23 Februari 2009

Drs. Khalil : Pendidikan Islam kuatkan akidah.

PARIT, 21 Feb :- Pendidikan Islam akan melahirkan insan yang kuat pegangan akidahnya sehingga bila terlibat dalam perjuangan untuk menegakkan Islam seseorang itu tidak mudah melompat seperti yang dilakukan oleh ADUN Bota. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa merasmikan Sukan Tahunan Sekolah Rendah islam Nurul Ihsan di Stadium Mini Bakri Rais disini.

Kejohanan sukan tahunan itu dihadiri oleh semua pelajar sekolah berkenaan bersama ibu bapa masing-masing. Pelbagai acara dipertandingkan disamping diadakan cabutan bertuah.

Hadir sama ialah Penyelia DUN Belanja, Ust. Ismi Mohd Taib dan Penyelia DUN Bota, Kapten (B) Husaili Alias.

Beliau juga mengatakan sukan adalah satu sunnah yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah. Nabi Muhammad mengadakan perlumbaan lari dengan isteri Baginda.Disamping itu kita diajar supaya mendidik anak kita bermain pedang, menunggang kuda dan berenang.

Perbarisan kontinjen pasukan yang bertanding.

"Kalau pendidikan Islam melahirkan insan yang kuat pegangan Islamnya, sukan adalah satu cara untuk melahirkan insan yang kuat jasmaninya" Katanya.

Drs. Khalil juga berharap acara tahunan itu dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan guru.

Penyampaian hadiah kepada pemenang.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sesungguhnya semulia2 kamu di sisi ALLAH adalah mereka yang lebih bertaqwa di antara kamu.