20 Februari 2009

Speaker ada kuasa gantung MB, enam exco - Dr Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 19 Feb : - Sungguhpun Dato' Dr Zambry Abdul Kadir Zambry tidak berpuas hati dengan Speaker DUN Perak, V Sivakumar atas keputusannya menggantung dan melarang beliau dan enam Exco daripada menghadiri sesi DUN, namun tindakan itu dibuat mengikut peruntukan kuasa yang ada.

Demikian pandangan pensyarah undang-undang Profesor Dr Aziz Bari yang menyatakan bahawa Sivakumar selaku speaker mempunyai kuasa untuk berbuat keputusan tersebut.

"Speaker ialah ketua Dewan...pada asasnya," katanya dan menyatakan terdapat kes penggantungan anggota Dewan Undangan Negeri oleh speaker DUN dan anggota Parlimen oleh speaker Dewan Rakyat sebelum ini.


"Kuasa speaker adalah sama di semua negara Komanwel," katanya dalam sebuah laman web.

Abdul Aziz berpendapat di peringkat persekutuan, Speaker Dewan Rakyat sebelum ini pernah beberapa kali membuat keputusan yang dianggap 'tidak munasabah, menolak usul, menggantung Ahli Parlimen dan sebagainya'.

"Kali ini giliran BN pula merasa," katanya.

Abdul Aziz memberitahu bahawa Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin mempunyai hak untuk membawa kes itu di makamah atas sebab 'posisi kabur kerajaan Zambry.'

Sementara itu peguam Karpal Singh juga turut bersetuju dengan tindakan Sivakumar dan menyatakan bahawa ianya di bawah bidang kuasa beliau selaku Speaker.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa susah sangat rakyat(penyokong BN) nak paham semua ni?
elok dipelangkong kepala tu kot, baru nak mudah paham...

fital berkata...

Pak lah said defy the ban. So who is right, who is wrong.What action can be taken if they defy the ban. Whose ordered should be folowed.It seems that there is no ending untill the new election be held.

Juraimi Zainal berkata...

UMNO totok kat Melaka tu pun kata keputusan Speaker tu adalah sah...

fikrah islamiah berkata...

Minta orang undang2 dan juga Dr Abdul Aziz Bari cek balik, betulkah dakwaan orang UMNO bahawa kuasa speaker hanya dalam dewan saya. di luar dewan tiada kuasa. Ini point penting.

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

dengan berkuatkuasanya penggantungan tersebut, maka secara sah dah rasmi wujudlah sebuah kerajaan wayang kulit dan kerajaan boneka di Perak.

Itulah padahnya bila kita bebal minda, pendek timbang akal, dan gelojoh nafsu.

Kalau anak jantan, bubar saja DUN Perak. Kita serahkan balik kepada rakyat. Tengok siapa yg mereka nak.

ISLAM UNTUK SEMUA, PAS UNTUK SEMUA.

www.pemudakemehe1.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Drs,Kesejahteraan emosi wajar dimantapkan dikalangan ahli PAS dan penyokong nya..Dgn iklim politik yg libang libu di negeri Perak,dgn sedikit "bushfire" amarah akan marak.BN menunggu aksi latah itu utk meneruskan agenda bacul mereka.Program solat hajat di kediaman MB wajar diteruskan ke peringkat akar umbi.Sekadar pandangan. Citra Permatasari.

Tanpa Nama berkata...

WAMAKARU WAMAKARALLAH WALLAHU KHAIRULMAKIRIN...
Sama2 lah kita berdoa solat hajat bermunajat agar tumbang kerajaan UMNO/BN pada pilihanraya2 selepas ini.. ameen