20 Mei 2008

Pemimpin UMNO takut ahlinya keluar dari parti?

Tindakan drastik Tun Dr Mahathir (TDM) mengisytiharkan keluar dari UMNO kelmarin membimbangkan banyak pihak dalam UMNO mengenai kesan kepada ahli yang akan meninggalkan parti. Situasi ini tidak dapat disembunyikan lagi melihat kepada kenyataan beberapa orang pemimpin UMNO.

Mungkin kerana bimbangkan ramai ahli UMNO akan mengikuti jejak TDM, Muhyiddin Yassin menasihati anggota UMNO supaya tidak tergopoh gapah dalam membuat keputusan yang boleh merosakkan parti, kedudukan orang Melayu dan negara. Beliau berkata tindakan perlu diambil secara bijaksana dan berhemah supaya keadaan tidak bertambah buruk lagi.

Terkejut dengan tindakan bekas Perdana Menteri TDM yang keluar dari parti itu secara serta merta semalam, Muhyidin menggambarkan kemungkinan sokongan komponan parti dalam BN akan terjejas. “Kalau ada mesej daripada tindakan yang memeranjatkan ini, apa yang perlu dibuat adalah melalui proses demokrasi dalam parti melalui musyawarah, muzakarah dan perbincangan.

Demikianlah suasana dihari kedua TDM keluar dari UMNO. Cina islam sangat yakin suatu kejutan besar akan berlaku kesan daripada hilangnya keyakinan ahli-ahli UMNO kepada presidennya yang paling lemah.

5 ulasan:

hj sahri kg kedah berkata...

Assala mualaikum.

Saya harap PAS diperingkat nasional dgn didahuli PAS kawasan P Buntar , bersempena dgn nazaknya UMNO disaat ini , segeralah membuka kaunter dan booth di pasar pasar malam, supermarket , pejabat pejabat kerajaan dan swasta dan terus daftar ahli baru . Ini bukan janggal, cuma PAS tak pernah buat .

Dlm setiap meeting dan ceramah kita berteori agar PAS kena tambah ahli . Namun belum kelihatan cara yg saya sebut ini dipraktikkan. Ia bukan cara pelik . Lihat saja bagaimana Bank bersaing dan membuka kaunter di mana mana . Jangan segan , jangan malu. Lakukan dgn meluas diperingkat nasional, tak cukup dgn pelawa ja, kini masanya cukup cantik melakukan perang saraf. Pedulikan kata kata sinis.

Buka booth dan kembangkan payung PAS di mana mana , semarakan bagai tumbuhnya cendawan selepas hujan disetiap ruang pejalan kaki , di desa , di kota , baik di stesen bas atau di stesen teksi !

Lihat bagaimana pada tahun 1999, ketika UMNO hampir nazak, muncul disegenap kampong dan lorong papan tanda papan tanda berlogo UMNO! Ia menyemarakan semangat kekitaan UMNO walaupun di ambang maut! Dan mereka berjaya. Kesan psikologinya sangat kuat

Kpd PAS Nasional, arahkanlah agar setiap cawangan naikan logo logo kekal ini disetiap lorong walaupun kecil . Kutip derma untuk ini dan terus tempah logo/sign board dan terus pacak. Jangan tunggu .

Namun jika cadangan ini dirasa pelik, buatlah cara lain pun untuk kita kelihatan segar, berwawasan dan sebagai perang saraf ke atas parti UMNO yg sedang sakratul itu!

Idham Lim (林川興) berkata...

terima kasih dengan cadangan hj sahri, kita akan ambil perhatian dan cuba laksanakan langkah sebaik mungkin untuk mencapai hasrat itu

Juraimi Zainal berkata...

Saya setuju tu... Bukak payung teping jalan pun tak per... Kita tak leh harap masa ceramah jer... makcik2 balik pasar pun boleh singgah jadi ahli and kita tolong isi borang...

Paritsatu berkata...

Gunakan peluang yang ada.Sokong.

Idham Lim (林川興) berkata...

Sama-sama kita usahakan sebaik mungkin, semuanya tidak boleh duduk diam.