28 April 2009

Isu lembu: MB Selangor saman fitnah Ketua SPRM

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengemukakan saman fitnah terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said dan dua yang lain kerana mendakwa menyalahgunakan dana kerajaan bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban dan menyelenggara kereta.

Kes saman fitnah difailkan di Kuala Lumpur hari ini.

"Tan Sri Khalid tidak memohon pampasan kewangan, beliau mahu nama baiknya dibersihkan," kata peguamnya, Sankara Nair kepada wartawan selepas memfailkan writ saman di Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pukul 3 petang tadi.

Sankara berkata, Ketua Pesuruhjaya SPRM, di bawah Akta SPRM tidak diberikan kuasa menyatakan kepada media mengenai hasil siasatan.

"Oleh itu mereka telah melanggar akta tersebut," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, kuasa mutlak untuk menentukan sama ada terdapat cukup bukti terletak pada Peguam Negara.

"Tindakan Ketua Pesuruhjaya (SPRM) mendakwa anak guaman saya telah terlibat dalam salah laku, dalam kenyataan rasminya pada 21 Februari lalu, merupakan satu serangan ke atas reputasi dan bertujuan memfitnah beliau," katanya.

Khalid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi tumpuan berhubung isu menggunakan dana kerajaan untuk membiayai usaha pemberian lembu-lembu korban bernilai lebih RM110,000.

Dana itu dikatakan daripada sumbangan daripada enam anak syarikat dan syarikat bersekutu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), yang ingin mengagihkan lembu berkenaan di surau-surau di kawasan Parlimennya, Bandar Tun Razak, pada Hari Raya Aidiladha, Disember lepas.

Sebelum ini, Khalid menafikan dakwaan sedemikian.

Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) hari ini membuat aduan kepada SPRM Selangor dan meminta badan itu menyiasat kemungkinan wujud unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam urusan pembelian lembu korban itu.

Pada 20 Februari lalu, Ahmad Said mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya ada bukti dan keterangan kukuh berhubung dakwaan Khalid menyalah guna wang kerajaan negeri bagi menyelenggara kereta peribadi dan pembelian 46 lembu untuk korban sempena Aidiladha Disember lalu. Mstar.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku setuju dengan tindakan MB Selangor ini.

Abdullah Ngah berkata...

Pesuruhjaya SPRM guna hawa nafsu semata-mata hendak tolong Umno/BN.

Macam hendak tolong orang berak ditengah jalan yang memang tidak mengaku melakukannya.

Padan muka.

Memang saman Tan Sri Khalid tidak jalan, kerana kuasa ada pada mereka.

Penguam negara orang Umno, ketua Hakim orang Umno, Ketua polis orang Umno.

Maka apa yang dibuat oleh pembangkang tiadalah hasilnya.

Apa yang dibuat oleh pembangkan semuanya ada asas dan bukti yang kukuh.

Apa yang dibuat oleh orang Umno semuanya tiada asas, tiada bukti kukuh walaupun ada bukti dengan pembabitan mereka.

IRON MASK berkata...

salam....aiseyman...apsal tak tuntut ganti rugi....tuntutla banyak banyak....nanti dah dpt...leh bagi kat rakyat selangor....air free...letrik free....beli lembu kambing n ayam utk rakyat selangor...kan baguih mcm tuuuuu....tuntut la wahai TS khalid....guna duit tu untuk bantu rakyat selangor nanti.....