15 Jun 2008

Drs. Khalil : benteng pemisah telahpun roboh.

SIMPANG, TAIPING, 13 Jun :- Benteng yang memisahkan orang Islam dan perjuangan islam dengan kaum bukan Islam telahpun roboh sehinggakan rakyat non-muslim tidak ragu-ragu lagi memilih calon-calon beragama Islam untuk dimenangkan dalam PR ke 12 yang lepas. Demikian antar kandungan ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil idham Lim dalam forum Perdana yang diadakan disini malam tadi.

Forum perdana dengan tajuk " Melayu : ke mana arah tuju" mendapat sambutan yang menggalakan dari masyarakat setempat dimana ahli panelnya terdiri dari YB. Hj. Zainuddin Exco Agama negeri Perak,YB. Hj. Roslan shaharum ,Ahli Parlimen Bukit Gantang dan YB. Drs.
Khalil Idham Lim, ADUN Adun Titi serong. Forum telah dipengerusikan oleh Dr. Jamnul Azhar Mulkan.

Drs. Khalil sedang menyampaikan ucapannya.

Drs. Khalil menyatakan perjuangan bangsa akan berakhir dengan kekecewaan. Kerana itu serunya kepada hadirin supaya berjuanglah atas nama Islam dan sebagai umat Islam kerana baik sesuatu kumpulan bukan kerana bangsa tapi baiknya kerana Agamanya. Walaupun seseorang itu berketurunan Arab dan ada hubungan keluarga dengan nabi namun tetap menjadi buruk kalau tidak berjuangan atas nama Islam.

Dengan nada yang tinggi katanya :"jadikan Islam sebagai cara hidup kita untuk memastikan kita selamat". Jelas beliau minda rakyat difahamkan dengan fahaman seolah-olah Islam itu Melayu dan melayu Melayu itu Islam sedangkan Islam diturunkan Oleh Allah SWT untuk seluruh umat dimuka bumi ini, bukan hanya untuk orang Melayu.
YB. Hj. Zainuddin menyampaikan ucapan sambil diperhatin panel lain.

Mengupas petikan ayat dari surah Al Hujuraat ayat ke 13, ADUN Titi Serong itu menjelaskan Allah jadikan berbagai bangsa untuk kita kenal mengenal dan bukan untuk bermusuhan. Kembalilah pada Islam yg sebenarnya , sesuaikan cara hidup ikut cara hidup Islam bukanya sesuaikan Islam ikut cara hidup bangsa. Kerana itu katanya, Islamlah yang berperanan memurnikan kehidupan sesuatu bangsa sehingga bertamaddun.

6 ulasan:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

USTAZ,

Alhamdulillah.

Hebatnyer Melayu berkata...

salam ustaz.

Cara ustaz menyatakan didalam blog ini sebenarnya agak silap juga sedikit. sebenarnya penerimaan orang bukan Islam kepada orang islam dan juga orang Islam kepada orang bukan Islam telah lama berlaku sejak daripada pilihanraya pertama lagi di Malaysia. kemana ustaz menghilang selama ini sehingga tidak menyedari perkara ini. perjuangan kaum adalah hak masing dan ustaz tidak boleh melaungkan didalam blog agar orang Melayu tidak boleh memperjuangkan bangsa dan kaum Melayu. saya sedia maklum bahawa ustaz adalah seorang cina yang memeluk Islam tetapi ustaz tidak boleh mengajak orang melayu meninggalkan perjuangan kaum melayu. di Malaysia apabila disebut Melayu secara automatiknya seorang itu Islam lainla kalo kita menyebut seorang bumiputera di mana kita tidak dapat tau agamanya.
Jadi kesimpulannya apabila ita memperjuangkan kaum Melayu kita secara langsung memperjuangkan Islam. Ustaz sebenarnya patut mengikut rentak orang Melayu dan Islam bukannya mengajak orang Melayu mengikut rentak ustaz. dan seperkara lagi kebanyakkan pengundi Uztaz dahulu merupakan pengundi Melayu dan jangan sesekali ustaz melaungkan perkara yang berkaitan dengan meninggalkan perjuangan Melayu kerana Melayu itu tetap seorang Islam.

sekian teguran saya.

wassalam

Kurma berkata...

Inilah dipanggilkan matlamat yang tersirat dalam hati YB, matlamat YB kita tak tahu hanya Allah sahaja yang tahu, harap-haraplah kaum cina dapat hidayah memeluk islam menerusi ayat-ayat yang diperturunkan oleh Allah Ta'ala kepada nabi Muhammad s.a.w. untuk umatnya supaya menyebarkan tentang ajaran Islam kepada yang bukan Islam.

Hanya kuasa doa sahaja boleh membuka hati pintu orang yang bukan islam termasuk menyebarkan islam kepada mereka.

Idham Lim (林川興) berkata...

sya kira umunya telah mengetahui dinegara kita melayu telah terhakis segalanya termasuk agama islam yang sangat sinonom dengan melayu pada sejak 6oo tahun dulu. Sejarah membuktikan asal agama orang melyu adalah beragama hindu.

Mufti perak juga telah mendedahkan ratus ribu orang melayu telah keluar dari islam.

rentak perjuangan siapapun pun tidak boleh mengikut bangsanya walaupun saya cina. yang kita kena ikut adalah rentak islam. walaupun nabi muhammad adalah orang arab, tetapi rentaknya adalah ajaran islam yang diperjuangkan.

jadi apakah lebih sangat kepada perjuangan sesuatu bangsa melainkan mungkin kekecewaan.

Jadi marilah kita tegakkan ketuanan islam bukannya ketuanan sesuatu bangsa.

Kurma berkata...

saya pernah baca satu ayat tak tau surah mana sudah lupa mungkin yang arif tolong memperbetulkannya kata seorang tentera kepada nabi Muhammad s.a.w:

tentera: lihatlah seorang tentera kita mati berjuang untuk bangsa kita.

kata nabi: tiada pintu syurga buka untuk dia sebab dia hanya berjuang untuk bangsa kita sahaja melainkan agama Allah untuk semuanya.

Unknown berkata...

Salam,
Yb buat la ceramah atas tajuk yang lebih relevan. Apa sgt la asyik nak mempertikaikan 'MELAYU' tu?