24 Disember 2008

Drs. Khalil : Pentingkan pendidikan solat untuk anak-anak

KUALA KANGSAR , 13 Dis :- Ibu bapa mestilah mementingkan pendidikan solat untuk anak dan ahli keluarganya kerana dengan itu saja dapat melahirkan sebuah keluarga yang mendapat keberkatan dari Allah SWT, Firman Allah SWT "Sesungguhnya solat itu dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar", demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim semasa menutup program Motivasi Keluarga di sini.

Program sehari anjuran Sekretariat DUN Bukit Candan itu melibatkan hampir 200 orang pelajar berserta ibu bapa masing-masing. Drs. Khalil juga menekankan program seumpama itu dapat membantu kerajaan melahirkan masyarakat yang celik agama dan sekaligus mengamalkannya. "Hanya agama Islam yang akan menyelamatkan apa saja bangsa di dunia ini". tegasnya.

Khalil sedang memberikan ucapan penutup.