17 Januari 2009

Berita dan gambar Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 16 Jan :-Suasana kempen Pilihan raya di Kuala Terengganu sampai di kemuncaknya pada hari ini apa bila segala usaha kempen yang dilakukan oleh pihak yang bertanding untuk memenangkan calon masing-masing.

Saya menyeru seluruh pencinta kedamaian dan kemenangan Islam supaya menggunakan masa-masa ini digunakan untuk mendoakan kemenangan calon PAS, Hj. Abdul Wahid Endut.

Perang poster nampaknya sudah menjadi tradisi di mana saja diadakan pilihan raya apa lagi pilihan raya kecil. Malah di sesetengah tempat hampir tidak ada tempat lagi untuk menggantung dan memacak gambar labang parti calon. Namun semuanya menghormati kawasan istana yang ada di sekitar bandar Kuala Terengganu dengan tidak memasang poster di kawasan itu.

Malam tadi kempen PAS dan BN berjalan rancak dimerata-rata tempat, berkebetulan malam ini saya mendapat pengesahan dari Jentera Pilihan raya PAS yang telah mengarahkan semua ceramah ditiadakan. Semua pihak akur dengan arahan tersebut walaupun ada UPU yang masih merancang mengadakannya pada malam ini.

Namun begitu media khutbah dapat digunakan pada siang hari Jumaat ini. contohnya YAB Menteri Besar Perak akan menyampaikan Khutbah Jumaat di Mesjid Pengadang Baru Jalan Kuala Berang.

Aliran penyokong dari kedua pihak terutamanya dari Pakatan Rakyat dijangkakan akan bertali arus sehinggalah ke malam ini. Misalnya semasa saya mengikuti kuliah subuh di Masjid Rusila pagi tadi didapati banyak dari mereka adalah yang baru sampai dari negeri masing-masing termasuklah dari Negeri Perak.

Diharapkan dalam suasana bertenang hinggalah ke masa mengundi pada esok hari tidak ada sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku.

Maaf, ada masalah komputer sehingga gambar tidak dpat dimasukakn sehingga sekarang.WM.