14 Jun 2009

Anwar: Sedia bincang dengan Najib, tapi bukan k'jaan perpaduan

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sedia berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetapi tidak timbul langsung isu kerajaan perpaduan dengan Umno.

"Tidak timbul isu kerajaan perpaduan. Isu kerajaan perpaduan tidak berbangkit sama sekali," tegas beliau dalam ucapannya di Kongres Nasional Khas PKR di Nilai hari ini.

"PAS telah menjelaskan pandangan degan sebaiknya. Kita sedia berbincang dengan syarat hentikan kezaliman, bebaskan badan kehakiman dan pastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

"Kalau ini semangat yang ada, tidak ada masalah untuk kita berbincang. Tidak timbul isu yang diwarkan-warkan, (iaitu) kerajaan perpaduan," tegas Anwar.

Beliau mengulas isu kerajaan perpaduan yang diutarakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga mencetuskan andaiaan bahawa parti Islam itu berniat bergabung dengan Umno.

"Selepas Muktamar PAS, saya hubungi Ustaz Abdul Hadi dan berbincang panjang. Kita akan jelaskan melalui kenyataan media yang bakal keluarkan," tambahnya.

Sementara itu, Anwar berkata, PKR tidak bersetuju dengan tindakan "mengharamkan badan tertentu dengan sewenang-wenangnya" atas "prinsip kebebasan".

Walaupun beliau tidak menyebut nama pertubuhan tersebut, ia dipercayai berkaitan dengan usul yang diluluskan muktamar PAS berhubung isu tersebut minggu lalu.

Muktamar itu mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan mengharamkannya jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.

Ia bagaimanapun mendapat bantahan meluas daripada pemimpin-pemimpin Pakatan, yang disertai PAS, dan sejumlah NGO.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga membantah cadangan tersebut.

Sidang akhbar

PAS Shah Alam semalam menyatakan hasratnya untuk menarik balik sebahagian perkataan dalam usul tersebut, antaranya "mengharamkan", dengan alasan ia tidak sempat dimuktamadkan sebelum dibawa ke mukamar.

Yang Dipertuanya, Khalid Samad dijadual mengadakan sidang akhbar jam 2 petang esok bagi menjelaskan lagi kontroversi usul tersebut.

Timbalan presiden PKR, Dr Syed Husin Ali sebelum ini turut dilaporkan tidak bersetuju dengan usul PAS kawasan Shah Alam yang diterima tanpa bahas.

PKR hari ini melangsungkan kongres khas bagi meminda perlembagaanya "bagi menjadi parti paling demokrasi di Malaysia".

Kongres itu akan membincang dan meluluskan tujuh usul penting termasuk menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.

Empat usul lagi ialah mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun; memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti; menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting, majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri ditukar kepada majlis pimpinan negeri. Malaysiakini.

2 ulasan:

abdullahngah berkata...

Bukan DAP sahaja tidak setuju dengan usul pengharaman SIS, malah PKR sendiri tidak setuju.

Bagaimana PAS hendak buat dalam kes ini, sedangkan kes ini adalah kes kemungkaran yang perlu dicegah. Ini bukan perintah manusia. Inialah perintah Allah.

Kalau kamu benar benar beriman. Kalau hanya selemah lemah iman yang benci dalam hati mungkin boleh ikut sahaja dengan kehendak PKR dan DAP.

Sekarang ini kita boleh lihat percaturan politik yang berlaku didalam tanahair sekarang.

Anwar boleh berkata kita boleh berunding dengan Umno tapi bukan pasal kerajaan perpaduan.

Tidak salah bincang pasal kerajaan perpaduan PKR boleh tubuh kerajaan perpaduan, kerana dasarnya sama dengan dengan dasar UMNO/BN.

PAS juga boleh tubuh kerajaan perpaduan jika mahu tiada sesiapa yang boleh menghalangnya. Ahli PAS hanya mengundi sahaja.

Yang setuju masih mengundi pas dan yang tidak setuju pasti tak undi lagi PAS. Itu sahaja.Para pemimpin boleh buat keputusan ikut suka mereka macam Asri buat keputusan Masuk BN dahulu.

Yang salah bertolong m,enolomg dalam kemungkaran sahaja apabila bertolong menolong dalam kebaikan menjadi perintah.

Sama menjadi atau tidak menjadi itu bukan perkara penting yang penting tubuh dahulu baru tahu percubaan harus dilakukan kerana yang akan datang tiada siapa yang tahu

Bukan macam ayam tuahnya nampak dikaki. Tuah manusia tiada siapa yang tahu kecuali Allah sahaja yang mahha mengetahui.

Macam Datuk Seri Anwar dahulu yang pasrah masuk UMNO. Walaupun semua AJK ABIM tidak setuju dalam mesyuarat sampai jam 3 pagi maka ijtihad jadi pegangan. Beliau memang layak berijtihad dalam politik. Tapi apa sudah jadi, semuanya tidak menjadi.

Tanpa Nama berkata...

salam

macam mana nak setuju KERAjaan Perpaduan, cita2 besar PM in waiting akan hancusss lumat! Kekuasaan diutamakan, Islam dipertimbangkan!!!