16 Julai 2008

Pelik, sekatan jalan raya masih berterusan

KUALA LUMPUR, 15 Julai - Pengguna jalan raya dari arah Brickfield ke Pasar Seni dekat sini hari ini terkejut kerana polis masih mengadakan sekatan jalan raya di jalan berkenaan.

Sekatan diadakan di bahagian jalan belakang Stesen Keretapi Kuala Lumpur menghampiri Pasar Seni oleh beberapa anggota polis.

Mereka meletakkan kon di bahagian tengah jalan sementara sebuah 'Black Marea' pula diletakkan di bahu jalan dengan seorang polis mengawal di tengah-tengah jalan dan beberapa orang lagi memerhati di tepi jalan.

Sekatan itu mengejutkan beberapa penumpang yang menaiki bas bersama penulis dari Seremban.

Seorang penumpang dengan spontan bertanya "ada himpunan lagikah?, dalam laporan televisyen semalam kata tak ada himpunan di Parlimen pun, kenapa hari ini ada sekatan lagi?".

Timbul tanda tanya mengapa sekatan itu masih diteruskan, dan seperti apa yang dikatakan Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dalam satu ulasannya bahawa sekatan itu seolah-olah menjadikan 'zon perang'.

Namun dalam kenyataan balas Menteri Dalam Negeri, Dato'Seri Syed Hamid Albar, sekatan itu katanya dibuat untuk menjaga sebarang kemungkinan berlaku himpunan yang boleh menjejaskan Parlimen.

Malangnya, sehingga petang semalam tiada sebarang himpunan diadakan, malah Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri mengakui Pakatan Rakyat tidak merancang untuk mengadakan himpunan di Parlimen. _

3 ulasan:

Sue.Aleen berkata...

assalamualaikum YB Idham,
semalam bila saya menonton berita dan wajah syed hamid albar, dalam hati, sungguh terpancar tidak yakinnya.

"kami terima sms bla bla bla". adakah kerana menerima sms semuanya melompat tak ketahuan? perlu diingat sms jugaklah yang memburukkan nama Ustaz Harussani satu ketika dulu.

saya percaya pada satu perkara. kebanyakan mereka anwarfobia.

ketika kita takut kepada Allah, maka bangsa-bangsa, orang-orang yang jahat dan para penentang takut kepada kita. namun ketika kita tidak takut kepada Allah, maka Allah menjadikan kita takut kepada mereka. itulah yang tertera di kulit buku dr 'aidh abdullah al-qarni.

saya tidak mengatakan saudara DSAI itu sebegitu maksum. cuma mungkin kata-kata di atas kita patut renungi. bukan hanya dalam konteks dia, tapi juga orang lain. wallahu'alam...

Sue.Aleen berkata...

saya simpati dengan nasib sesetengah rakyat yang ada urgent case ari tu seperti menduduki peperiksaan CLP seperti yang diluahkan di dalam blog YB Lim Kit Siang. atau mungkin yang bermesyuarat? atau yang buang petrol/diesel atas jalan secara percuma? sungguh tertindas!

Idham Lim (林川興) berkata...

saya melihat keutamaannya ialah menuatkan kerajaan2 negeri yang telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat.