31 Mei 2009

PPP : Satu kapal 2 nahkoda.

KUALA LUMPUR: Di sebalik krisis kepimpinan, Datuk M. Kayveas mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) hari ini.

Kayveas menyandang jawatan itu sejak 1993.

PPP pimpinan Kayveas mengadakan proses penamaan calon pemilihan pusat hari ini, selama tiga jam bermula 9 pagi tadi.

Ia diadakan di Ibu Pejabat PPP di Jalan Kg. Attap di sini.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah yang dipilih oleh kumpulannya sebagai Presiden PPP mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti tersebut di Sentul. Mstar.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haha.. macam2.. satu parti.. 2 mesyuarat.. dua pemilihan... umno oh omno...

Tanpa Nama berkata...

Apa barang aku masih ingat lagi tragedi di sebuah sekolah rendah di Kamunting Perak Kayveas berjanji datang pada pukul 9pagi tetapi tak muncul-muncul lagi, sehingga kul 11 lebih cuaca panas pun datang . Pada waktu tu beberapa budak-budak sekolah nak mula pengsan sebab cuaca panas terik lepastu barulah sebuah helikopter mendarat tau tak siapa datang? Kayveaslah.....