09 Jun 2009

Adnan Memperlekeh PAS Pahang

http://johornews.blogspot.com

KUANTAN - Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pemilihan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasrudin Hassan Tantawi, masing-masing sebagai Naib Presiden dan Ketua Pemuda Pas tidak memberikan sebarang implikasi kepada rakyat negeri ini.

Menurutnya, kedua-dua pemimpin terbabit kurang mendapat sokongan rakyat dan mereka pernah kalah dalam beberapa pilihan raya umum di negeri ini termasuk pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu.

''Bagaimanapun, pemilihan kedua-dua pemimpin ini dianggap sebagai sumber kekuatan baru kepada Pas di Pahang,'' katanya lagi. Beliau mengulas terpilihnya Pesuruhjaya Pas Pahang, Tuan Ibrahim sebagai Naib Presiden dan Nasrudin Hassan sebagai Ketua Pemuda Pas yang baru pada Muktamar Tahunan Pas Ke-55 yang berakhir semalam.

Johor Daily mendapati ketika ini PAS dan PKR Pahang telah membuka banyak cawangannya terutama dikawasan Felda. Semenjak isu yang diutarakan oleh Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) mengenai hak peneroka yang diabaikan dan perlantikkan Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai Ketua Perhubungan Negeri PKR Pahang. Pakatan Rakyat Pahang telah banyak menembusi kubu kuat BN-Umno.

Johor Daily mendapati persefahaman diantara PAS, PKR dan DAP Pahang semakin kukuh. malah kes mahkamah yang melibatkan Adnan telah menyababkan parti pembangkang itu mempunyai isu yang kuat untuk meluaskannya pengaruhnya.

4 ulasan:

abu muaz berkata...

Apa saja yang dinamakan perjuangan sudah tentu ianya akan memakan masa untuk berjaya.Andaian kurangnya sokongan terhadap dua pemimpin PAS Pahang ini semasa pilihanraya tidak boleh dijadikan sandaran. PAS lebih dikenali dari batangtubuh individu berkenaan. Rakyat pahang pun suatu hari nanti akan memilih PAs setelah melihat kegagalan UMNO Pahang yang semakin tersasar dari perjuangannya.Dan bukan suatu yang mustahil untuk PAS menjadi negeri ketiga diperintah PAS di pantai timur.

Tanpa Nama berkata...

Drs,Melihat ketokohan Naib Presiden dan Ketua Pemuda PAS ini ia cukup memberi impak yg positif utk kelangsungan dakwah dan siasah bukan sahaja buat negeri Pahang malah Malaysia keseluruhan nya.Tentang statement MB Pahang terzahir kebimbangan nya yg tidak mampu diselindungi nya lagi. Nona Ratana chulaborn.

yes berkata...

Pedulikan saja Adnan bontot ni. Jangka hayat politik nya tak kan lah lama lagi

ubatkuat berkata...

ASSALAMUALAIKUM BUAT ORANG KOI DI PAHANG DARUL MAKMUR

MEMORI INDAH MENCARI REZEKI DI BUMI PAHANG TAKKAN DAPAT KOI LUPAKAN SEUMUR HIDUP..BANYAK KENANGAN PAHIT/MANIS DI TEMERLOH DAN MENTAKB BERADA DALAM JIWA KOI SENTIASA,,HARAPAN AGAR PEJUANG TULEN ISLAM DI PAHANG AKAN MENDAPAT MANAFAAT DARI ALLAH SWT DAN SETERUSNYA MENGIBARKAN PANJI PAJI ISLAM DI BUMI PAHANG

TAKBIR,TAKBIR DAN TERUS BERTAKBIR

P/S : KEDAI KOPI DEPAN BOMBA MENTAKAB TEPI SUNGAI TU ADA LAGI KE..ROTI CANAI BANJIR SATU