20 Mei 2008

Apakah muslihat TDM keluar dari UMNO ?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO.Menurutnya, surat rasmi mengenainya akan dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO secepat mungkin.Katanya, beliau akan berada di luar UMNO selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memimpin parti itu.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk `Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12’ di sini hari ini.

Berita menggemparkan ini pastinya akan menghiasi warna politik Malaysia dalam masa-masa yang mendatang. Kehangatannya entah bila akan berakhir. Namun baru beberapa jam sesudah pengumuman itu pelbagai rekasi telah diberikan oleh pemimpin UMNO sendiri termasuk Abdullah yang terkejut dan timbalannya Najib yang sedang berada di kaherah meminta ahli UMNO bertenang dan terus memberi sokongan kepada parti.

Musa Hitam juga telah memberi ulasan dengan katanya duri dalam daging sudah tiada. Tidak kurang yang memujuk seperti Ali Rustam dan UMNO Perlis yang meminta TDM menarik balik keputusan itu.

Yang menariknya ada maklumat banyak pengikut di cawangan di Johor yang akan mengikuti jejak TDM. Sebagaimana keputusan Sanusi Juned yang telah dilakukan hari ini juga.

Apa pun saya menjangkakan sesuatu yang lebih besar dan kehangatannya akan membawa kepada "berpeluh"nya semua pemimpin UMNO. Tidak salah TDM pernah mengatakan ada sesuatu perkara besar yang beliau akan dedahkan. Bila lagi kalau bukan sekarang? Ayuh TDM lakukan demi untuk menyelamatkan negara Malaysia yang kita cintai ini.

Saya yakin TDM ada langkah berikutnya setelah dia mengumumkan keluar dari UMNO hari. TDM tidak akan berdiam diri selagi hasratnya tercapai. Kita tunggu dan lihat.

1 ulasan:

Juraimi Zainal berkata...

Salam,

Takkan berani kuncu-kuncu MP terutama yg pegang jawatan2 dlm kabinet/parti tu nak letak keluar parti... Sabah Sarawak tak tau lah... Yg ikut nanti bekas2 veteran, orang2 pencen parti, ketua2 cawangan ker, tu jerlah...