21 Februari 2009

Anwar dakwa BN terus cuba musnahkan Pakatan

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa bahawa Umno cuba merasuah wakil rakyat di negeri dikuasai pakatan pembangkang untuk memujuk mereka menyertai Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa kononnya ejen-ejen pemimpin Umno juga menggunakan kaedah tidak beretika lain termasuk mengugut untuk membuat wakil rakyat pakatan tersebut supaya meninggalkan parti masing-masing dalam usaha mereka mahu menjatuhkan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang

Ketika berucap membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mendakwa beliau mempunyai bukti-ibukti yang menyokong dakwaannya.

Beliau memberitahu pemberita di luar dewan kemudian bahawa beliau mempunyai rakaman TV litar tertutup bagi membuktikan ejen-ejen Umno menawarkan rasuah dan akan mengemukakan bukti berkenaan apabila tiba masanya.

Menyentuh mengenai perkembangan politik di Perak, Anwar (PKR-Permatang Pauh) mengulangi pendiriannya tidak bersetuju dengan cadangan Pengerusi DAP Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah, sebaliknya bersetuju jika kerajaan negeri yang disifatkannya tidak sah, disaman.

Kerajaan Perak kini dikuasai BN selepas tiga Adun bebas di negeri itu menyatakan sokongan kepada BN yang mempunyai 28 kerusi, menumbangkan pakatan DAP, PAS dan PKR yang juga mempunyai 28 kerusi.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YA ALLAH TUNJUKKAN LAH KEBENARAN. SESUNGUHNYA KAMI RAKYAT & PEMIMPIN PR TELAH TERINAYA. AMIN!!!

Tanpa Nama berkata...

biasalah...ini keje siNajib Altantuyalah...dia dah desperate sgt....sbb die akan jadi PM nanti...jadi....sedangkan Altantuya pun die dah 'selesaikan' dgn kuasa yg ade...apalagi pembangkang...lagi die alergik.....nampak sgt munafik dan gila kuasa UMmmmmph NO.....die buat boleh, semuanye ikut pelembagaan.....pembangkang tidak....bullshit betul....

Tanpa Nama berkata...

BN nak musnah PR dan PR nak musnah BN!
So what is the problem?
Janganlah masa awak nak musnahkan orang itu OK tapi bila orang nak musnahkan awak NOT OK

Tanpa Nama berkata...

Perkara ni takkan selesai selagi UMNO/BN masih berkuasa di peringkat pusat.Segala-galanya dia ada..Apa yang ada pada kita???Suara rakyat???BN dah nafikan di Perak.Langkah yang terbaik adalah mohon DSAI meneruskan agenda 16.Sept agar kerajaan pusat berada di tangan PR..Inilah langkah yang terbaik dan dapat mengelakkan PR dibuli dan diinjak-injak...Fikir2kan.

Tanpa Nama berkata...

Apa shaja yang menghalang cita-cita Najib dia akan hapuskan..guna bom ke, peras ugut ke, ape ke..Semua bagi nya Halal...Dah tersepit..dan-dan tu mendaulatkan Raja..Dulu Imuniti Raja-Raja sapa yang cabulkan? Kan ke UMNO

Tanpa Nama berkata...

BN nak musnah PR dan PR nak musnah BN!
So what is the problem?
Janganlah masa awak nak musnahkan orang itu OK tapi bila orang nak musnahkan awak NOT OK <----- perumpmaan antara BN ngan PR ialah ibarat Israel Yahudi laknatulLah dengan rakyat palestin.... BN ibarat Isreal yang guna segala jenis kekuatan senjata moden manakala PR hanya guna batu2 di tepi jalan untuk dilastik/baling kepada tentera Yahudi dan mereka dibalas dengan hujan bom dan peluru... Adilkah itu... ??? Kalau mau bertarung biar di padang yang rata... Nanti kelak terimalah balasan daripada Allah wahai pemimpin UMNO /BN yang telah banyak melakukan dosa dan aniaya kepada rakyat... Sesungguhnya janji Allah pasti berlaku... Setiap kezaliman pasti akan dibalas walau sebesar zarah atom sekalipun.

Unknown berkata...

Zaman Rasulullulah dulu,kalau nak berperang,baginda akan bagitahu pihak lawan dulu,nak serang..baru adil..ni baru namanya pertempuran di medan perang..bukan dalam longkang spt yg dilakukan BN..

Tanpa Nama berkata...

mlm ini 20.2.09- crmh pelancaran PRK Bukit Gantang, jam 9.00 mlm di Markaz Bukit chempedak Bukit Gantang- Penceramah YAB DS Nizar Jamaluddin , YB Ngo Ko Meng , YB Khalil Idham Lim- Semua dijemput hadir

MJ guevera berkata...

assalamualaikum semua....
saya pelik hairan dan terfikir.....mengapa tidak diperangkap sahaja pemberi rasuah dari umno itu?..
rakyat amat berharap agar semua salah laku ini dapat dibuktikan dgn bukti yg kukuh....maafkan saya jika terfikir begini keran pada hemah saya sekadar bercakap sahaja hanya membazirkan masa aja.....kini tiba masanya untuk PR buktikan segala salah laku tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu kena perangkap depe macam kes linggam. kalau perangkap orangnya saje tak guna nanti orang tu ghaib. Rasanya najis ni ada bela jin yg boleh menghaibkan orang.

Tanpa Nama berkata...

( BN nak musnah PR dan PR nak musnah BN!
So what is the problem?
Janganlah masa awak nak musnahkan orang itu OK tapi bila orang nak musnahkan awak NOT OK )

memanglah not OK, sebabnya awak tak ikut perlembagaan. Walau PR nak musnahkan BN, gunakan kaedah pilihanraya, guna saluran Dewan Rakyat. Dan perancanan masih terus berjalan tanpa merosakkan sistem negara. Baru ada akai?

Tanpa Nama berkata...

Drs,Pendedahan DSAI di Parlimen akan terakam kemas sebagai satu dokumen yg akan dibaca dan kaji oleh jenerasi akan datang.Perlaku ahli siasah dr UMNO yg korup.Hansard Parlimen yg wajar diulangsiar di laman YB.Mohon diusahakan. Citra Permatasari.

Tanpa Nama berkata...

Ini kan Politik. Anwar pun buat kerja tu juga. Masalah nya sekarang dia yang terkena. Tu yang terjerit terlolong tu.