25 Mac 2009

Sekat pengaruh besar Harakah, 'pengakuan kalah' pusingan pertama BN

Mahfuz Omar

Tidak mampu berhadapan dengan pengaruh besar akhbar Harakah yang berperanan mengubah minda rakyat terhadap perjuangan Pakatan Rakyat selama ini dilihat sebagai punca tindakan menggantung permit Harakah selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta semalam.

Tindakan ini secara tidak langsung merupakan 'pengakuan kalah' kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai media arus perdana seperti TV1, TV2, radio, akhbar dan stesen televisyen swasta tetapi tidak mampu untuk memulihkan imej BN dan Umno yang semakin buruk di mata rakyat yang senantiasa mendapat maklumat tepat dan benar daripada akhbar pembangkang.

"Ia adalah usaha untuk menyekat pendedahan maklumat berhubung situasi politik yang bercelaru dalam negara khususnya membabitkan parti yang 'bergelumang' rasuah seperti Umno termasuk pemilihan parti dan pemimpinnya.

"Mereka berusaha menutup maklumat tentang politik gawat Umno yang akan memberi kesan kepada pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai,"

Ianya bertujuan untuk menonjolkan 'kejaguhan' Menterinya Dato' Seri Syed Hamid Albar supaya dilihat mampu menyekat kemaraan pembangkang dengan mencantas media alternatif yang sedia ada kerana beliau mahu meraih sokongan untuk bertanding sebagai calon Naib Presiden Umno dalam pemilihan di perhimpunan parti itu. Walau apa jua tindakan defensif Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan parti pemerintah, ia sama sekali tidak akan dapat memulihkan imej dan wajah Umno yang sudah terpalit dengan gejala rasuah yang parah dan kepimipinan yang bobrok.

"Jika ikut peruntukan yang sedia ada, KDN mesti memanggil Harakah dan bersedia mendengar penjelasan malah jika tidak puas hati atau Harakah tersilap lapor atau mana-mana pemimpin Umno rasa terjejas, mereka boleh ambil tindakan undang-undang sepert lazim yang dilakukan.

"Jelas tindakan ini akan memburukkan lagi imej BN-Umno di mata masyarakat dan juga antarabangsa yang tidak mendukung aspirasi dan melaksanakan amalan demokrasi dalam negara,"

Rakyat sudah pasti tidak berdiam diri apabila maklumat dan laporan tidak sampai kepada mereka dan akan beralih kepada internet seperti Harakahdaily. net, laman-laman web pembangkang dan blog-blog. "Apatah lagi kini kita bertembung dengan Umno dan BN di padang yang tidak sama rata apabila sumber media kita telah dicantas dan 'senjata' kita telah dilumpuhkan maka akan membangkitkan lagi kemarahan orang ramai yang mahukan maklumat yang sebenarnya.

"PAS akan berusaha yang terbaik untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat dengan mengedarkan risalah, buletin-buletin tidak berkala dan akan memantapkan lagi Harakahdaily. net dan berharap agar semua blogger dan laman-laman web alternatif akan terus menyokong dan membantu kempen kita,"

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah demokrasi Malaysia ala UMNO
Pemimpin2 UMNO/BN lebih hina dari pondan siam.

Jahanam UMNO Jahanam BN
HIDUP HIDUP.. HIDUP ISLAM!
HANCUR HANCUR.. HANCUR UMNO!
ALLAHUAKBAR!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam ustaz...

biarkan si luncai terjun dgn labu-labinya...wakakka.. Apa nak heran ustaz. Sekat la harakah tu. saya pun dulu jer langgan harakah. skrg ni tidak lagi. zaman dah berubah dah. klau xde internet sendri pun, cc banyak. apa nak takut. ayah saya skrg ni umur dia 57 tahun, dulunya dia pun org umno pekat. so akhbarnya pun utusan dan berita harian jer la. Tp sejak masuknya tahun 2000, dia dah tukar kepada harakah. saya tanya kenapa dia tukar? dia kata dah bosan. hari2 cerita yg sama. kalau satu2 cerita tu sampai 3-4 minggu x habis2. xde kemajuan langsung. dah tu pula klau PR semua x betul, klau BN x pernah salah katanya. Jgnkan nak mengaku salah, mengaku tersilap pun xder. hujung tahun 2007 dia jadi lebih advance bila tiba2 dia minta saya ajar dia search guna internet. Nak cari harakah susah katanya. stock selalu putus dan lambat. La ni di dah terror. siap dah pandai hantar komen2 pada blog2 lagi tu. setakat nak tgk harakah on line, small matter la kan.

Alhamdulillah..Mungkin Allah nak tunjuk pada dia.Itulah satu isyarat bahawa umno semakin pupus. org tua seusia ayah saya pun dah tolak umno. org tua seusia ayah saya pun dah tau guna internet. Itu bagi yg nak tahu kebenaran. lihat dari berbagai sudut. So umno dapatlah undi2 hanya dari org2 tua yg x berapa bijak. yg sebenarnya dah tinggal x berpa kerat je. dah hampir pupus mcm umno jugak. tu yg umno beria2 nak jaga, xmau kasi tau fakta sebenar takut nanti diaorg melompat parti. Umno ni pun satu ngok.. org tua jenis menyokong umno ni kebanyakannya ialah jenis org tua yg x baca suratkhabar pun. jgnkan harakah, berita harian dgn utusan pun dia x tau apa binatang. so apa nak diherankan. esok lusa klau diaorg padam, umno pun padam sama laa..
Jadi, biarkan je la doa org buat benda2 bodoh tu. lagi mereka buat lagi la org perasan akan keburukan mereka. So halanglah...apa lagi yg nak dihalang? kerajaan umno ni buat la akta internet plak. sapa yg guna internet sumbatkan semua kat ISA. kan senang mcm tu. hehehee... bodoh punya najis umno...

(harapan63)