09 Februari 2009

Abdul Hadi : Wajib pertahan amanah.

IPOH ; Nizar tidak meminta sedekah jawatan dan beliau diminta memegang dan diberi kepercayaan, kerana diberi maka wajib dia mempertahankan amanah itu, kata DS TG Hj Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya.

Beliau dipilih melalui pilihanraya, walaupun dia seorang manusia yang ada kelemahan tetapi beliau tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya, Kata Abdul Hadi.

"Sila beritahu apakah penyelewengan yang beliau lakukan jika ada, ada rasuah dan sebagainya." tanya Abdul Hadi.

Kita berkumpul untuk menyatakan kepada seluruh Rakyat dan seluruh dunia bahawa DS adalah MB yang sah dan dia masih Menteri Besar.

"Kalau hendak dihentikan mesti dengan cara yang beradab bukannya dengan cara merompak di tengah jalan."

Tanya "adakah rakyat Perak boleh menerima kerajaan penyamun ?"

Pakatan Rakyat telah mengumpulkan rakyat dari berbagai bangsa dan agama bersatu dengan sebulat suara untuk menentang BN yang tidak ada maruah dan harga diri.

Presiden PAS itu mengajak semua menunjukkan sikap dan bangkit dengan kesedaran, laksana pokok yang berbuah untuk manusia.

Kita akan bangkit sebagai umat Malaysia yang berbagai bangsa dan agama untuk menegakkan kebaikan, kerana kita berada dalam satu kapal dan jangan benarkan orang tebuk kapal itu.

"Mari kita menghalau hantu dan jembalang yang berkuasa di Perak." seru Abdul Hadi.

"Cantas pemimpin-pemimpin yang celaka dan humbankan ke laut." katanya diakhir ucapan.