15 Oktober 2008

PANDANGAN SERONG TERHADAP ISLAM TELAH PUN BERAKHIR




SUNGAI SIPUT,12 Okt:- Pandangan serong terhadap Islam sejak 50 tahun lalu telah berakhir pada Pilihan Raya yang lepas apabila kaum Cina dan India memberi sokongan kepada calon-calon PAS. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs.Khalil Idham Lim dalam program Hari Terbuka PAS kawasan Sungai Siput di sini hari ini. Pada Program tersebut, Drs. Khalil meminta para hadirin memberi tepukan gemuruh kepada kaum Cina yang hadir kerana nenek moyang mereka lebih dulu memeluk Islam.

"Parti PAS ditakut-takutkan kepada orang Cina dan India, kononnnya kalau kami menang orang Cina tidak boleh makan babi, tidak boleh mempunyai kuil dan berbagai lagi", namun sekarang ini pembohongan tersebut tidak dipercayai lagi", katanya.