30 April 2008

Kenyataan siapa yang benar ?

IPOH, 30 April :-Menteri Besar perak, Dato' Seri Ir.Mohammad Nizar yang genap 43 hari menjadi Menteri Besar menjelaskan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury Jamry itu adalah sesuatu yang ‘normal’ dari segi prosedur pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut beliau, Jamry ditukarkan ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan penggantinya di JAIP akan diumumkan kemudian.

Jamry dilantik memegang jawatan Pengarah JAIP sejak tahun 2004. Sebelum itu, beliau ialah Pegawai Daerah Kuala Kangsar.

Beliau kemudian menegaskan bahawa arahan pertukaran tersebut adalah sesuatu yang biasa dan tiada apa-apa yang negatif mengenainya.

“Sebelum ini juga terdapat beberapa pertukaran dan perpindahan beberapa pegawai kerajaan negeri, tetapi ia tidak dihebahkan kepada umum.

“Bertukar atau naik pangkat dalam pentadbiran adalah perkara biasa. Kita ada Timbalan SUK (Setiausaha Kerajaan) ditukarkan... naik pangkat pergi ke ibu pejabat, ini biasa.

“Anda patut kemukakan soalan ini kepada Menteri Besar yang dulu bila dia masuk-masuk sahaja, dia malah menukarkan SUK... saya tidak,” katanya pada sidang media selepas satu majlis di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) di sini petang ini.

Mohammad Nizar turut menafikan wujud perbezaan pendapat antara beliau dan Jamry hingga menyebabkan Jamry ditukarkan.

Jamry, 48, ketika dihubungi enggan mengulas mengenai arahan itu, tetapi memaklumkan bahawa beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kinta di sini.“Setakat ini, saya diminta supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara itu.“Kemungkinan saya akan mengeluarkan kenyataan selepas menghadap Sultan,” kata beliau.

Dalam laporan utusan hari ini , tanpa menjelaskan sumber yang jelas diberitakan kononnya Jamry diarah bertukar serta-merta dalam tempoh 24 jam oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan campuran DAP, PKR dan Pas.

Utusan dilaporkan cuma menjelaskan "Menurut sumber kerajaan negeri" Siapakah yang didakwa sumber kerajaan negeri itu ? dan bila dia ditugaskan untuk mengeluarkan kenyataan seperti hendak menangguk diair yang keruh ?

Sebagai warga Perak yang sayangkan institusi pentadbiran agama Islam, saya sangat yakin semua rakyat akan berdiri teguh dibelakang Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat. Kalau hendak tahu siapa dia Jamry tanyalah pegawai dibawahnya? dan tahulah siapakah dia yang sebenarnya?

5 ulasan:

Nurfirdaus berkata...

Salam sdr Ki,...

Isu sebegini memang akan diputar-belitkan oleh golongan yang berpenyakit dalam hati mereka, dan kelak Allah akan menambahkan penyakit itu pada diri mereka. Kenal tak orang2 ini?

Walau bagaimanapun, Al-Qur'an dan As-Sunnah amat jelas bagi orang2 yang bertaqwa tentang apakah tindakan2 yang sepatutnya diambil oleh kerajaan PR.

Ingat bahawa ada 3 cabaran utama yang menanti bagi YB2 muslim:

1) Bagaimana hendak mentadbir dan mengurus negeri supaya hak, kepentingan, dan kebajikan rakyat secara keseluruhannya dipenuhi dengan adil dan saksama?

2) Bagaimana YB2 muslim ini menjadi model kebaikan atau kemuliaan akhlaq supaya mereka menjadi bahan 'dakwah bil-hal' terhadap bukan Islam?

3) Bagaimana YB2 muslim dari PR boleh melunakkan 'musuh2 politik' mereka dari BN agar mereka pun terasa yang selama ini mereka memang berada dalam kesesatan atau kegelapan, dan sekarang ini mereka perlu memberi kerjasama tanpa ragu2 kepada kerajaan PR?

Jawapannya: Mudah saja iaitu ikhlas, ilmu, iman, amal, taqwa, doa dan tawakkal'alalLah.

Pedoman lain: rujuk Al-Hujarat.

Selongsong berkata...

YB Al-Fadhil Tuan Guru Khalil Idham Lim perlu memujuk sama ada Datuk Mustapha Ma, Al-Fadhil Ustaz Ridhuan Tee atau Al-Fadhil Ustaz Farid Ravi untuk mengisi kekosongan jawatan Pengarah JAIP. Insya-Allah, baru kena pada tempatnya.

selongsong.pencucuh

Selongsong berkata...

General
April 27, 2008 20:04 PM

'Malay Is Muslim' Equation Needs Correction, Says MACMA

IPOH, April 27 (Bernama) -- The confusion over the 'Malay is Muslim' concept needs to be corrected because there is a difference between religion and culural bias, says Malaysian Chinese Muslim Association President (MACMA) Datuk Mustapha Ma.

"Therefore, we cannot equate Islam with being a Malay. All Malays are Muslims under the Federal Constitution, but not all Muslims are Malays. And when we talk about the Malays....that a Malay must be a Muslim, it is not true," he told reporters at MACMA's 14th annual general meeting held at the Perak Islamic Administration Institute, here Sunday.

He said the confusion over the concept, especially among the Chinese, had caused the community to view conversion to Islam in this country as "masuk Melayu" or becoming a Malay.

"This is our biggest hurdle. When a Chinese converst to Islam, it does not mean that he or she has to forgo his/her surname. I am still using my surname, Ma," he added.

On another note, Mustapha said besides promoting Islam as a universal religion, MACMA was also campaigning to create a situation where "halal food is for all, regardless of race or religion".

"Halal food is not just for Muslims. Besides adhering to the Islamic rulings on food, the food and the preparation must be clean, healthy and also implies fairness and honesty. If you sell coffee, it must be genuine coffee and not adulterated coffee.

"The price must be reasonable and the weight accurate. The halal concept is very embracing," he said.

Mustapha also said that Malaysia must use the variety of its food to promote itself as a halal food haven.

"We have the best variety of food and at the most reasonable price. We can get any cuisine that we want in Malaysia, so we must capitalise on that," he added.

-- BERNAMA

Dr. Abdul Wahab Arbain berkata...

Salam semua!
Tiada siapa yg mohon dijadikan sebagai bangsa atau kaum tertentu. Jadi, yang perlu ialah iman dan komitmen bagi muslim; dan nilai-nilai murni bagi no-muslim.
Para anbia^ terdiri dari berbagai bangsa, tetapi bersatu pada 'aqidah.
"Tiada kelebihan bagi arab ke atas 'ajam (non-arab)".
Salam.

Unknown berkata...

Kalau dah tak boleh berkerjasama dengan kerajaan negeri buat apa disimpan orang macam ni.. nanti kerja tak jalan pulak. Dia ni masih belum sedar lagi agaknya bahawa kerajaan BN/UMNO dah berkubur di Perak. Kalau Dia takada pun tak apa, banyak lagi orang lain yang boleh buat kerja ni. Kepada dato ni..pergilah menyembah, menjilat kaki BN/UMNO.