum ada maklumat yang ana dapat.

Selongsong berkata...

Buat Al-Fadhil Tuan Guru Drs. Khalil Idham Lim,

Ana rasa, TGKIL perlu slowtalk dengan Dr. Chen Man Hin. Kalau ada masa, ajak sekali YAB Ir. Mohammad Nizar.

Semoga beliau terbuka hatinya untuk memahami matlamat perjuangan PAS, manalah tahu hidayah Allah datang asbab usaha dakwah Al-Fadhil TGKIL dan membuka hati beliau.

Sebenarnya ana pernah dengar beberapa orang berumur 90++ tahun yang memeluk Islam, segala-galanya dalam perancangan Allah. Kita berusaha dan berdoa. Tak ada yang mustahil selagi dalam Sunatullah. Insya-Allah.

Unknown berkata...

Saudara gaban,
jangan disamakan wakil rakyat ameno dan wakil rakyat PAS. Kalau ameno ana percaya dia cuma duduk dikerusi empuk dan mahu bermewah-mewah saja. Projek sana, projek sini dan sebagainya. Percayalah.. ana kenal sangat dengan Drs khalil Idham Lim Abdullah ini. Dia bukan dari jenis orang yang macam tu. InsyaAllah.
Takbir..