20 Ogos 2008

Sumpah keramat atau sumpah membawa sial ?

Sumpah keramat atau sumpah membawa sial , itulah yang pertama berligar dibenak pemikiran saya bila melihat Saiful bersumpah sambil memegang al Quran dihadapan Imam Mesjid Wilayah beberapa hari lepas.

Fikiran saya teringat kepada kalimat yang sentiasa keluar dari mulut orang Kelantan bila ada benda-benda aneh yang dilakukan seseorang terutama bila berkaitan aqidah Islam, terutama diperkampungan saya dilahir dan dibesarkan di Bachok. "nak kena panah litar dia nih" dengan maksud "boleh kena sambaran petir dia ni".

Saya terkejut dengan kegagalan beliau melafazkan skrip yang dihafalnya dengan betul dia dia mengucapkan wataalahi....dan diperbetulkan oleh tuan imam yang duduk disebelahnya.

Menjadi tanda tanya kenapakah ianya dilakukan sehari sebelum hari penamaan calon Permatang Pauh, begitu juga jawapan yang diberikan oleh Saiful mengenai perkara yang sama nampaknya semacam melepas batuk ditangga.

Bagi empunya diri tentunya dia merasakan sumpahnya membawa sesuatu natijah yang baik dan rakyat percaya dengan apa yang dilakukan. Kalau tidak masakan dia sanggup melakukannya perkara besar dan yang akan membawa resiko yang besar pada dirinya atau orang lain yang dituduhnya.

Namun sebaliknya sumpah ini saya rasakan banyak membawa sial . Buktinya saiful sudah menghilang dan nampak mula takut untuk bertemu dengan warawan dan keluar kekhalayak ramai. Walaupun desas desus yang saya dengar semasa berlangsung muktamar dari beberapa pihak si Saiful nak keliling semua mesjid di Permatang Pauh untuk bersumpah perkara yang sama.

Berita Harian hari ini melaporkan Saiful melarikan diri daripada wartawan yang menunggunya selesai memberikan keterangan dipercayai berhubung dakwaan liwat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini, tengah hari ini.

Beliau dipanggil pegawai siasatan Jaip dipercayai berhubung dakwaan liwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mohd Saiful yang keluar melalui pintu belakang jam 1.15 tengah hari, terus menaiki Proton Waja yang sedia menunggunya dan dipecut laju.

Kalaulah dia dipihak yang benar, silakan beri keterangan dan penjelasan kepada wartawan yang sudah lama menunggu.

Sedangkan DS.Anwar Ibrahim saban malam berkempen mempertahankan dirinya yang difitnah sedemikian rupa.

1 ulasan:

dariana berkata...

memang senang melafazkan sumpah dari lidah dan hati yg tidak bertulang. kalau si saiful itu tidak dipanah halilintar hingga mati sebagai kifarat, tentu orang akan fikirkan sesuatu. maka akan bermulalah penjenayah2 menggunakan sumpah; tidak akan bergunalah mahkamah. lepas PRU12 ni macam2 ada; sikit2 laporan polis, pengakuan bersumpah, tarik balik pengakuan bersumpah, bersumpah di masjid, menyokong sumpah, mempermainkan sumpah>>>lama2 jadi spesis sumpah2.