09 Jun 2009

PAS perlu perjelas rundingan k'jaan perpaduan

Pemimpin PAS perlu memperjelaskan kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengenai rundingannya dengan Umno berhubung kerajaan perpaduan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini.

Sebagai rakan Pakatan Rakyat, Lim berkata, PAS tidak seharusnya berahsia dengan DAP dan PKR berhubung rancangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan Umno.

Lim berkata, kepimpinan PAS tidak pernah menjelaskan kepada kepimpinan Pakatan berhubung dakwaan ia mengadakan rundingan Umno tahun lalu.

Beliau menolak dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Pakatan menerima baik perkara itu apabila PAS menjelaskannya kepada mereka.

"Kepimpinan Pakatan tidak pernah berbincang mengenainya, ataupun PAS telah memaklumkannya kepada kita.

"Kita tidak tahu apa yang sedang berlaku," katanya selepas majlis angkat sumpah Presiden Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tan Cheng Chui.

Sehubungan itu, Lim mengingatkan Abdul Hadi supaya sentiasa bercakap benar.

"Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan," katanya. Malaysiakini

8 ulasan:

Awanama berkata...

Mengapa PAS nak beralih hala pulak, nak berkerjasama ngan Umno ???

Sia sia sahaja usaha selama ini yang telah pun berjaya mendapat sokong Rakyat, kini disiram dengan air sejuk pulak.

Apadah PAS nie...jangan tuduh kami yer kalau sokongan kita orang burubah...

kaiban berkata...

ana tidak setuju dgn isu perpaduan ini,kelak isu ini pasti membinasakan PAS.
kenapa?
di saat kite berada di puncak isu ini di mainkan?

Awanama berkata...

Saya tidak bersetuju dgn cadangan kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO. Mengapa isu ini timbul? UMNO dengan megah mengalu-alukan tawaran PAS kerana perancangan awal UMNO untuk memecah belah PAKATAN RAKYAT akan berjaya sekiranya PAS sibuk dgn cadangan Kerajaan Perpaduan....Fikir2 lah wahay Tn Presiden

LAWAN MANA YANG TAK BETUL berkata...

Ana tak setuju..Mane kerat yg setuju berbanding yang tidak.

LAWAN MANA YANG TAK BETUL berkata...

Ana setuju
1. UMNO ni umpama Org Munafiq/Org Yahudi..yg ada perancangan jahat mereka. Dulu kini dan selamanya..Bacalah sejarah dulu, la ni..Polis, SPR semuanya tunggangan UMNO
2.Lihat2 la organisasi2 yg menyokong mereka..dari mana laba mereka dapat..sponsor dari puak2 mana. Jadi bo..layan mereka ni. Diorg ni MASTER MIND dlm perancangan. Tak leh Isu Org Melayu bawak Isu Derhaka RAJA la ni bawak Isu Kerajaan perpaduan..Nampak dak perancangan master Mind Politik dalm UMNO.

3.PAS tak perlukan UMNO..kalau nak suruh je najib keluar UMNO masuk PAS..bubarkan UMNO.

4.Kalau PAS memerintah dgn cara kerajaan perpaduan..takkan Najib nak mintak tutup siasatan Altantuya..lu pikir la sendiri ..Dan TGHH nak tutupkan Kes-kes org UMNO..?

f.zaki berkata...

mintak TGHA bg penjelasan! Jatuh imej Islam bila Guan Eng ckap yg TGHA 'menipu'

Awanama berkata...

YB kna sampaikan 'amanat' kami rakyat marhain yg sygkan PAS.. Kami x mau PAS pula yg tsungkur pd PRK13 nnti..

Budak Parit berkata...

Sebagai pengokong PAS, saya sangat kecewa apabila timbul isu kerajaan perpaduan ini. Satu lagi adalah isu ulama dan professional. Dua isu ini bakal memecah belahkan PAS dan Pakatan rakyat jika tidak ditangani dengan hati hati. PAS harus sedar bahawa banyak professional yang menyokong PAS kerana tidak tahan dengan kebusukan UMNO. Kami bencu UMNO! Tiba tiba presiden PAS mahu perpadu dengan UMNO ynag busuk ini. Bayangkan perasaan kami. Lari dari sesuati yang busuk, tiba tiba yang busuk ini dipaksakan kepada kami! Begitu juga yang bukan Islam, mereka ini bukan semuanya menyokong dasar PAS tetapi tidak berfikir dua kali untuk mengundi PAS kerana mereka lebih bencikan UMNO dari PAS.
Wahai pemimpin PAS bangunlah dari mimpi. Jangan biarkan kemenangan PRU12 menyebabkan anda sombong dan bongkak! Belajarlah dari kesilapan PAS Trengganu - Kalah teruk dan hilang Trengganu ketangan UMNO. Belajarlah dari kekalahan parti Islam - Parti keadilan sejahtera diIndonesia. Adalah mungkin musibah ini akan menimpa PAS dalam PRU13 nanti, jika pemimpin PAS terus bongkak, sombong, tidak mendengar rintihan penyokong dan membuat dasar dan pendapat yang terburu buru.


Saya berpendapat polemik ulama vs professional tak perlu ujud. contohnya usul supaya ulama sahaja yang jadi presiden dan naib presiden. Bukankah PAS ada syura ulama yang bertanggung jawab untuk memimpin dan mengawasi PAS? Jadi tak kiralah siapa yang menjadi presiden dan naib presiden selagi mereka ini cintakan Islam dan mahukan Islam ditegakkan. Kita perlu ingat bukan semua ulama itu commited terhadap perjuangan Islam. Lihat apa jadi dengan naib presiden PAS, Haji Nakhaei.

Saya mengkritik kerana saya sayangkan PAS dan "krisis" PAS ini menyebabkan darah saya naik! Teguran saya ikhlas dan saya tidak ada berkepentingan (bukan nak merebut jawatan pun)

Budak parit
www.fikiranmerdeka.blogspot.com