16 Mac 2009

MBI roboh plak "Pokok Demokrasi" .


DIROBOHKAN.. Plak "Pokok Demokrasi" yang diletakkan oleh kerajaan Pakatan di Perak sebagai mengingati tempat mesyuarat DUN tergempar dua minggu lalu telah dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh hari ini.


IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini merobohkan plak peringatan 'Pokok Demokrasi' yang dibina oleh Pakatan Rakyat untuk memperingati peristiwa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok pada 3 Mac lepas.

Exco kudeta Perak, Mah Hang Soon berkata tindakan meroboh plak itu adalah mengikut undangundang kerana pembinaannya merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 iaitu menyebabkan halangan di tempat awam.

"Saya tidak anggap kes ini sebagai satu kes yang istimewa kerana sebarang pembinaan secara haram tanpa kebenaran MBI akan diambil tindakan sewajarnya mengikut undangundang," katanya mengulas mengenai tindakan pekerja MBI membersihkan kawasan berkenaan pagi ini.

Semalam, MBI mengeluarkan notis mengarahkan pemilik plak 'pokok demokrasi' yang terletak di Medan Istana di sini supaya merobohkan tugu berkenaan dalam tempoh 24 jam.

Notis itu ditampal pada pokok hujan berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan dan menjadi tempat persidangan 27 Anggota Dewan Undangan Negeri pembangkang yang gagal memasuki Dewan. Persidangan yang dikatakan sah itu meluluskan tiga usul termasuk pembubaran DUN.

Notis yang ditandatangani Pegawai Undangundang MBI, Syahrul Azrin Ghazali bagi pihak Datuk Bandar Ipoh menyatakan pembinaan tugu itu menyalahi Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana menyebabkan halangan di tempat awam.

Dua hari berturut-turut sebelum ini, plak berkenaan telah dipecah dan disimbah cat oleh pihak yang tidak diketahui.

Sejak dibina dan penanaman lima anak pokok hujan oleh YAB. Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin minggu lepas, kawasan berkenan menjadi tumpuan ramai pelawat bukan sahaj dari negeri Perak malah seluruh negara termasuklah pelancong asing.

2 ulasan:

Unknown berkata...

buat je lg.. ape plak main undang ni..

Abuarif berkata...

Yang tersurat adalah merobohkan plak.Apa yang lebih penting adalah yang tersirat disebalik perbuatan tersebut.Ini menunjukan bahawa pegawai-pegawai kerajaan(yang besar-besar)sebenarnya tak profesional dan masih menyebelahi parti-parti tertentu,pegawai kerajaan sepatutnya bersifat berkecuali dan patuh kepada pilihan rakyat.Parti yang mana memerintah mereka terus berkhidmat seperti biasa.

Tetapi apa yang berlaku sebaliknya,dek terlalu lama diperintah oleh satu parti mereka sukar/tidak menerima pendekatan lain.Apalagi pandangan/peneriman mereka kepada wakil-wakil rakyat dari parti lain dinegeri negeri yangdiperintah parti lain.AMAT SUSAH UNTUK TUKAR MINDSET INI.