13 Mac 2009

8 didakwa hina Sultan Perak

KUALA LUMPUR 12 Mac – Unit Jenayah Perdagangan Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara buat pertama kalinya akan mengheret penulis blog yang memberi komen-komen menjurus kepada perbuatan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke Mahkamah Sesyen di empat buah negeri, esok.

Dua penulis blog yang terdiri daripada orang awam itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini dan seorang lagi di Petaling Jaya, Selangor.

Pendakwaan ke atas beberapa individu lain yang menghina Sultan Perak juga akan dibuat di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah dan Butterworth, Pulau Pinang.

Sementara di Kuala Terengganu, pendakwaan akan dijalankan pada Ahad ini.

Difahamkan mereka yang terlibat akan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Seksyen 233 akta tersebut menyatakan, pengendali laman web dan blog yang menyebar kandungan bersifat jelek, mengancam dan mengugut boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekiranya sabit kesalahan.

Sungguhpun begitu, andai kata mereka yang terbabit tidak hadir ke mahkamah seperti yang diarahkan maka pihak pendakwaan bercadang memohon supaya mahkamah mengeluarkan waran tangkap.

Mereka ditangkap ekoran pemantauan yang dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ke atas laman blog yang banyak menyiarkan komen-komen menghina Sultan Azlan Shah.

Difahamkan, pada 16 Februari beberapa orang pegawai eksekutif Teknologi Maklumat yang bekerja di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selepas membaca komen yang menghina Sultan Perak dalam blog tersebut.

14 ulasan:

Unknown berkata...

kite da mcm thailand plak...

Tanpa Nama berkata...

MENGHINA ALLAH DAN ISLAM ADALAH LEBIH BESAR DOSANYA DARI MENGHINA SULTAN..... harap golongan ini dapat ditangkap dan didakwa.... jgn hanya ditangkap tapi tidak didakwa, bertahun-tahun disimpan dikamunting, kpd peguam negara diminta jalankan tugas anda.... WITHOUT FEAR OR FAVOUR.....

Tanpa Nama berkata...

sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan terseksa. terlajak perahu dapat di undur, terlajak kata terimalah padahnya

Unknown berkata...

ustaz,saya akan ke parit buntar minggu depan..harap ustaz dapat melwt hospital parit buntar..mekasehh

Unknown berkata...

Wartawan Iraq yg membaling kasut kepada Bush dipenjara 3 tahun atas tuduhan menghina mantan presiden itu. Di Malaysia sesiapa yang menghina Sultan boleh dipenjara 1 tahun.

Cuma ramai yang menghina Allah menerusi cara berpakaian dan pergaulan, termasuk artis dan isteri pembesar-pembesar kita, tetapi tiada hukuman dikenakan. Mengapa?

Unknown berkata...

kenapa komen sy tidak disiar?

Tanpa Nama berkata...

KAMI NAK DERIS NATANG!... Puak2 yang buat sepanduk kat Terengganu ni tak kena dakwa ke???

Tanpa Nama berkata...

Puak2 KAMI NAK DERIS NATANG! Tak kena dakwa ke???

Tanpa Nama berkata...

KAMI NAK DERIS NATANG! Puak2 ni tak kena dakwa ke???

Tanpa Nama berkata...

Drs,Menurut sumber "mereka" gagal mennyantuni sabar lalu marak amarah dilontar sumpah seranah di "Buku Tetamu DYMM Tuanku".Syukur jua mereka bukan dr kalangan anak negeri. Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

Saidina Ali pernah diludah (hina) oleh musuh perangnya...beliau bertanya pada musuhnya "kamu ludah (hina)aku kerana rupaku atau kerana islamku"jawab musuh perangnya aku ludah kamu kerana rupa parasmu ...Saidina Ali melepaskan musuh perang...

Tanpa Nama berkata...

ini namanya dakwaan berpilih-pilih, ada yang salah sikit je kena tangkap, sedangkan yang salah besar lepas bebas malah dijulang sebagai pembela sultan padahal merekalah yg menghina raja2 hingga ketahap yg paling rendah..... rujuk balik sejarah 1993.....

Tanpa Nama berkata...

ape la nak jadi dgn malaysia..benda kecik cam2 pn nak kena dakwa..report polis aku buat pasal org tipu duit aku sampai skg xder kabar berita..senyap jek

Tanpa Nama berkata...

I AGREE THAT ... HUKUM ALAM AKAN MENENTUKAN SEGALANYA .. JIKA NAK DIPERSOALKAN PERMASALAHAN INI TAK KAN MENANG KITA SBG GOLONGAN RAKYAT KECIL SMENTARA BERMAHARAJALELA PUAK2 DARI BANI KERAJAAN YANG BERLAGAK SEPERTI KEARAB-ARABAN PADAHAL MEREKALAH PETUALANG DUA MUKA..SULTAN NAN ADIL AKAN TERLIHAT DARI KEPERIBADIAN YANG SEJATI DAN HAKIKI ...MOGA MALAYSIA TIDAK MENJADI PADANG JARAK PADANG TERKUKUR DEK AKIBAT OLAH MANUSIA YANG SUDAH ANEH-ANEH...