26 Ogos 2008

Berita terkini dari Mahkamah Seksyen Ipoh

IPOH ; Sebutan kes ke atas 2 orang Exco Kerajaan Perak dan lainnya sedang disebut di Mahkamah seksyen Ipoh. sekarang ini saya sedang mengikuti sebutan pertuduhan ke atas Exco Perak,Yb. Osman dan bekas ADUN Bota, Kapten (B) Husaili yang berada di kandang pesalah.

Mereka dituduh dengan 3 tuduhan rasuah antaranya dikaitkan dengan suapan RM 5000. keduanya tidak mengaku salah dan minta dibicarakan.Dan dibenarkan jamin RM 15000 dan seorang penjamin bagi setiap seorang. Hakim juga menetapkan tarikh sebutan pertuduhan berikutnya pada 15 September akan datang.

Sebelum itu di kamar Mahkamah Seksyen 3 hakim telah menetapkan sebutan pertuduhan kepada Yb.Jamaluddin pada 15 September 2008 dan beliau dibenarkan ikat jamin sebanyak RM 8000.

1 ulasan:

suratkhabarlama berkata...

Senjata orang yg beriman adalah doa..marilah kita beramai2 berdoa kepada Allah semoga kebenaran & keadilan ditegakkan di Malaysia ini..Amin