05 Jun 2009

Nik Abduh antara 12 AJK Pemuda

Anak Menteri Besar Kelantan, Nik Abduh Nik Aziz mendapat undi kedua terbanyak dalam pemilihan ahli jawatankuasa kerja (AJK) Dewan Pemuda PAS Pusat yang diadakan di Taman Melawar hari ini.

Beliau mendapat 194 undi - kurang tiga undi daripada Riduan Mohd Noor yang mendapat undi terbanyak dengan 197 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa pemilihan Dewan Pemuda PAS, Hassan Shukri sebentar tadi.

Turut dipilih ialah Mohd Firdaus Jaafar (176); Mohd Nazri Chik Zain (165); Suhaizan Kaiat (165); Nasir Zakaria (150); Kamal Ashaari (145); Kamalrulzaman Mohamad (139); Khairul Faizil Ahmad Kamil (139); Mohd Adram Musa (135); Abdullah Abdul Karim (127) dan Raja Iskandar Raja Yaacob (120).

Seramai 229 perwakilan telah mengundi hari ini.

Tiga jawatan utama dalam pucuk pimpinan PAS dimenangi tanpa bertanding.

Ketua Pemuda dimenangi oleh Nashruddin Hassan, Azman Shapawi Abdul Rani (timbalan) dan Ahmad Sabki Yusoff (naib). Malaysiakini.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Antara halal & haram
Org islam di arah bayar zakar & diguna kutipan zakar utk masyarakat yg diperlukan. Ini Halal kerana kewajiban sebagai muslim.
Org islam melaksanakan polisi menyekat & mengaut kekayaan dari bukan islam tanpa keadilan dlm peersaingan bebas dgn mengamalkan dasar & undang2 khas utk satu2 kuam (bumiputera shj) spt DEB.
Adakah pula ini haram dlm segi ajaran Islam?
Hairan betul saya! Mengapa pula pemuda PAS mengesak kerajaan mengekalkan dasar 30% saham kpd bumiputera secara paksa.saya difahamkan ayat surah di bawah....

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.

Surah 16. An-Nahl 90.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama... saya fikir masalah yang anda utarakan itu ada dua isu yg berlainan... isu DEB 30% dan isu menyekat dan mengaut kekayaan...

isu menyekat dan mengaut keuntungan berpunca drp sistem kewangan malaysia yang mengamalkan dualisme.. sistem kewangan Islam dan sistem kewangan sekular... jd sepatutnya, Malaysia ada satu sistem kewangan iaitu kewangan ISlam... bila takde... byk masalah timbul termasuklah ketidakfahaman masyarakat ttg sistem kewangan Negara Islam..

isu DEB ini pula, dlm pengajian politik dipanggil affirmative action... tidak perlu terburu-buru mengatakan DEB adalah haram atau harus.. tidak muat ruang ini utk memberikan penjelasan...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Semoga pimpinan yang terpilih dalam muktamar terdiri dari yang berani berkata benar.