05 Mei 2009

'Saya ada bukti bomoh ke DUN Perak'

Seorang wakil rakyat PAS – yang mendakwa menteri besar BN membawa masuk bomoh ke DUN sebelum persidangan penting, Khamis ini – berkata beliau mempunyai “bukti” berhubung dakwaannya itu.

ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim menambah, beliau bersedia memberikan keterangan berhubung kenyataannya itu yang diadukan kepada polis oleh Datuk Zambry Abd Kadir semalam.

"Mustahil saya tidak bersedia memberikan keterangan. Saya keluarkan fakta, takkan saya hendak lari daripada memberikan keterangan.

"Kita ada bukti yang diberitahu (oleh) sumber tertentu. Maka saya buat kenyataan (kepada media)," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Diminta menjelaskan lanjut bukti dakwaannya itu, Khalil berkata:

"Sekarang masalahnya, orang memberitahu saya, (itulah) bukti saya. Maklumat daripada orang yang tahu betul cerita ini."

Mengulas laporan polis itu, Khalil berkata Zambry berhak membuat laporan berkenaan bagi mempertahankan dirinya.

"Tetapi (menjadi) hak saya melaporkan (kepada media) dan minta mufti memberikan fatwa.

"Ada, (atau) tak ada pun (perbuatan itu), saya rasa mufti kena beri fatwa dialah, pandangannya macam mana (sama ada) boleh pakai bomoh," katanya. Malaysiakini.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

awat la kuno sgt depa guna bomoh??
benda2 tu suma tahayul, syirik.
berdosa, x baik..

Tanpa Nama berkata...

baguihhhh yb.....

diminta kita bnyk2 bwat solat hajat dan baca yasin...

takut2... nanti kita plak dibomoh oleh ameno be-end zombi n da geng....


ameno ngan bomoh x leh nak dipisahkan...

contoh jelas ialah dato mazalan... adun dari pahang yang dok guna bomoh mona fendi dan suami...

Tanpa Nama berkata...

kalau sekadar mendapat maklumat daripada orang lain, itu dikira hearsay YB...non admissible in court.lainlah YB lihat sendiri. hati2 lah membuat kenyataan.yang terfitnah juga saudara seagamamu.

ISLAM SEJATI berkata...

SEWAKTU KITA MENGHADAPI KESUSAHAN MAKA KITA AKAN KENAL SIAPA KWN DAN SIAPA LWN. JUSTERU,TATKALA INI KITA BAGILAH SOKONGAN PADU PD YB DLM MENEGAK KEBENARAN JGN KITA JADI SEPERTI MEREKA YG XPERNAH KENAL ERTINYA INSAN

madkrie berkata...

"kalau sekadar mendapat maklumat daripada orang lain, itu dikira hearsay YB...non admissible in court.lainlah YB lihat sendiri. hati2 lah membuat kenyataan.yang terfitnah juga saudara seagamamu.



Yang hangpa tuduh Anuar liwat tu hang pa nampak ka wei.Kalu aku.. malu nak komen.Eloklah guna ID Cik ANONY.

Tanpa Nama berkata...

harap kalo betul..ada bukti dalam bentuk visual..


penyokong UMNO muka KIMMA

Tanpa Nama berkata...

yg sebetoinya si mamak tu sja ja nk cari publisiti spaya muka slalu kuar paper dn TV,polis pun kan kwn baik depa suma,jd apalah nk diherankan...HARI2 BLEH PI LAPOR APA SJA CRITA PUN...aku dh mluat dgn kelakuan depa suma ni..nyampah aku.
pohon restu rakyat ari tu pun x mnjadi,so kna la slalu2 kuar paper dn TV...
apalah nasib ngeri perak selepas2 ini...

Ahmad Syafiq berkata...

Hmm...Kalau sumber tertentu itu datang daripada sms, lebih baik kita panggil mereka sebagai saksi supaya mereka boleh 'testify in court' whether the allegation is true or not. Bukankah begitu YB Khalil?

We must all get to the bottom of this mystery. What may be strong proof for us may not be strong evidence in court. However, we must always remember that the best judge in any court is Allah. He knows everything and is very fair in His judgements. If the court lets Zambry off the hook, he will remain free of those allegations until the end of his life.

Tanpa Nama berkata...

buatla apapun yb bagi menunjukkan yb dipihak yg benar yg pasti bukti lagi terang dan bersuluh ali rustam terlibat dgn rasuah dan digantung xleh bertanding tempohari org umno tetap kata mereka betul,benar dan sahih halal ikut Islam.

Tanpa Nama berkata...

kalau ada bukti keluar kan jelah.. dok bising2 buat apa.. xyah lah nk cari publisiti murahan dgn buat itu ini itu ini..
keluar kan je klu ade bukti..

"Sekarang masalahnya, orang memberitahu saya, (itulah) bukti saya. Maklumat daripada orang yang tahu betul cerita ini."

apasal dok pusing cerita nie yb? dah siasat ke?
setakat dgr cite org senang la yb.. xkan kot klu org tu ckp Datuk Zambry Abd Kadir makan taik yg percaya gak? klu percaya sah yb nie x layak jadi adun.. hanya tau ikut telunjuk org..

jgn main tuduh je.. klu ada bukti tunjuk kan..
klu xde diam..

Tanpa Nama berkata...

kebanyakan yang jumpa bomoh memanglah orang UMNO.. masa pemilihan UMNO ramai yang cari bomoh siam..masa aku kat gopeng dulu depa cari bomoh orang asli..ingat kes YB Batu Talam yang dibunuh oleh Bomoh (Arwah) Mona Fendy..YB UMNO le tu..

begitulah pemimpin UMNO..ada yang pakai sami..janji dapat kuasa..boleh kaya..nauubillah

Tanpa Nama berkata...

Yang hangpa tuduh Anuar liwat tu hang pa nampak ka wei.Kalu aku.. malu nak komen.Eloklah guna ID Cik ANONY.

maaf, bukan saya yang tuduh, tapi saiful yang tuduh

daripada saudara seagamamu yang tidak semena2 dipanggil cik anony