04 Mei 2008

Forum Perdana mendapat sambutan hampir 3000 orang

BAGAN SERAI, 4 Mei:- Satu forum perdana sempena Program halal Fest dan sambutan Mauludul Rasul telah menarik sekitar 3000 orang pengunjung disini malam tadi. Program forum tersebut telah diadakan di Dewan orang ramai Alor Pongsu.

Ahli panel forum ialah Ust. Haslin Baharin dan Ust. Ridwan Tee Abdullah dengan dipengerusikan oleh Ust. Roslan Che Ros. Hadir sama dalam forum tersebut ialah Ahli Parlimen Bagan Serai, YB Mohsin, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Kuala Kurau, YB Ab. Yunus Jamhari, ADUN Gunung Semanggol, YB Ramli Tusin dan ADUN Selingsing, YB Husin Din.

Majlis telah diresmikan oleh Pegawai Daerah Kerian. Beliau juga telah menyampaikan hadiah kepada pertandingan Marhaban sempena majlis tersebut.

Semasa mengupas soalan yang dikemukan oleh pengerusi forum, kedua-dua ahli panel mengakui inilah forum yang pertama yang dihadirinya melibatkan paling ramai Ahli Yang Berhormat. Kata Ust. Haslin, "ini adalah tanda yang positif dari pemimpin yang dipilih". Kata Ust. Riduan Tee, sebelumnya cuma seorang dua sahaja, malah ada yang tidak ada langsung YB yang hadir.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Alhamdulillah, semoga cahaya Islam terus bersinar di Bagan Serai.

-mat
anak Bagan Serai di Sweden

Idham Lim (林川興) berkata...

kami mendoakan saudara mat sentiasa dilindungi Allah selama diperantauan.